Eat Travel By: Ad Ops February 5, 2020 @ 3:01pm

Resipi mi kari sedap, dijamin hirup kuah sehingga licin!

Setiap kali tiba hujung minggu, pasti kebanyakan wanita yang sudah berkeluarga buntu mahu menyediakan hidangan apa untuk dinikmati seisi keluarga. Apa kata kali ini anda cuba menyediakan mi kari. Rasanya yang pedas berlemak pasti memikat selera sesiapa sahaja yang menikmatinya.

Resipi yang dikongsi oleh Are Peace dan Anisza Mohd Shukri ini sangat mudah disediakan dan paling penting, ‘gerenti’ jadi dan sedap!

Bahan yang diperlukan:

  • 4 biji bawang merah dikisar
  • 1 labu bawang putih dikisar
  • 2 paket kecil serbuk kari daging
  • 1 senduk pes cili giling/boh
  • 1 paket 3 sekawan (kayu manis, cengkih & bunga lawang)
  • 2 kiub pati ayam Maggi
  • Fishcake } jumlah mengikut kesesuaian
  • Bebola ikan } jumlah mengikut kesesuaian
  • Tauhu kering } jumlah mengikut kesesuaian
  • Isi ayam atau tulang ayam } jumlah mengikut kesesuaian
  • 1 kotak santan 200ml
  • Gula dan garam secukupnya
  • Air
  • Segenggam ikan bilis dan kisar dengan sedikit air sampai hancur (inilah bahan rahsia sebagai penyedap mi kari)

Bahan untuk hiasan:

  • Telur rebus (direbus dan dipotong dua)
  • Cili merah (dihiris)
  • Sawi (dicelur sebentar)
  • Tauge (buang ekor & dicelur sebentar)
  • Limau kasturi (dipotong dua)
  • Mi (dicelur)
resipi mee kari sedap

Kredit gambar: Senangnya Masak

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar bersama 3 sekawan, cili giling dan serbuk kari sehingga pecah minyak serta naik bau.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis yang sudah dikisar tadi.
  3. Seterusnya, masukkan batang sawi sahaja yang telah dipotong.
  4. Masukkan ayam, bebola ikan dan fishcake.
  5. Kemudian masukkan air dan santan secukupnya mengikut pada kepekatan kuah yang diinginkan.
  6. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya. Anda juga boleh memasukkan sedikit serbuk perasa ke dalam kuah.
  7. Akhir sekali masukkan tauhu kering dan biar mendidih.
  8. Kuah mi kari siap untuk dihidangkan. Anda juga boleh mempelbagaikan bahan mi kari dengan meletakkan udang, kerang, kacang panjang dan lain-lain mengikut cita rasa anda.

Selamat mencuba!

Kredit sumber: Facebook Senangnya Masak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 21 Jan 2023

Jatuh Ketika Berlakon, Janna Nick Cedera Di Set Pengembaraan – “Nasib Bukan Hati Yang Luka”

Pelakon Janna Nick cedera ringan di lutut sebelah kiri akibat terjatuh semasa berada di lokasi pengembaraan.   View this post on Instagram   A post shared by Janna Nick (@jannanick) Menerusi perkongsian Janna di Instagram,

Eat Travel Tue, 4 Sep 2018

9 Produk Dari Farmasi Jepun Yang Anda Tak Sangka Anda Perlukan & Nak Beli

Bila anda ke Jepun nanti, jangan lupa beli, okay?

Eat Travel Tue, 26 Jun 2018
Eat Travel Fri, 9 Nov 2018

Jom Enjoy Sambil Beriadah Di Taman Aktiviti Indoor SuperPark KL Musim Cuti Sekolah Ini!

Ia akan dibuka Disember ini kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Eat Travel Fri, 11 Jan 2019

Want your kids to excel in school? Take them on vacation, new survey suggests

It has a positive impact on personal development.

Featured Wed, 23 Nov 2022

“Saya Inginkan Exposure” – Berbanding Watak, Nabil Aqil Lebih Memilih…

Pelakon Nabil Aqil memberikan fokus kepada pemilihan stesen televisyen (TV) untuk mencipta nama dalam industri. Menurut Nabil, pemilihan stesen TV penting kerana dia mahu hasil kerjanya ditonton orang ramai. “Saya nak exposure, nak orang tengok!

| Live TV

error: Content is protected !!