familuv By: tex_admin August 15, 2018 @ 1:10pm

Resepi Ais Krim Buah Ini Sesuai Untuk Si Comel Yang Sedang Tumbuh Gigi

Proses pertumbuhan gigi adalah salah satu fasa yang akan dilalui oleh semua bayi. Biasanya, ia akan mengambil masa tiga tahun untuk pertumbuhan keseluruhan gigi susunya. 

Saat pertumbuhan gigi inilah bayi anda akan rasa kurang selesa dengan kesakitan yang dirasainya. Agaknya bagaimana ya untuk membantu si comel anda untuk mengurangkan kesakitan yang dirasai? 

Mudah saja, anda boleh beri anak anda sesuatu untuk dikunyah seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Selain itu anda juga boleh menyediakan makanan sejuk seperti ais krim.

Kali ini, Hijab & Heels nak kongsikan kepada anda tentang cara nak buat homemade ais krim buah yang sesuai untuk si comel. Memang mudah sangat ikut resepi yang dikongsikan oleh Fatien Atiqa ini. Jom mommy try

Foto: Giphy

Bahan-bahan yang diperlukan

Acuan ais krim

2 sudu yogurt 

Puri kurma

Susu Farm Fresh

Kiwi

Isi jagung yang telah direbus

4 biji buah mata kucing yang dilenyek

Cara-caranya

1. Campurkan yogurt dan puri kurma dan susu Farm Fresh dan kacau sehingga sebati. Ketepikan. (Bahan 1)

2. Untuk resepi ais krim kiwi, lenyekkan sepotong kiwi dan campurkan bahan 1. Kemudian, letakkan 2 potong kiwi dalam acuan ais krim. Setelah itu, letakkan adunan kiwi tadi ke dalam acuan air krim tersebut.

3. Manakala, resepi ais krim jagung pula, campurkan isi jagung dan bahan 1. Kacau sehingga sebati dan masukkan ke dalam acuan ais krim.

4. Untuk resepi ais krim mata kucing pula, lenyekkan 3 biji buah mata kucing. Letakkan 1 biji buah mata kucing yang tak lenyek dalam acuan ais krim.

5. Bekukan semua acuan ais krim yang telah siap semalaman. 

Foto: Facebook

Simple sangat kan nak buat ais krim buah ini? Bukannya mudah saja, ia juga berkhasiat untuk si comel anda disamping dapat melegakan kesakitan giginya yang sedang tumbuh. Jadi tunggu apa lagi, jom buat sekarang!

Sumber: Facebook & Baby Center

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Apr 2020
Featured Mon, 25 Sep 2023
Featured Mon, 26 Feb 2018

Jangan Pakai Bra Ketika Tidur, Nanti Buruk Natijahnya!

Namun, tahukah anda, memakai bra dalam satu jangka masa yang lama boleh memberi efek negatif pada kesihatan badan.

Featured Mon, 27 Nov 2023
Featured Tue, 10 Apr 2018

Boring Dengan Style Yang Sama, Hijabista Ini Kongsi 4 Style Pakai Shawl Untuk Nampak Cun

Pernah tak anda mati idea untuk menggayakan tudung setiap hari? Yelah, anda mesti tidak mahu pakai tudung dengan style yang sama sahaja kan?

Featured Thu, 6 Dec 2018

Cara Betul Tuam Bengkak Pada Badan

Teknik tuaman dapat surutkan bengkak pada anggota badan.