Featured By: Yanie Baharom August 27, 2019 @ 10:00am

Rawatan Hifu V Face, kembalikan keremajaan wajah 10 tahun lebih muda

Peningkatan usia lazimnya akan menyebabkan berlakunya masalah jeragat dan kulit kendur atau berkedut yang menjadi ‘ketakutan’ bagi sesetengah wanita. Ini disebabkan kulit mulai kehilangan kolagen yang membuatkan daya elastik kulit semakin berkurang.

Apabila situasi ini berlaku, kebanyakan wanita sedaya upaya menambah pengambilan kolagen menerusi pemakanan, namun ia bukanlah cara paling berkesan kerana kolagen hanya terhasil menerusi rangsangan dari dalam badan individu itu sendiri.

Kulit kendur dan berkedut juga disebabkan kehilangan lemak pada wajah yang mengakibatkan muka menjadi ‘jatuh.’ Berbeza ketika masih muda, wajah mempunyai lemak yang menyebabkan kulit menegang.

Bagi mengatasi masalah ini, terdapat pelbagai rawatan tanpa pembedahan dan tidak menyakitkan, namun memberikan kesan yang diingini wanita. Antarannya dengan menambah isian (filler) pada kulit yang menyebabkan kulit menjadi lebih tegang dan muda.

Terbaharu, penggunaan mesin khas menerusi rawatan Hifu atau imbasan ultra fokus tinggi menjadikan kulit lebih tegang, sihat dan kembali bermaya.

Apa itu rawatan Hifu?

Foto: Beautyofwax

Menurut pengasas Airellyn Beauty Care yang mengusahakan pusat kecantikan, CPS Skin Love, Ellyn Jamin, 32, kaedah Hifu memberikan pemanasan terus ke dalam tisu bagi mengangkat kembali kulit.

Sebelum memulakan kaedah ini, kulit disapu gel terlebih dahulu bagi memberikan rasa sejuk. Imej pada skrin ultrabunyi pula membolehkan doktor mahupun pakar kecantikan menggambarkan tahap rawatan sebelum tenaga digunakan untuk tisu yang disasarkan. Rawatan mengambil masa dari 45 hingga 90 minit bergantung kepada rawatan.

“Kajian klinikal turut membuktikan prosedur tanpa bedah menggunakan mesin ultrabunyi adalah selamat dan berkesan. Gelombang ultrabunyi memintas permukaan kulit pada kedalaman dan suhu yang sebaik-baiknya.

“Kebaikan rawatan Hifu ini, ia tidak merosakkan kulit dan mencetuskan penghasilan kolagen yang baru. Ini mengembalikan keanjalan kulit, mengurangkan kantung mata dan memudarkan kecelaan di bawah mata. Teknik ini juga menggunakan penggambaran ultrabunyi yang membolehkan doktor dan pakar kecantikan menentukan kawasan yang paling memerlukan rawatan untuk hasil terbaik,” katanya.

Rawatan Hifu sesuai untuk mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun manakala isian untuk 35 tahun ke atas. Sebaiknya Hifu dilakukan tiga sesi untuk kesan optimum. Walaupun selepas melakukan Hifu, didapati kulit menjadi lebih cantik, namun kesan progresif hanya kelihatan selepas dua hingga tiga bulan berikutnya.

Ini kerana kolagen memerlukan tempoh itu untuk bertindak mengetatkan kulit supaya bahagian bermasalah termasuk lingkaran hitam di sekeliling dan kantung mata dapat dikurangkan.

Selain kulit wajah, Hifu juga sesuai bagi mengangkat kulit pada bahagian leher di bawah dagu dan pada dahi. Meskipun ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk rejuvenasi optimum, yang penting kaedah ini selamat.

Untuk mendapatkan kulit cerah dan cantik, sebaik-baiknya gunakan produk sesuai dengan kulit muka. Sedikit tanda merah mungkin timbul, tetapi akan hilang selepas beberapa jam. Kulit juga mungkin lebam sedikit atau terasa sedikit sakit, tetapi pada tahap ringan dan kesannya sementara saja.

Foto hiasan: Sebelum dan selepas rawatan Hifu V Face – Pureskinplus

Harga bagi satu sesi rawatan Hifu?

Rawatan ini sudah lama diperkenalkan dalam kalangan pengusaha spa bukan bumiputra dan harga bagi setiap sesi adalah RM1588. Harganya yang mahal disebabkan teknologi mesin yang digunakan selain keberkesanannya.

Disebabkan faktor yang demikian, rawatan kecantikan ini belum begitu popular dalam kalangan pelanggan Melayu, namun kini anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh mencuba rawatan ini di CPS Skin Love, yang baharu sahaja membuka rangkaian terbaharunya di Persiaran Bangi, Seksyen 9, Bangi pada 17 Ogos lalu.

Sebagai harga pengenalan rawatan kecantikan Hifu V Face boleh dinikmati pada harga RM288 berbanding harga biasa RM488.

Kenali CPS Skin Love

Salun di Bangi merupakan cawangan keduanya selepas pembukaan sulung rangkaian salun di Shah Alam sejak tahun 2010 dan bercadang untuk membuka rangkaian ketiganya di lokasi strategik di Kuala Lumpur untuk perancangan masa depannya.

“Saya memilih Shah Alam dan Bangi kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan dan sebelum ini melalui iklan di FB Ads alam maya, kami telah menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan yang tinggal di sekitar Bangi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan salun terbaharunya di Bangi baru-baru ini.

Ellyn menjelaskan, CPS Skin Love menawarkan kira-kira 56 perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan berusia remaja termasuk mereka yang menghadapi pelbagai masalah berkaitan kulit wajah.

Selain Hifu V Face, perkhidmatan lain yang popular ialah Spa Coklat, Detox Spirulina dan Sulam Bedak.

Harga yang ditawarkan adalah mampu milik, namun pelaburan mereka berbaloi kerana syarikat menawarkan perkhidmatan berkualiti selain menggunakan bahan rawatan yang diimport berasaskan semula jadi, selain penggunaan mesin berinovasi berteknologi tinggi.

“Kami menggunakan logo Cantik Persis Selebriti kerana kami percaya bahawa ramai wanita mahu melihat diri mereka cantik seperti selebriti.

“Disebabkan konsep tersebut, saya akan menawarkan perkhidmatan rawatan kepada pelanggan agar mereka berpuas hati dengan hasil yang terbaik sehingga berjaya meningkatkan keyakinan dan kegembiraan mereka,” jelasnya.

Perjalanan wanita muda ini sebagai seorang pengusaha pusat kecantikan

Tambah beliau, syarikat sentiasa mengikuti perkembangan pasaran sedia ada dan membuat kajian mengenai maklum balas pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan yang memenuhi gaya hidup masyarakat masa kini.

Mula menceburi bidang kecantikan sejak berusia 18 tahun di mana wanita cantik ini menimba ilmu dan pengalaman selama lima tahun sebagai pengamal kecantikan di Aster Spring Origin of Beauty, sebelum mengambil langkah lebih berani pada 2009 untuk mengusahakan spa sendiri.

Mengulas mengenai latar belakang perniagaan pada awal operasinya, wanita kecil molek berjiwa besar ini membuka spa secara kecil-kecilan dengan menumpang menyewa di sebuah rumah kedai yang terletak berdekatan dengan pusat pengajian tinggi di Shah Alam.

Berdasarkan modal yang kecil, beliau akan ‘turun padang’ berjumpa masyarakat dengan mengedarkan risalah perniagaan dan ‘mencuri’ masuk ke asrama pelajar wanita untuk mempromosikan produk yang ditawarkan.

“Saya berjaya menarik minat pelajar berkunjung ke salun dengan menawarkan harga pakej murah disertakan dengan perkhidmatan pengangkutan percuma dari asrama ke salun dan sebaliknya.

“Promosi tersebut berjaya kerana melaluinya, saya menjana pendapatan antara RM200 hingga RM300 sehari dan operasi tersebut diteruskan hingga dua tahun.

“Bermula di situ, modal makin bertambah dan saya mula memasang papan tanda dan berdikit-dikit membeli peralatan untuk melengkapkan lagi salun,” jelasnya.

Selain itu, semangat untuk terus berjaya dalam bidang tersebut telah memaksa beliau menjual kereta Perodua Kelisa miliknya dengan bermodalkan RM15,000 dan melaluinya beliau melaburkan duit berkenaan untuk mengembangkan perniagaannya.

“Hampir dua tahun, saya terpaksa meminta bantuan rakan untuk urusan pengangkutan sehinggalah saya berjaya mengumpul modal dan membeli kereta secara tunai.

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan, pelbagai cara digunakan untuk mengekalkan kejelitaan dan keayuan wajah.

Terbaru, kaedah sulam bedak semakin popular dan mendapat tempat di hati ramai wanita di Malaysia.

Apa itu sulam bedak?

Pastinya ramai wanita yang sering mendengar terma terbabit tetapi masih ada yang tidak mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sulam bedak.

Menurut Ellyn, rawatan sulam bedak merupakan rawatan ‘separa tetap’ pada kulit wajah wanita dan ia memberikan kesan seakan memakai bedak setiap masa kepada mereka yang telah menjalani rawatan terbabit!

“Rawatan sulam bedak atau BB Glow ini hanya mengambil masa selama satu hingga dua jam dan kesannya boleh dilihat serta merta. Ia menjadi fenomena dalam kalangan wanita di Malaysia kerana rawatan ini dapat memudarkan pigmentasi, bintik hitam serta bekas parut jerawat.

“Sulam bedak juga mampu mengatasi masalah tona kulit tidak sekata dan ia juga tidak menutup pori. Bagi mereka yang menjalani rawatan ini, ia tidak sakit dan kesannya juga terlihat terus pada wajah,” katanya.

Tambah Ellyn, sebelum rawatan sulam bedak dimulakan, pelanggan harus menjalani sesi konsultasi terlebih dahulu.

Untuk lebih informasi mengenai CPS Skin Love, lakukan carian di Instagram menerusi kata kunci @cps_skinlove dan @cpsskinlove.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019

Betul ke ubat gigi boleh hilangkan jerawat? Ini jawapan pakar

Ketahui juga sama ada ia bagus untuk kulit anda dalam jangka masa panjang.

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] “Nak Ummi & Daddy” – Disoal Mahu Apa Di Syurga, Jawapan Anak Buat Shakilla Khoriri Terdiam

Alahai, bijaknya awak ni Ameena ☺️ Sebak pula, semoga dilindungi dan dipermudah segalanya ☺️🥰

Featured Wed, 29 Sep 2021
Featured Sun, 26 Apr 2020

Rakyat baru pulang dari Indonesia paling tinggi positif COVID-19

Langkah Kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari berkesan

Featured Thu, 20 May 2021

“Janganlah Penjarakan…” – Mawar Rashid Luah Rasa Simpati Terhadap Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dikatakan tidak serik melanggar prosedur operasi standard (SOP). Kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh Neelofa membuatkan […]