Featured By: Shaidah Shafie July 1, 2019 @ 2:10pm

Ulam bawa kebaikan seribu khasiat

Ulam sentiasa sinonim dengan label ‘awet muda’ menyebabkan ramai gemar mengambil ulam seperti timun, daun selom, ulam raja, pegaga, pucuk gajus, kunyit, malah petai dan kerdas sebagai sebahagian daripada menu harian mereka.

Ulam-ulaman boleh dijadikan pembuka selera kala menjamah hidangan. FOTO: NSTP

Sehubungan itu, fahaman mengenai pengambilan ulam sebagai bahan untuk awet muda memang tidak pernah disangkal tapi tahukah anda manfaat ulam lebih daripada itu sebenarnya.

Sayur-sayuran hijau

Pakar Pemakanan, Dr Tee E Siong dalam buku Resipi Sihat Pilihan Bijak menyatakan sayur-sayuran berdaun hijau mengandungi Keroten (provitamin A) dan ia berfungsi membantu mengurangkan masalah rabun malam, kerosakan kornea mata dan meningkatkan sistem imun dalam badan bagi mengelakkan badan mudah dijangkiti penyakit.

Pakar Pemakanan, Dr Tee E Siong. FOTO: Rosela Ismail.

Jelasnya lagi, pengambilan sayur-sayuran hijau juga boleh mengurangkan risiko menghidap barah dan mengelakkan peningkatan morbiditi dan mortaliti yang berpunca daripada penyakit pernafasan dan gastrousus.

Selain itu, mengambil sayur-sayuran dan minum air kosong yang mencukupi sebagai menu utama setiap hari dapat mengelakkan daripada penyakit buasir (najis berdarah).

Kenyataannya, sayur-sayur berdaun hijau termasuk ulam membawa banyak kebaikan kepada tubuh badan.

Manfaat Ulam

Ulam ternyata mempunyai banyak kelebihan dan mudah dikendalikan kerana ia lazim dimakan mentah dan segar, tidak perlu dimasak, boleh dijadikan kerabu dan sudah semestinya pembuka selera kala menjamah hidangan berat seperti nasi.

Pucuk gajus, cekor manis, daun  kesum, pegaga dan mengkudu umpamanya mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh badan (wajah terutama) untuk mengekalkan keremajaan kulit.

FOTO: Muhammad Shalaby Shahbuddin.

Jika mahu memberi nilai tambah terhadap penampilan ulam dalam hidangan anda, sediakan sambal belacan, tempoyak, cencaluk atau budu kerana kesemua pencecah ini akan menjadikan pengambilan ulam anda lebih menyelerakan.

Satu lagi kebaikan ulam jika dimakan mentah atau segar, badan boleh menyaring kesemua kandungan nutrien yang terdapat di dalam ulam selain anda juga menikmati hidangan segar, tetapi pastikan ia dibasuh bersih sebelum dihidangkan.

Mengkudu

FOTO: Muhammad Sulaiman.

Mengkudu mendatangkan banyak kebaikan jika ia diambil secara konsisten. Ia bagus untuk merawat serta membunuh sel-sel barah, mengatasi darah tinggi, kencing manis, luka dan batuk.

Daun kesum

Daun kesum mengandungi beta karoten dan dikatakan bagus untuk menghilangkan masalah rambut seperti kelemumur selain membantu mengatasi masalah penghadaman.

Cekur manis

Foto: Malaysiabest.net

Cekur manis dikatakan berupaya menyejukkan badan, mengatasi masalah pening kepala dan bahan provitamin A dan karetinoid yang terdapat pada cekur manis boleh menghindari penyakit jantung serta berfungsi mengawal masalah tekanan darah rendah.

Pegaga

Foto: Zuhainy Zulkifli

Pegaga boleh digunakan untuk menghilangkan parut atau pun selulit, mengatasi kerosakan   kulit serta melancarkan  penaliran darah sekali gus menjadikan wajah lebih berseri. Selain itu pegaga juga mengandungi bahan  bersifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang mampu menpercepatkan luka pulih. Bahan aktif pada pegaga juga menggalakkan pembentukan kolagen.

Pucuk gajus

Pucuk gajus didakwa menjadikan kulit halus dan kelihatan muda berseri di samping memberi kesegaran kepada tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengawal penyakit kencing manis.

Foto: Malaycari.net

Kunyit 

Kunyit juga tidak kurang khasiatnya dan termasuk dalam kategori ulam kerana ia dimakan bersama nasi bertujuan untuk memperbaiki sistem dalaman badan, nyah toksik dan mengecutkan rahim bagi ibu lepas bersalin.

 

FOTO: NSTP.

Kenyataannya, ulam-ulaman yang sering dianggap makanan sampingan dan bahan bantu pembuka selera itu sebenarnya adalah antara penyumbang terbesar terhadap kesejahteraan badan manusia.

Sudahlah ia mudah diperoleh, murah pula dan jika difikir semula, tidak padan nilainya yang dijual dengan harga berpatutan berbanding nilai khasiat yang dimilikinya serta faedah untuk badan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Feb 2020
Eat Travel Sat, 9 May 2020
Featured Wed, 25 Sep 2019
Featured Mon, 23 Jul 2018

10 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Sedu

Stres kalau sedu tak hilang-hilang, kan?

Featured Tue, 25 Jun 2019
Sihat Wed, 16 May 2018

5 Elemen Alam Dan Makanan Multiwarna Yang Bermanfaat Untuk Organ Dalaman

Makanan berasaskan lima warna ini iaitu merah, kuning, hijau, putih dan hitam dikatakan mempunyai kaitan dengan 5 elemen alam dan ia sangat bermanfaat untuk organ dalaman seseorang. 

Sihat Fri, 27 Apr 2018

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Awas! Bagi anda yang suka makan telur separuh masak!

Gaya Hidup Wed, 2 May 2018

Dahi Berbentuk Donut Jadi Trend Baharu Di Jepun. Macam Ngeri!

Dahi berbentuk donut kini jadi trend di Jepun. Macam ngeri!

Featured Mon, 1 Jul 2019
Sihat Mon, 23 Jul 2018

Liat Lakukan Senaman Pagi, Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Manfaatnya

Senaman pada waktu pagi adalah waktu yang terbaik untuk dilakukan.

| Live TV