Featured By: Yanie Baharom March 10, 2019 @ 3:00pm

Posisi tidur yang betul dapat menjamin keselamatan nyawa bayi anda

Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.

Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, sementara hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.

Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, dua hingga empat jam terus-menerus di antara waktu makan.

Kebanyakan ibu bapa yang baru mempunyai anak perlu mempelajari panduan betul untuk menidurkan si kecil.
Dengan cara itu, bayi boleh tidur dengan selesa dan tidak mengganggu ibu yang juga perlu mendapatkan tidur dan rehat selepas bersalin.

Foto: Romper

Gaya tidur

* Pada keseluruhannya bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
* Tempoh palaing lama untuk bayi tidur selalunya  antara empat hingga lima jam bergantung kepada daya tahan lapar.
* Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Lazimnya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur tiga bulan. Lebih kurang 90 peratus bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu antara enam hingga lapan jam.
* Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak tidur nyenyak. Mereka akan terbangun dengan sendirinya ketika tidur pada waktu malam. Ibu bapa tidak perlu risau akan ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan berkenaan.
* Sekiranya bayi menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberikan perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau kurang selesa. Beri perhatian segera kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Posisi Tidur

Foto: Parents Magazine

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome atau SIDS) telah berkurangan ke 50 peratus semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
Tempat Tidur

Cadangan tempat tidur bayi:

* Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
* Jangan guna bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
* Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
* Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
* Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
* Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
* Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis ketika tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
* Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
* Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh ditiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Mengikut laporan, jika bayi berkongsi katil dengan orang lain, mungkin boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan berikut:-

* Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibu bapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
* Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
* Orang dewasa selain ibu bapa dan anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
* Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

 

Membantu Bayi Tidur

Foto: vancourier.com

Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenal pasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
* Hindari rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi pada waktu malam dan ketika menukar lampin.
* Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
* Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke atas katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
* Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, bantuan muzik boleh membentuk jadual tidur berkala.

 

Sumber: MyHEALTH

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jul 2018

Tak Suka Makan Durian? Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Khasiat Raja Buah Ini

Anda boleh mula ‘jinak-jinakkan’ diri dengan meminati dan makan buah durian selepas membaca manfaatnya.

Featured Mon, 20 Feb 2023

Selepas Hidap 6 Penyakit Kronik, Ibnor Riza Kini Ditidurkan

Allahuakbar! Semoga Ibnor diberi kesembuhan segera 🤲

Eat Travel Tue, 4 Sep 2018

Cef Ini Menghias Keknya Bertemakan Pokok Kaktus. Nampak Macam Real!

Hanya guna buttercream untuk hasilkan pelbagai jenis dan saiz pokok kaktus.

Featured Wed, 23 Nov 2022
Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Featured Fri, 19 May 2023
Featured Fri, 5 Apr 2024

Telefon Bimbit, Kad Sim Aliff Syukri Disita & Dihantar Ke Forensik Untuk Siasatan

Macam serius je kes ni kan? Hmmm… baiklah Datuk haritu senyap je tak payah April Fool kan orang kan tenang😪