Eat Travel By: Shaidah Shafie April 21, 2020 @ 5:28pm

Resipi badak berendam unik Catrionna Brian Ross

Kuih-muih lama sering menjadi pilihan untuk dijadikan juadah pembuka selera untuk berbuka puasa pada Ramadan.

Bagi masyarakat di Pantai Timur terutama, kuih yang manis seperti jala emas, akok, puteri mandi, pengat pisang dan onde-onde bukan sahaja menjadi pilihan pada bulan puasa, tetapi juga pada hari biasa.

Ketiadaan bazar Ramadan kali ini mungkin satu tamparan hebat kerana lazimnya bazar sebegitu memberi peluang kepada masyarakat untuk membeli pelbagai juadah yang diminati.

Kuih-muih tradisional sentiasa menjadi pilihan ramai ketika Ramadan – gambar hiasan. Foto: NSTP/Ghazali Kori.

Namun begitu, usah bimbang kerana di laman sosial seperti Instagram atau Facebook, ramai yang berkongsi resipi sama ada menu berat seperti nasi atau lauk pauk mahupun pemanis mulut serta kudap-kudapan.

Antara judah tradisional yang biasanya hanya muncul pada bulan puasa ialah badak berendam. Pemanis mulut yang sangat enak ini tampak susah untuk dibuat sendiri, namun sebenarnya cara pembuatannya amat mudah.

Onde-onde atau buah Melaka ini juga antara kuih lama yang amat mudah untuk disediakan – gambar hiasan. Foto: NSTP/ Tg Syamim Tg Ismail.

Artis berdarah kacukan, Catriona Brian Ross menyediakan menu badak berendam yang dinamakan ‘badak berendam sengaja tak direndam lencun’.

Nama kuih dipanjangkan dan mengundang senyum bagi mereka yang menggemari kuih bersalut santan ini. Menurut perkongsian Catriona itu, selain ingin menikmati sendiri juadah manis itu, beliau juga menyediakan badak berendam bagi mendidik anak gadisnya agar menghargai kuih tradisi.

Jom lihat bagaimana beliau menyediakan badak berendam istimewanya:

Badak berendam sengaja tak direndam lencun

Bahan-bahan untuk doh:

2 cawan tepun pulut

Sedikit air

Bahan-bahan untuk kuah:

1 kotak santan (250gm)

1 sudu teh halba

Secubit garam

Bahan-bahan untuk inti:

2 cawan kelapa parut (seeloknya kelapa yang muda)

1 cawan gula merah

Pilih kelapa parut daripada kelapa yang agak muda untuk memastikan inti badak berendam terasa lemak dan enak – gambar hiasan. Foto: NSTP/Aswadi Alias.

Cara penyediaan:

1. Sediakan doh dengan memasukkan tepung pulut dalam satu bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit untuk mengelakkan doh menjadi terlalu lembik. Uli hingga sebati dan ketepikan seketika.

2. Sediakan inti dengan memasak kelapa parut dan gula merah sehingga sebati dan kering. Gentel bulat sebesar ibu jari.

3. Gentel doh dan jadikan seperti kepingan di atas tapak tangan, masukkan inti kelapa yang sudah dibulatkan, bungkus inti dengan sempurna.

4. Sediakan periuk berisi air dan panaskan sehingga mendidih. Masukkan doh berisi inti dan rebus sehingga terapung.

5. Apabila sudah terapung, angkat.

6. Cara membuat kuah, masak semua bahan sehingga mendidih. Guna api perlahan supaya kuah tidak pecah minyak. Apabila kuah menjadi pekat, padamkan api dan ketepikan.

7. Akhir sekali masukkan doh yang sudah siap dimasak ke dalam kuah santan. Sekiranya tidak mahu doh lencun, siram sahaja sedikit kuah di atas doh berisi inti yang sudah masak. Sedia untuk dimakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Oct 2021

Anak Sulung 4 Tahun Positif Covid-19, Hafizul Kamal Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon Hafizul Kamal dan anak sulungnya, Raisya Amanda disahkan positif Covid-19. Hafizul menerusi laman Instagram berkongsi berita itu kepada para pengikutnya. “Kami dua ketul positif Covid-19. Nak lepak gua. Alhamdulillah Sara dan Mieja negatif. “Raisya […]

Eat Travel Tue, 5 Jun 2018
Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Fri, 10 Sep 2021
Featured Wed, 2 Nov 2022

“No! Kalau Pegang Saya Tumbuk” – Celoteh Comel Anak Aisyah Hijanah Undang Tawa

Tular sebuah video pempengaruh, Aisyah Hijanah yang sedang mengajar anaknya Khadeejah Hijanah untuk tidak membenarkan orang yang tidak kenal cuba mendekati dan menyentuhnya. Telatah Khadeejah yang masih pelat berbicara menjadi bahan jenaka warganet di media […]

Featured Fri, 27 Dec 2019
Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Featured Wed, 29 Nov 2023

Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Beruntungnya BCL dapat ibu mentua macam ibu Ashraf❤️🌹