Eat Travel By: tex_admin December 14, 2018 @ 3:00pm

Resipi Puding Raja Warisan Asli Negeri Pahang Yang Wajib Anda Cuba

Anda pernah makan tak puding raja? Untuk pengetahuan anda, puding raja terkenal di negeri Pahang yang merupakan antara hidangan warisan istana. 

Sejajar dengan namanya, puding raja dikatakan amat digemari oleh golongan istana dan sering dijadikan hidangan istimewa untuk santapan diraja.

Dahulunya, puding raja dihidangkan pada majlis-majlis rasmi istana tetapi kini, semua lapisan masyarakat boleh menikmati sajian ini.

Puding raja merupakan antara puluhan kuih tradisi Pahang yang mendapat tempat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat Pahang dan ianya amatlah popular. Jika anda berada di sekitar Lembah Klang, memang sukar untuk mencari kedai yang menjual puding ini.

Ini kerana, hanya orang-orang Pahang sahaja yang ‘pakar’ dalam membuat puding yang sedap ini. Tapi, sekarang zaman serba moden, segalanya hanya di hujung jari. Memang sangat mudah untuk anda ‘google‘ resipi puding raja ini. Tak perlu datang jauh-jauh ke negeri Pahang untuk menikmatinya. Buat sendiri saja di rumah!

Foto: Resipi Kampung

Nah! Penulis kongsikan resipi puding raja yang sangat mudah untuk anda buat di rumah.

Bahan-bahan untuk jala emas

  • 5 biji kuning telur
  • 250gm gula
  • 250ml air
  • 1 helai daun pandan

Bahan-bahan tabur

  • 10 biji pisang lemak manis yang digoreng dalam minyak sapi hingga kekuningan
  • 100 gram kacang gajus yang digoreng dalam minyak sapi
  • 100 gram buah prune
  • Ceri merah dan hijau secukupnya

Bahan-bahan kuah puding

  • 1 tin susu cair
  • 3 biji kuning telur
  • 125 gram gula
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya

Jala emas

1.  Didihkan air, gula dan daun pandan sehingga larut. Keluarkan daun pandan.

2. Masukkan kuning telur ke dalam corong roti jala dan kirai ke dalam adunan air gula tadi.

3. Angkat jala emas dan toskan air gula. Ketepikan.

Kuah puding

1. Gaulkan semua bahan dalam satu mangkuk. Tapiskan dan masak secara double boil sehingga pekat.

2. Untuk menghidang puding raja, atur pisang yang telah digoreng di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.

3. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus dengan secukupnya.

4.  Tuangkan kuah ke atas puding  apabila hendak dimakan.

Nak lagi sedap, simpan dahulu dalam peti sejuk!

Selamat mencuba!

Sumber: Rasa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jul 2019

ANAS Cosmetics kini boleh didapati di Sasa

Setiap koleksinya sesuai untuk kulit wanita Asia!

Eat Travel Wed, 15 Apr 2020

Mahu makan roti piza yang sedap? Jom buat sendiri!

Foccacia, roti artisan yang mengenyangkan

Featured Wed, 25 Jul 2018

Terjatuh Di Dalam Bilik Mandi Akibat Diserang Strok, Apa Punca Sebenarnya

Pengaliran darah secara mendadak di bahagian kepala menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan inilah yang mendorong saluran darah pecah.

Acara Mon, 13 Feb 2023
Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Mon, 4 Oct 2021

“Ketahuilah Ia Kerosakan Yang Besar..”- Hantaran Sahabat Baik Ebit Lew Curi Perhatian Warganet

Kontroversi yang melanda pendakwah Ustaz Ebit Lew (UEL) semakin hangat apabila pendakwah terkenal itu bersama isterinya dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis minggu lalu. Baru-baru ini, pendakwah Firdaus Wong pula tampil membuat laporan polis

| Live TV

error: Content is protected !!