Eat Travel By: Shaidah Shafie April 5, 2020 @ 3:00pm

Rendang cendawan ekspres, mudah dan sedap!

Dalam kekalutan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan kerajaan, golongan suri rumah antara individu yang tidak menang tangan melayan kerenah anak-anak di rumah kerana kerap keluar masuk ke dapur mencari makanan.

Keadaan itu turut dijadikan bahan jenaka dengan pelbagai paparan di sosial media seperti pintu peti ais ranap akibat kerap dibuka dan ada juga kertas yang ditulis ‘mama tutup kedai hari ini, semua kena puasa.’

Meskipun ia dianggap jenaka, hakikatnya menjadi suri rumah juga adalah satu kerjaya yang mencabar kerana perlu mencari idea apakah menu ringkas boleh disediakan untuk keluarga dalam tempoh yang cepat dan mudah.

Lebih menyulitkan apabila ada dalam kalangan anak-anak tidak makan ayam dan hanya mahu menikmati ikan sahaja. Tambah mencabar bila si kecil juga mahu makan nasi tapi tidak mahu ambil sayur-sayuran hijau.

Rendang cendawan, enak dimakan dengan nasi panas atau roti. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Hijab & Heels kongsikan satu resipi mudah sesuai seisi keluarga baik yang tua mahupun yang muda, namun sedap dan enak serta ringkas sahaja penyediaannya.

Resipi ini mudah disediakan kerana anda boleh memasukkan semua sekali bahan kecuali cendawan yang perlu dimasukkan paling akhir bagi mengelakkan ia hancur.

Bahan-bahan untuk rendang cendawan, mudah dan ringkas. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Rendang Cendawan

Bahan A:

500 gm paket cendawan tiram

2 sudu serbuk cili

2 keping asam Gelugor

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 kotak santan rendah lemak

1 ½ cawan air

Garam secukup rasa

Bahan yang perlu dimayang: (B)

3 ulas bawang merah

2 helai daun kunyit

1 ulas bawang putih

1 batang serai

# Bahan tambahan seperti isi ayam dan cili merah boleh dimasukkan jika mahu.

Selain dijadikan rendang, cendawan tiram ini juga enak dijadikan tempura. Foto: Arkib Hijab & Heels.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Masak apa hari ini? Jom buat rendang cendawan yang mudah ini. www.hijabnheels.com #hijabnheels #hijabnheelsofficial #panduanhijabnheels #resipimudah #resipi #rendang #cendawan #rendangcendawan

A post shared by Hijab & Heels (@hijabnheelsofficial) on

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali, masukkan semua bahan A dan B kecuali cendawan dan garam.
  2. Kacau semua bahan perlahan-lahan di atas api biru supaya adunan tidak berkerak dan bergentel
  3. Apabila adunan semakin kering, masukkan cendawan tiram yang sudah dibasuh dan ditos. Masukkan juga garam mengikut kesukaan.
  4. Kacau perlahan supaya sebati, sekiranya mahu ia berkuah dan lembap, padamkan api sebelum adunan menjadi kering. Tabur cili merah yang dihiris halus sekiranya mahu menikmatinya dengan sedikit rasa pedas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Jan 2018

Endometriosis

Faktor kurangnya ilmu tentang apa itu endometriosis juga membuatkan mereka hanya menahan kesakitan dan menganggap ia perkara biasa.

Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

5 butik hotel yang wajib anda daftar masuk di Pulau Pinang

Penginapan yang pasti meninggalkan memori indah

Featured Sun, 23 Jan 2022
#tilljannah Sun, 14 Aug 2022

Dengan Sekali Lafaz, Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami!

Alhamdulillah, tahniah Aizat & Elyssa!

Featured Mon, 10 May 2021

Izzue Islam Akui  Covid-19 Beri Hikmah Dalam Hidup, Hubungan Dan Kerjaya Menerusi Bersoal Dengan Lipton

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Izzue Islam mengakui situasi Covid-19 banyak memberi hikmah kepada beliau dalam kehidupan sehariannya menerusi Program Bersoal Dengan Lipton bersama hos, Fiza Frizzy. Izzue menjelaskan situasi Covid-19 memberi kesan kepada perniagaannya namun situasi […]