Eat Travel By: Ad Ops June 11, 2020 @ 11:56am

Resipi nasi ulam utara yang sihat dan wajib dicuba

Umum mengetahui ulam mempunyai 1,001 khasiat yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dinikmati begitu sahaja bersama-sama sambal budu, sambal belacan atau sambal tempoyak, ulam juga menjadi bahan utama dalam menu istimewa, nasi ulam.

Seorang pengguna Facebook, Anyta Nyta‎ berkongsi resipi nasi ulam utara dalam laman masakan popular, Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Menurut wanita yang berasal dari Perlis itu, resipi nasi ulam berkenaan adalah resipi daripada ibunya sendiri.

resipi nasi ulam utara sedap

Kredit gambar: Phoenixhillna.org

Jom lihat resipi nasi ulam utara di bawah:

Bahan yang diperlukan:

3 cawan nasi putih
3 batang serai (ditumbuk)
2 inci lengkuas (ditumbuk bersama 1/2 inci belacan)
Satu paket kecil lada hitam (ditumbuk halus)
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
Halia (dipotong dadu halus)
Satu senduk kerisik
Sedikit garam
Pucuk-pucuk ulam (Nota: Jika mahu sedap, ulam harus banyak)
Ulam (dipotong halus-halus, daun selom dan daun pegaga boleh letak banyak)
Isi ikan kering talang (digoreng dan ditumbuk halus)

resipi nasi ulam utara

Kredit gambar: Facebook Anyta Nyta

Cara penyediaan:

1. Gaul nasi dengan kerisik.
2. Masukkan ikan kering yang telah ditumbuk dan gaul rata.
3. Jika nasi sudah rasa garam, tidak perlu tambah garam lagi.
4. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan gaul rata.
5. Masukkan ulam yang telah dipotong halus.
6. Jika suka lada boleh masukkan lebih sedikit.

Nasi ulam utara siap untuk dinikmati seisi keluarga. Selamat mencuba!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1079554179094686&set=gm.3266855530304407&type=3&theater

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Featured Wed, 20 Jul 2022

[VIDEO] “Ego & Sombong Diri!” – Netizen Berang Pesara TLDM Tampar Kepala Jemaah Lain Gara-Gara Salam Tak Pandang Muka

Hmm, kelu lidah min untuk berkata-kata. Mungkin pesara TLDM ni tak perasan jemaah ada pandang wajah dia.. Apapun, pihak polis berkata kes sudah selesai.

Featured Tue, 24 May 2022
Featured Sun, 18 Aug 2019

Risiko hamil kembar berbilang

Rawatan kesuburan IVF perlu pemantauan pakar

Featured Wed, 10 Feb 2021

Cara Tukar Kata Laluan Bantuan Prihatin Rakyat Secara Dalam Talian – LHDN

Berita gembira buat pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)! Dalam satu kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan mereka yang ingin menukar kata laluan BPR boleh melakukannya di laman web BPR tanpa perlu ke

Featured Wed, 13 Apr 2022

Terangsang Bila Mandikan Anak… Bapa R*gol Anak Usia 7 Tahun, Akui Tersilap!

Allahuakbar… tergamak buat dekat anak sendiri macam tu!

Featured Tue, 8 Jun 2021

“Tak Macam Drama Biasa, Macam Tengok Filem”- Netizen Puji Sinematografi Masih Ada Rindu

Drama Akasia Masih Ada Rindu yang baru sahaja ditayangkan pada 1 Jun lalu kini semakin mendapat perhatian ramai. Keserasian antara dua pelakon utama iaiitu Farid Kamil dan Mimi Lana membuatkan membuatkan para penonton ternanti nanti

| Live TV

error: Content is protected !!