Eat Travel By: Yanie Baharom May 9, 2020 @ 4:32pm

Rasai pengalaman hidup bagaikan hobbit di dalam filem LOTR, disinilah tempatnya!

Adakah anda penggemar filem The Lord Of The Rings (LOTR)? Jika anda seorang daripada jutaan pengikut setia sekuel filem itu, anda semestinya tahu akan kewujudan watak The Hobbit.

Bilbo Baggins, adalah karakter puak hobbit yang paling popular sekali.

Sebenarnya bukan perihal filem itu yang ingin diperkatakan, akan tetapi sebuah penginapan tempatan yang menawarkan pengalaman hidup sebagai seorang hobbit seperti dalam filem pecah panggung berkenaan. 

Foto: SAYS

Tak percaya? Jika anda berasa sangsi selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), boleh rancang percutian  ke Kundasang, Sabah kerana di sana terdapat sebuah tempat penginapan unik yang berkonsepkan pondok kecil iaitu Humble Hobbit Home.

Penginapan itu terletak hanya 15 kilometer dari Ranau dan kira-kira 97 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Foto: SAYS

Humble Hobbit Home yang dimiliki Abode B-Inspired itu boleh memuatkan sehingga empat orang pada satu-satu masa.

Memandangkan penginapan di situ adalah ala-ala untuk individu bersaiz Hobbit iaitu rendah dan kecil, maka biliknya juga mungkin kelihatan agak sesak namun masih sesuai untuk sekumpulan kecil rakan-rakan atau pasangan yang mempunyai satu atau dua orang anak.

Biliknya mempunyai satu katil besar double bed, satu katil untuk seorang dan satu katil dua tingkat

Foto: SAYS

Istimewanya, Humble Hobbit Home menjanjikan pemandangan indah gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu.

Tak payah susah-susah panjat gunung, berswafoto dari lokasi penginapan sahaja. Cuaca di sana juga nyaman dan dingin, anda pasti kembali dengan semangat baharu!

Foto: Airbnb

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 23 Nov 2018

Ini Teknik Bancuh Susu Anak Supaya Tidak Hilang Khasiatnya

Perlu tuang air panas dahulu atau susu?

Featured Sun, 21 Feb 2021
Featured Mon, 21 May 2018

Detoksifikasi Yang Berlaku Sepanjang Berpuasa Bawa 1001 Kebaikan Untuk Kesihatan Badan

Matlamat berpuasa bukan saja meningkatkan taqwa, malah kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.

Featured Wed, 13 Mar 2024
Featured Mon, 8 May 2023
Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Thu, 14 Oct 2021

“Kau Cantik? Rampas Hak Orang Tak? Lemah!” – Video Intan Saleh Trigger Netizen

Sebuah video yang dimuat naik oleh bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Saleh menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial. Video yang di muat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan aksi Intan melakukan ‘lip […]

Featured Fri, 8 Jul 2022

[VIDEO] Jemaah Haji Terkandas Dedah Perbualan Agensi Penipu.. Songlap Lebih RM14 Juta!

Taburkan janji bulan bintang. Punah, hancur, kecewa harapan lebih 400 bakal jemaah Haji. Bila calll, macam ni pula..