Featured By: Ad Ops October 12, 2018 @ 4:00pm

Rawat Masalah Jerawat Dengan Hanya Menggunakan Aloe Vera

Aloe vera atau lidah buaya telah lama dikenali dengan ciri anti-radang dan anti-bakterinya. Ia sering digunakan untuk meredakan kerengsaan kulit seperti selaran matahari dan kemerahan. Aloe vera berkesan untuk mengurangkan jerawat melalui langkah mudah:

Foto: Organic Facts

Langkah 1: Potong daun aloe vera pada bahagian terdekat dengan akar. Jangan menarik daun semasa anda memotong kerana ini boleh membahayakan isi batang di dalam daun.

Langkah 2: Basuh daun dengan teliti.

Langkah 3: Keluarkan gel daripada daun.

Langkah 4: (Pilihan) Tambahkan beberapa titisan jus lemon ke dalam gel.

Langkah 5: Bersihkan muka anda dengan pencuci muka lembut.

Langkah 6: Sapukan gel kepada muka.

Langkah 7: Biarkan gel semalaman dan basuh pada waktu pagi.

Anda perlu mengulangi proses ini setiap hari dengan daun aloe yang baru diekstrak untuk hasil yang terbaik. Sekiranya anda tidak mempunyai pokok aloe vera di rumah anda, pilih gel aloe vera yang tersedia di pasaran.

Foto: sagligabiradim.com

Ia menjimatkan masa dan lebih mudah. Anda harus meneruskan sapuan gel ke kulit anda, walaupun selepas jerawat telah sembuh untuk mengelakkannya daripada muncul semula. Aloe vera juga bertindak sebagai pelembap yang baik dengan keupayaan untuk melambatkan proses penuaan dan membersihkan liang roma.

Walaupun aloe vera selalunya berkesan, tetapi ia masih boleh berkemungkinan menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang. Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan ujian terlebih dahulu sebelum meletakkannya pada kulit anda.

Anda mungkin alah kepada aloe vera jika anda alah kepada bawang, bawang putih, dan keluarga tulip. Hentikan penggunaan dengan serta-merta sekiranya anda melihat tanda-tanda kerengsaan.

Tindak balas alahan terhadap sapuan luaran aloe vera  tidak membawa maut dan tidak menyebabkan keadaan perubatan yang serius. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi lebih teruk. Jadi, jika kerengsaan tidak berhenti, anda perlu menghubungi doktor anda secepat mungkin.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 29 Jan 2018

Jubah Do’s & Don’ts

Jubah adalah item fesyen perlu ada untuk Muslimah. Ringkas, mudah disarung dan versatil untuk pelbagai acara.

Featured Wed, 10 Feb 2021
Oh Lawa Thu, 27 Sep 2018
Oh Lawa Thu, 6 Dec 2018
Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak

Eat Travel Sun, 17 May 2020
Oh Lawa Thu, 31 Jan 2019
Featured Sat, 24 Jul 2021

“Netizen Jangan Taasub Dan Cuba Jadi Hakim..”- PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice

Isu melibatkan misi bantuan kemanusiaan antara Ebit Lew dan Caprice semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ebit Lew mahupun Caprice tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan menemui jalan penyelesaian. Walaubagaimanapun, […]

Oh Lawa Fri, 12 Oct 2018
Featured Fri, 2 Mar 2018

Suka Makan Kimchi? Jom Cuba Buat Kimchi Sendiri Dengan Cara Mudah Ini!

Kimchi merupakan salah satu daripada makanan sampingan (side dish) Korea yang paling popular selain lobak, taugeh dan bayam.

| Live TV