Featured By: Fadzlena Jafar April 27, 2020 @ 9:30am

Raja Permaisuri Agong masak bubur daging, anakanda masak sup kimci

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang terkenal dengan kemahiran memasak, tidak kira masakan tempatan mahupun Barat.

Selepas dikuarantin baru-baru ini apabila petugas Istana Negara disahkan dijangkiti COVID-19, Tunku Azizah kini kembali berkongsi pelbagai masakan dalam akaun Instagram baginda dan juga Istana Negara.

Antara hidangan yang sering dipaparkan dalam perkongsian berkenaan tentunya Cottage Pie yang tampak amat menyelerakan.

Bersempena dengan Ramadan ini, baginda turut berkongsi pelbagai santapan enak berbuka puasa antaranya lauk-pauk masakan Melayu dan pastri sardin yang disediakan untuk berbuka puasa.

Terbaharu, dalam akaun Instagram peribadi Tunku Azizah, baginda berkongsi beberapa juadah yang disediakan baginda untuk berbuka puasa, iaitu bubur daging dan kari telur istimewa.

“Buka ringan hari ini…bubur daging, cekodok pisang, sardine puffs, sayur kobis, kari telur. Selamat berbuka!” tulis baginda.

Gambar santapan berkenaan yang tampak amat menyelerakan membuatkan ramai pengikut setia Tunku Azizah memuji kehebatan kemahiran memasak baginda, malah ramai yang meminta supaya baginda berkongsi resipi.

Sementara dalam Instagram Istana Negara, menunjukkan gambar baginda sedang menyediakan santapan bubur daging berkenaan.

Dalam hantaran yang sama, turut memaparkan anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah membantu di dapur Istana dengan menyediakan sup kimchi, masakan tradisi popular Korea Selatan.

Sup kimchi hasil air tangan anakanda Raja Permaisuri Agong, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Ramai warga siber turut memuji kemahiran Tengku Puteri Afzan yang dikatakan mewarisi kemahiran memasak bondanya, tidak kurang juga yang memuji penampilan bersahaja baginda tanpa solekan.

Percikan kuah kari pada kemeja Tengku Puteri Afzan menarik perhatian warga siber.

Paling menarik, ada warga siber yang melihat gambar berkenaan secara terperinci sehingga terperasan percikan kuah kari pada kemeja-T Tengku Putri Afzan, sekali gus mengundang usikan nakal warga siber.

Mungkin satu hari nanti anakanda Raja Permaisuri Agong akan turut menghasilkan buku resipi air tangan Tengku Putri Afzan!

Kredit gambar: Instagram Raja Permaisuri Agong dan Istana Negara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Gaya Hidup Thu, 24 May 2018

Cara Anda Membalut Hadiah Sama Saja Dari Dulu? Cuba 5 Teknik Lebih Kreatif Ini

Bukan penerima hadiah itu saja, orang lain pun pasti akan rasa kagum dengan kebolehan anda.

Featured Wed, 13 Dec 2023

Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Satu je min boleh cakap Datin memang contoh mak mentua terbaik!❤️❤️❤️

Featured Mon, 22 May 2023
Featured Mon, 22 Jan 2024

“Boleh Dikatakan Tiap Masa Terima Panggilan Kematian…” – Noorkhiriah Minta Netizen Jangan ‘Hanyut’

Masyaa-Allah bukan semua orang boleh cakna dengan perkara macam ni… 😥

Featured Wed, 15 Sep 2021

Kerajaan Mampu Laksanakan Tambahan Skim i-Citra RM 10,000, i-Survive RM 5,000 One Off Kepada B40 M40′

Umum maklum, kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra yang berjumlah RM 5,000 one off kepada rakyat. Namun, cadangan agar kerajaan dapat menambah baik skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM 5,000 kepada rakyat telah […]