Eat Travel By: Yanie Baharom April 16, 2020 @ 3:30pm

Rasa mewah dan tekstur cair dalam mulut, kek coklat keju indulgence ala Secret Recipe bikin mengigau!

Sebut sahaja kek coklat keju indulgence, sudah terbayang akan kemewahan rasanya, apatah lagi saat menikmatinya, seluruh tekstur cair di dalam mulut. Kalau ibu mengandung tengah mengidam, boleh sampai mengigau dibuatnya!

Merupakan antara kek popular dan terlaris di kafe Secret Recipe, kek coklat keju indulgence dijual pada harga RM98 untuk kek seberat 2 kilogram.

Untuk jualan dengan harga sebegitu rupa, pada pandangan penulis berpatutan kerana ia menggunakan bahan-bahan kek premium untuk mencipta rasa sensasi yang enak dan luar biasa!

Bagaimanapun kos pembuatan kek terdiri daripada pelbagai lapisan kek coklat, mousse keju, mousse coklat dan coklat ganache ini pastinya lebih murah jika anda menghasilkannya sendiri di rumah.

Khusus untuk anda yang kebosanan dan buntu duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hijab & Heels kongsikan resipi asal pengguna Facebook, Muhammad Ali, yang bakal menguji skil anda di dapur. Jika anda berjaya menghasilkannya, anda memang hebat!

Resipi kek coklat keju indulgence

Nota: Resipi ini menggunakan loyang bersaiz 6 inci.

Bahan-bahan:

  • 100 gram biskut Oreo, buangkan krim dulu. (Tidak ada masalah jika mahu menggunakannya krim sekali tetapi kek akan berasa manis sedikit)
  • 40 gram mentega, dicairkan.
  • 250 gram coklat gelap masakan (Bahagikan kepada dua bahagian, satu untuk ganache dan untuk kek coklat kej dengan setiap bahagian, adalah 125 gram).
  • 500 gram krim keju (Bahagikan kepada dua bahagian untuk kek coklat keju dan krim keju indulgence, dengan setiap bahagian adalah 250 gram).
  • 375 gram krim putar (Bahagikan kepada tiga untuk ganache, kek coklat keju dan krim keju. Sukatan untuk setiap satu daripadanya adalah 125 gram).
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 66 gram gula kastor (Bahagikan kepada dua iaitu untuk krim keju & kek coklat keju dengan sukatannya adalah 33 gram setiap satu).

Cara penyediaan lapisan pertama: Kerak Oreo

1. Hancurkan 100 gram Oreo sehingga halus kemudian campurkan dengan 4 gram mentega yang dicairkan, gaul sehingga sebati dan kemudian masukkan ke dalam loyang. Ratakan.
2. Ratakan dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Sekiranya ingin tebalkan lapisan Oreo tambah lagi Oreo dan mentega.

Cara penyediaan lapisan kedua: Lapisan kek keju coklat

1. Cairkan 125 gram serbuk coklat gelap. Cairkan menggunakan kaedah didihan berlapis (double boil). Sesudah cair, biarkan ia sejuk.
2. Pukul 250 gram krim keju lebih kurang dua minit. Masukkan gula kastor 33 gram, diikuti satu sudu susu pekat manis dan 1 sudu kecil esen vanila. Pukul sehingga sebati.
3. Lepas itu masukkan serbuk coklat gelap yang dicairkan tadi ke dalam adunan krim keju tersebut dan gaul sehingga sebati.
4. Kemudian pukul pula 125 gram krim putar sampai kental.
5. Masukkan krim putar yang sudah dipukul tadi dengan adunan krim keju dan coklat tadi, gaul sehingga sebati.
6. Sesudah selesai lapisan kedua, tuangkan adunan itu ke atas lapisan kerak Oreo tadi.
7. Sejukkan dalam masa 30 minit lagi.

Foto: Facebook Muhammad Ali

Cara penyediaan lapisan ketiga: Krim keju indulgence

1. Masukkan 250 gram krim keju.
2. Masukkan gula kastor 33 gram.
3. Masukkan satu sudu kecil esen vanila (Jika tidak menggunakannya pun tidak mengapa).
4. Pukul dalam 3 minit kemudian masukkan 125 gram krim putar.
5. Gaul sehingga sebati.
6. Tuangkan ke atas lapisan kek coklat keju tadi.
7. Biarkan sejuk dalam 30 minit.

Foto: Facebook Muhammad Ali

Cara penyediaan lapisan keempat: Coklat ganache

1. Guna teknik didihan berlapis (double boiler).
2. Masukkan 125 gram krim putar.
3. Masukkan 125g serbuk coklat gelap.
4. Masukkan 1 sudu mentega.
5. Kacau perlahan-lahan di atas api yang perlahan.
6. Sudah kelihatan agak pekat dan tekstur nampak likat serta berkilat boleh tutup api.
7. Biarkan dalam 10 minit baru tuang ke atas lapisan indulgence tadi.

Beberapa tip dan informasi yang perlu diketahui anda:

Foto: Facebook Muhammad Ali

1. Sejukkan semalaman (kerana resipi ini adalah tidak memerlukan dibakar maka wajib semalaman).
2. Memerlukan masa yang agak lama untuk hasil dan rasa yang mewah!

Hasilnya pasti menggembirakan anda, selamat mencuba

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023
Featured Mon, 25 Jun 2018

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.

Featured Fri, 25 Nov 2022

Tunai Janji, Anwar Ibrahim Tolak Gaji Perdana Menteri – “Saya Ingin Pulihkan Keyakinan Rakyat”

Pelantikanan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh telah mendapat liputan meluas dari dalam dan juga luar negara. Sudah menjadi simbolik untuk pemimpin mengotakan janji manifestonya setelah diberikan mandat untuk […]

Featured Sun, 13 May 2018

Ucapan Selebriti Buat Ibu Tersayang Sempena Hari Ibu. Awww…So Sweet

Selebriti tanah air juga tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan penghargaan serta menunjukkan tanda kasih sayang mereka kepada wanita yang melahirkan mereka di muka bumi ini. 

Featured Thu, 20 Dec 2018

Living Coral Warna Yang Perlu Ada Dalam Wardrobe Anda Untuk 2019. Cantik & Menyerlah!

Living coral, membawa pengertian moden dan kuat dalam sisi kelembutan.

Featured Tue, 20 Apr 2021

Sedih Melihat Keadaan Ayah, Ebit Lew Mohon Doa Orang Ramai

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memohon orang ramai untuk menitipkan dia buat ayahnya yang kini sedang sakit. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah mengenai kesihatan ayahnya yang semakin merosot sehingga menganggu […]

Featured Wed, 11 May 2022
Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Ustaz Azhar Idrus Ajar Seorang Wanita Cara Nak ‘Wefie’

Memang kelako ustaz ni.. Dengar cerita dulu UAI photographer yeke?

Featured Sun, 28 Oct 2018

Ini Cara Yang Betul Untuk Bersihkan Papan Pemotong

Hanya guna lemon dan baking soda saja!