Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 28, 2020 @ 2:00pm

Resipi lemang cawan kertas PKPB, tak perlu susah-susah cari buluh

Bagi penggemar lemang, agak sukar untuk mencari juadah istimewa itu pada Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) ini.

Mungkin kerana sukar untuk mencari buluh sepanjang PKPB. Meskipun kelonggaran diberikan, tetapi mencari buluh di hutan pada detik yang penuh mencabar ini mungkin tidak begitu bersesuaian.

Oleh itu, ramai juga yang menggunakan pengetahuan sains ketika belajar dulu untuk menghasilkan lemang segera ketika tempoh PKPB.

Antaranya, perkongsian pemilik akaun Facebook Mohd Nor Salam Harun mengenai cara memasak lemang menggunakan cawan kertas menarik perhatian ramai warga siber.

Lemang cawan yang sudah siap dikukus. (Kredit gambar Facebook Mohd Nor Salam Harun)

Ketika dihubungi, Mohd Nor Salam berkata, resipi lemang itu diwarisi daripada ibunya, Noraini Aw Sulong dengan penambahbaikan kaedah memasak menggunakan cawan kertas.

“Pada musim PKPB ini, pergerakan menjadi sangat terhad dan menyukarkan kita untuk masuk ke hutan semata-mata hendak mencari buluh bagi memasak lemang. Jika sukar bagi masyarakat yang duduk di kampung seperti kami, apatah lagi yang duduk di bandar.

“Memandangkan ada sesetengah daripada kita bersemangat hendak masak sendiri sesuatu juadah itu walaupun boleh dibeli secara dalam talian. Oleh itu video ini saya buat khas untuk mereka yang hendak cuba memasak lemang sendiri terutama mereka yang merayakan Aidilfitri tahun ini di perantauan,” tulisnya.

Walaupun rasa lemang cawan ini tidak boleh lawan keenakan lemang dalam buluh, sekurang-kurangnya anda pasti berpuas hati kerana berjaya memasak sendiri lemang tahun ini.

Bahan-bahan:

Resipi ini untuk jumlah 5 lemang saiz cawan kecil.

– 2 cawan beras pulut (dicuci dan ditapis)

– 2 cawan santan cair ataupun 1 cawan santan pekat + 1 cawan air

– Garam secukup rasa

– Gula secukup rasa

– Cawan kertas

– Daun pisang (jika tiada, boleh guna kerajang aluminium)

Cara penyediaan:

  1. Basuh dan tapis beras pulut
  2. Masukkan gula dan garam ke dalam santan, kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan daun pisang ke dalam cawan.
  4. Masukkan beras pulut dengan anggaran ¾ daripada saiz cawan.
  5. Masukkan santan lebih sedikit daripada beras pulut.
  6. Kukus selama 1 ½ jam hingga dua jam supaya beras pulut betul-betul melekat.
  7. Apabila masak, keluarkan dan teruskan hentak cawan supaya lemang menjadi sedikit padat. Bagi yang hendak menjadikan lemang sedikit garing, selepas masak keluarkan lemang daripada cawan dan masak sekejap di dalam oven.

Kredit: Facebook Mohd Nor Salam Harun & Instagram: @lamlammakan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 May 2023
Featured Sat, 11 Jan 2020

Dulunya gaya rempit, kini beg silang jadi kegilaan ramai!

Ikat pada pinggang and ready to go!

Featured Thu, 8 Apr 2021

Kadar Pengganguran Menurun Pada Februari

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Februari, kadar pengangguran di negara ini turun kepada 4.8 peratus berbanding 4.9 peratus pada Januari. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan […]

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Degup Atau Denyut Rezeki Saya Melimpah Ruah” – Nuha Bahrin Bersyukur Terima Respons Luar Jangkaan

Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai penggunaan perkataan dalam lagu popular Casablanca yang dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. Sehinggakan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik berkenaan ditegur oleh seorang guru yang dikenali sebagai Zack Kirana […]

Eat Travel Tue, 5 Feb 2019

Raikan Tahun Baru Cina di Sunway Lost World Of Tambun untuk menangi hadiah menarik!

Mari bergembira di taman tema ini bersama keluarga atau rakan.

Featured Tue, 22 Aug 2023
Featured Fri, 24 Sep 2021

“Kita Tak Hidup Nak Sukakan Orang, Hanya Sukakan Allah” – Ebit Lew

Walaupun namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) dilihat tetap tenang dan masih mengunci mulut. Baca artikel berkaitan: “Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa […]

error: Content is protected !!