Featured By: Padin November 11, 2022 @ 8:00pm

PRU 15: Menjelang Hari Pengundian, Ini 5 Kawasan Yang Diberikan Tumpuan

Kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) yang bakal berlangsung pada 19 November
ini semakin dirasakan.

Selepas hari penamaan calon, nampaknya ramai yang sudah tidak sabar untuk menjalankan tanggungjawab untuk mengundi bagi memilih kerajaan yang bakal memimpin negara.

Pastinya terdapat beberapa kerusi dan kawasan yang mendapat perhatian orang ramai semenjak Parlimen dibubarkan.

XTRA senaraikan lima kawasan yang harus diberikan tumpuan:

P.063 TAMBUN

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-PKR)
2. Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN-UMNO)
3. Abdul Rahim Tahir (Pejuang-Calon Langsung/Direct Candidate)
4. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN-Bersatu)

Parlimen Tambun, Perak bakal menyaksikan pertarungan empat penjuru. Apa yang menarik perhatian ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan calon tunggal Perdana Menteri PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di sana.

Memetik laporan Berita Harian, Anwar menegaskan beliau mahu memastikan kerusi yang dimenangi PH pada PRU 14, kekal menjadi milik parti itu.

Pada edisi lalu, kerusi Parlimen Tambun dimenangi PH, yang diwakili Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau Peja, ketika itu, dengan menggunakan logo PKR.

P.119 TITIWANGSA

1. Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN)
2. Khalid Abdul Samad (PH)
3. Dr Rosni Adam (PN)
4. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (GTA)

Kerusi panas Kuala Lumpur ini bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru. Penyandang kerusi ini di PRU lepas, Datuk Seri Rina Harun bertanding di Parlimen Sepang pada PRU kali ini.

Menariknya, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang pernah menyandang kerusi itu sembilan tahun lalu pada PRU13, mengetuai misi BN untuk merampas kembali Parlimen Titiwangsa.

Sebagai calon favourite, Johari menyifatkan Titiwangsa dekat di hatinya kerana beliau dilahirkan dan bersekolah di sana. Mahu terus menabur bakti kepada masyarakat, Johari mahu kembali mendapat mandat untuk berkhidmat di sana, termasuklah untuk meneliti kembali isu pembangunan semula Kampung Baru.

P.107 SUNGAI BULOH

1. Ahmad Jufliz Faiza (PRM)
2. Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang)
3. Nurhaslida Basri (Bebas/IND)
4. Khairy Jamaluddin (BN-UMNO)
5. Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff (Bebas/IND)
6. Datuk R. Ramanan (PH-PKR)
7. Mohd Ghazali Md Hamin (PN-PAS)

Persaingan tujuh penjuru ini menjadi tumpuan semenjak Parlimen dibubarkan kerana kehadiran Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang bertanding di Sungai Buloh selepas sekian lama berkhidmat di Parlimen Rembau semenjak 2008.

Sebelum ini, Sungai Buloh dilihat sebagai kerusi mudah untuk PH namun semestinya tumpuan diberikan terhadap saingan antara Khairy dan Ramanan yang diramalkan sebagai pertarungan getir.

P.098 GOMBAK

1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Bersatu)
2. Datuk Seri Amirudin Shari (PH-PKR)
3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Pejuang-Putra)
4. Zulkifli Ahmad (Bebas/IND)
5. Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN-UMNO)

Pertembungan lima penjuru ini dilihat menarik dan menghangatkan pemilihan untuk pengundi di Parlimen Gombak.

Fokus sudah semestinya tertumpu kepada saingan antara penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku ‘guru’ dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selaku ‘anak murid’.

P.115 BATU

1. Siti Kasim (Bebas/IND)
2. Tian Chua (Bebas/IND)
3. P Prabakaran (PH-PKR)
4. Zulkifli Fattah (Bebas/IND)
5. Too Gao Lan (Bebas/IND)
6. Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang)
7. Azhar Yahya (PN-PAS)
8. Naganathan Pillai (Warisan)
9. A Kohilan Pillay (BN-MIC)
10. Nur Fathiah Syazwana @ Cleo (Bebas/IND)

Parlimen Batu menyaksikan saingan tertinggi untuk PRU kali ini dengan menyaksikan pertembungan 10 penjuru antara lima calon bebas dan lima lagi calon yang mewakili parti.

Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua mencipta kejutan apabila bertanding sebagai wakil Bebas bersaing dengan penyandang kerusi Parlimen Batu, P Prabakaran.

Parlimen Batu juga menyaksikan dua calon Bebas yang popular iaitu peguam sensasi, Siti Kasim dan usahawan serta pempengaruh, Nur Fathiah Syazwana atau Cleo.

Kredit foto: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 7 Sep 2021
Featured Thu, 20 Oct 2022
Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Sun, 14 Oct 2018

Bahaya Jika Anda Tertelan Air Kencing Dalam Kolam Renang

Air kolam yang bercampur dengan air kencing mudah diserang bakteria!

Eat Travel Mon, 3 Dec 2018
Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Penyanyi Ada Soul, Dia Umpama Berlian!” – ‘Hal Hebat’ Duet Govinda & Ernie Zakri Cetus Fenomena

Min harap lepas ni ada kolaborasi lagi antara Queen Ernie dengan Govinda ☺️☺️

Featured Tue, 30 Aug 2022

Mesra Tonton Konsert Coldplay Hingga Didakwa Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Ini Respons Daiyan Trisha – “Tiket Tu Sebenarnya…”

Tuan badan dah tampil jawab spekulasi hubungan percintaan dengan Aedy Ashraf 🥰 Amboiii. kemain lagi ek Sweet je!