Featured By: Fadzlena Jafar November 26, 2019 @ 12:18pm

Rawatan baharu bagi pesakit kanser payudara

Kanser payudara adalah antara pembunuh senyap yang paling digeruni wanita termasuklah di Malaysia. Kira-kira satu daripada 19 wanita di Malaysia berisiko menghidap kanser payudara berbanding hanya satu daripada lapan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Menurut Laporan Pendaftaran Barah Kebangsaan Malaysia 2007 – 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), kanser payudara menjejaskan kehidupan 18,206 wanita di Malaysia dengan 5,152 daripadanya mempunyai kanser payudara maju (Advanced Breast Cancer – ABC) tahap 3 dan 4.

Dalam kalangan wanita, ABC akan menimbulkan perasaan panik, sekali gus seolah-olah mereka menerima hukuman mati lantaran mengetahui bahaya dan kesan penyakit berkenaan.

Bagaimanapun, ABC bukan lagi perkara yang digeruni kerana kini dengan adanya teknologi dalam bidang perubatan, pesakit ABC dapat hidup lebih lama walaupun mereka menghidap kanser.

Kanser payudara tahap 1 kepada ABC

Setiap tahun kanser payudara menjejaskan kira-kira 2.1 juta wanita di seluruh dunia, malah dikatakan lebih ramai wanita mengidapnya berbanding penyakit lain.

Kanser berpunca daripada pertumbuhan sel yang luar biasa dan dalam kes ini, iaitu kanser payudara sel kelenjar susu bertukar menjadi tidak normal dan tidak terkawal.

Sel-sel yang tidak normal ini membentuk tumor, iaitu sekumpulan tisu yang bersifat benigna atau tidak bahaya dan biasanya stabil selain tidak menyerang sel lain, namun ia juga boleh bertukar menjadi tumor yang agresif atau malignan yang akan bertindak menyerang tisu payudara.

Tisu yang malignan akhirnya akan merebak menerusi aliran darah dan sistem limfa ke bahagian badan yang lain termasuk nodus limfa dan organ lain seperti paru-paru, otak serta hati.

Kanser payudara ditakrifkan sebagai mencapai tahap maju atau akhir apabila memasuki tahap 3 kerana pada tahap ini, ia merebak di luar payudara ke otot dan nodus limfa, manakala tahap 4, dikenali sebagai kanser payudara metastatik, akan menjejaskan organ-organ lain di dalam tubuh.

Masalah generasi muda

Pelbagai pilihan rawatan kanser payudara dapat membantu pesakit menikmati kehidupan lebih baik. Gambar hiasan

Lazimnya, kanser payudara berlaku dalam kalangan wanita berusia yang sudah menopaus atau melebihi usia 50 tahun. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini data di Malaysia menunjukkan aliran yang membimbangkan apabila semakin ramai wanita berusia 50 tahun atau lebih muda dikesan menghidap ABC.

Pemerhatian yang sama turut dilihat berlaku di seluruh dunia apabila semakin ramai wanita muda dikesan menghidap pembunuh utama wanita ini. Masalah ini dilihat lebih banyak berlaku di Asia yang diklasifikasikan sebagai negara berpendapatan rendah dan sederhana, berbanding di Barat.

Situasi ini memberi cabaran tersendiri kepada pesakit kerana kumpulan berkenaan masih muda dan perlu bekerja untuk membantu keluarga, memajukan diri dalam kerjaya dan meneruskan perhubungan dengan pasangan.

Apabila disahkan menghidap ABC, kebanyakan wanita akan menganggap berita berkenaan sebagai hukuman mati dan pastinya memberi kesan kepada mental dan emosi mereka.

Tidak mustahil dengan ABC yang dihidapi, keadaan akan menjadi sukar bagi wanita-wanita itu lebih-lebih lagi apabila memikirkan mereka perlu meneruskan hidup dengan keluarga dan anak yang masih kecil.

Lebih membebankan lagi apabila mereka terpaksa bercuti panjang untuk melakukan rawatan dan ini mungkin akan memberi kesan kepada kerjaya dan kehidupan sosial mereka.

Kajian menunjukkan wanita muda atau mereka yang menopaus lebih awal akan menghidap ABC lebih progresif dan peluang untuk sembuh lebih rendah berbanding wanita yang berusia.

Kajian juga mendapati ABC adalah pembunuh utama dalam kalangan wanita berusia antara 20 hingga 59 tahun yang menghidap kanser.

Harapan baharu

Berita baik kepada wanita kerana rawatan bagi ABC kini boleh didapati apabila penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkini menunjukkan wanita yang dalam fasa pramenopaus akan menikmati kehidupan lebih baik.

Peningkatan pesakit kanser payudara dalam kalangan wanita yang dalam peringkat itu menyebabkan syarikat perubatan seperti Novartis melakukan kajian terhadap golongan berkenaan bagi menghasilkan rawatan khusus untuk keperluan asas mereka.

Meskipun sehingga kini, penawar bagi pesakit ABC masih belum ditemui, terdapat beberapa pilihan rawatan yang dapat membantu memperlahankan atau dalam keadaan tertentu menghentikan sementara waktu penyebaran sel kanser.

Antara pilihan rawatan biasa bagi wanita pramenopaus ialah terapi endokrin yang menggunakan ubat bagi mengawal pengeluaran estrogen daripada ovari pesakit. Hormon estrogen dikaitkan sebagai punca yang menyebabkan sel kanser merebak, justeru menghentikan pengeluarannya dapat membantu pertumbuhan tumor.

Terapi kimoterapi dan radioterapi juga akan digunakan bergantung kepada perkembangan penyakit itu. Meskipun rawatan berkenaan tidak dapat menyembuhkan ABC sepenuhnya, penggunaannya dapat memanjangkan kehidupan pesakit dan membenarkan mereka menikmati kehidupan yang biasa, sesuatu yang penting bagi pesakit.

Penemuan baharu

Pemahaman yang lebih baik mengenai penyakit ini dapat membantu kemajuan terhadap pilihan rawatan bagi meningkatkan mutu kehidupan pesakit. Misalnya, kajian terkini yang dilakukan Novartis dan rakan kongsinya terhadap pesakit kanser payudara yang dalam peringkat premenopaus mendapati penggunaan ubat sedia akan mungkin dapat memanjangkan jangka hayat pesakit ABC.

Kajian itu menunjukkan keputusan positif apabila pesakit yang menjalani rawatan menikmati kelangsungan hidup dengan pengurangan risiko kematian sehingga 29 peratus,malah pesakit berkenaan turut menunjukkan kesan sampingan kimoterapi yang berkurangan.

Rawatan kimoterapi dalam kalangan pesakit kanser payudara sering dikaitkan dengan kesan sampingan dan mutu kehidupan yang negatif.

Nafas baharu dalam hidup

Sokongan keluarga dapat membantu pesakit lebih positif mendapatkan rawatan. Gambar hiasan.

Berdasarkan pelbagai pilihan rawatan yang sedia ada di Malaysia, pesakit kanser payudara tahap akhir boleh berlapang dada sebaik menerima diagnos daripada doktor. Mereka berkemungkinan dapat menikmati gaya hidup lebih baik dan kehidupan yang aktif walaupun disahkan menghidap penyakit berkenaan pada usia muda, iaitu sebelum peringkat menopaus.

Selain itu, di Malaysia juga ada kumpulan sokongan seperti Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia dan Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang akan memberikan maklumat serta bantuan kepada pesakit kanser payudara termasuk yang berada dalam peringkat akhir.

Sekiranya anda pesakit ABC, jangan malu untuk berkongsi keadaan anda dengan rakan dan keluarga kerana mereka berperanan penting dalam membantu anda menangani rawatan.

Pesakit juga perlu berbincang dengan doktor untukmengetahui rawatan yang lebih sesuai dengan keadaan mereka. Pesakit ABC tidap sepatutnya melalui kesengasaraan kerana kemajuan perubatan dapat membantu pesakit menikmati kehidupan bermutu, selain meluangkan masa dengan keluarga tersayang.

Sebagai peneraju utama dalam syarikat penjagaan kesihatan, Novartis sentiasa melakukan kajian bagi mencari penyelesaian terhadap penjagaan kesihatan yang inovatif bagi menangani keperluan pesakit dan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jul 2018

Denyut Nadi Nelson Mandela Terus Membara Di Ulang Tahun Ke-100 Meski Beliau Sudah Tiada

Selama hidupnya, ia selalu berjuang melawan Apartheid dan melindungi orang-orang Afrika meski harus keluar dan masuk penjara.

Featured Fri, 12 Oct 2018

Rawat Masalah Jerawat Dengan Hanya Menggunakan Aloe Vera

Aloe vera juga merupakan pelembap yang baik dan bantu melambatkan proses penuaan.

Featured Sat, 15 Dec 2018

Lihat 12 Watak Kartun Haiwan Popular Apabila Dibandingkan Dengan Haiwan Yang Sebenar

Ada yang sama, ada juga yang pelukis dah “ubah suai” rupanya.

Featured Wed, 16 May 2018

Jom Kenali Pengasuh Anak Putera William & Kate Middleton Serta Kemahiran Yang Dia Perlu Ada

Bukan sesiapa saja yang boleh jadi nanny untuk budak-budak diraja ini!

Featured Sat, 19 May 2018

Tiada Kaitan DNA Namun Selebriti Hollywood Ini Memiliki Raut Wajah Seiras

Terbaru di laman YouTube memaparkan selebriti Hollywood yang mempunyai wajah seiras biarpun mereka sama sekali tidak mempunyai pertalian darah.

Featured Tue, 12 May 2020
Eat Travel Thu, 16 Jan 2020
Featured Wed, 6 Mar 2019
Featured Tue, 25 Dec 2018

20 Petua Untuk Menghilangkan Bisul. Murah Dan Jimat!

Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.

| Live TV