Featured By: Ad Ops May 13, 2018 @ 5:00pm

Rawat Rambut Rosak Dengan Pati Minyak Semula Jadi Ini. Hasilnya, Sihat & Berkilau

Memiliki rambut yang sihat, berkilau dan menawan merupakan dambaan setiap wanita. Biarpun terdapat lambakan produk rambut di pasaran, namun kesesuaiannya belum tentu lagi terjamin untuk merawat rambut anda.

Apa kata anda cuma cara alami dengan menggunakan pati minyak semula jadi. Kandungan minyak semula jadi ini pasti membantu mengekalkan kesihatan mahkota rambut anda agar ia sentiasa sihat berkilau.

1. Minyak Avokado

Minyak avokado sangat baik untuk melembapkan rambut kerana ia mempunyai nutrien seperti Vitamin A, D dan C, protein serta asid amino.

2. Minyak Argan

Minyak ini bagus untuk rambut dan kulit anda. Kaya dengan Vitamin E dan antioksida, ia membantu merawat rambut yang rosak serta menjaga rambut agar berkilat dan menawan.

3. Minyak Zaitun

Minyak ini mengandungi banyak manfaat dan berkhasiat untuk merawat rambut anda. Berfungsi sebagai pelembap dan perapi, ia mampu menghidratkan kulit kepala, menjadikan rambut lebih kuat, menggalakkan pertumbuhan rambut lebih sihat serta menghilangkan masalah kelemumur.

4. Minyak Macadamia

Walaupun tidak terlalu terkenal, minyak ini juga banyak manfaatnya. Ia membantu melembapkan rambut kering dan memperbaiki rambut rosak serta menyuburkan kulit kepala. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan rambut dari akarnya.

5. Minyak Rosemary

Minyak ini membantu membersihkan kulit kepala serta merangsang pertumbuhan rambut dengan menyuburkan folikel. Ia juga beraksi menghilangkan kelemumur, membuatkan rambut anda lebih sihat dan terasa lembut bak sutera.

6. Minyak Jojoba

Kandungan yang terdapat dalam minyak jojoba membantu memperbaiki hujung rambut bercabang, melembapkan kulit kepala serta memulihkan rambut rosak dengan lebih mendalam. Ia sekaligus membuatkan rambut berkilat dan mengelakkan rambut daripada kelihatan kusam.

7. Minyak Kelapa

Minyak kelapa baik untuk penghidratan, mencegah kerosakan pada rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut agar lebat dan sihat. Bagi mereka yang berambut kering, boleh aplikasi minyak ini setiap hari dan urutan kulit kepala semasa sapuan sangat membantu.

Sumber: Glam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Apr 2020

Jangan berpuas hati meskipun jumlah jangkitan baharu menurun

Seorang pesakit mampu jadi punca ratusan jangkitan

Featured Thu, 15 Mar 2018

Diberi Jolokan Maldives Indonesia, Pulau Derawan Buat Anda Enggan Pulang!

Pulau yang terkenal dengan jolokan Maldives Indonesia itu, sememangnya sebuah pulau yang mempesonakan dengan pesisiran serta kehidupan laut yang berbagai.

Featured Thu, 7 Apr 2022
Featured Fri, 15 May 2020
Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Wed, 20 Jul 2022

[VIDEO] “Ego & Sombong Diri!” – Netizen Berang Pesara TLDM Tampar Kepala Jemaah Lain Gara-Gara Salam Tak Pandang Muka

Hmm, kelu lidah min untuk berkata-kata. Mungkin pesara TLDM ni tak perasan jemaah ada pandang wajah dia.. Apapun, pihak polis berkata kes sudah selesai.

Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Wed, 6 Oct 2021

Sambut Birthday Setahun, Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Anak Fazura Rantai Berlian

Anak kepada pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya menerima hadiah berupa seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini. Hadiah bersempena ulang tahun pertama […]