Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 26, 2020 @ 11:00am

Resipi soto Johor dihidang dengan bergedil dan sambal kicap berapi

Ketupat dan rendang hidangan wajib pada 1 Syawal, namun selepas Hari Raya pertama, lazimnya ramai menghidangkan juadah ringkas, tetapi mengenyangkan.

Meskipun sekadar meraikan Aidilfitri dengan keluarga di rumah, tidak salah untuk mencipta suasana perayaan supaya anak-anak tidak begitu terasa apabila tidak berpeluang pulang ke kampung.

Antara hidangan mudah yang boleh disediakan ialah soto Johor yang enak tetapi paling penting mengenyangkan.

Lagipun hidangan ini boleh dinikmati sama ada dengan nasi himpit yang mungkin masih berbaki dari hari pertama Aidilfitri, ataupun dihidangkan dengan mi atau bihun.

Hidangan ini juga sesuai jika anak-anak masih kecil yang tidak boleh mengambil makanan pedas. Bagi ahli keluarga yang lebih dewasa dan menggemari masakan pedas, jangan bimbang kerana soto Johor boleh dihidangkan dengan sambal kicap pedas, atau jika ingin lebih pedas boleh cuba resipi kicap pedas berapi.

Hidangan ini juga sesuai untuk dikongsi dengan jiran di sebelah rumah, walaupun tidak boleh berziarah, hantar sahaja di dalam pek plastic atau amalkan tukar juadah dengan jiran-jiran.

Berikut dikongsikan resipi soto Johor lengkap dengan bergedil dan sambal kicap berapi.

Bahan A:

½ ekor ayam
2 liter air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan B (kisar dalam pengisar):

2 biji bawang besar (atau 7 – 9 biji bawang merah)
5 ulas bawang putih
2 inci halia (berdiameter lebih kurang 1 inci )
½ inci kunyit hidup (berdiameter lebih kurang 1 inci )
1 batang serai (ambil yang mudah dalam 1 inci)

Bahan C (rempah tumis):

3 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis (anggaran panjang dalam 2 inci)
3 biji bunga cengkih

Bahan D (rempah, basuh, sangai dan tumbuk/kisar halus ):

3 sudu kecil ketumbar biji
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih (kurus)
1 sudu kecil lada putih

Bahan untuk hiasan:

50 sen tauge, dicelur
Segenggam suun, digoreng
100g kacang tanah, digoreng
Hirisan daun sup (untuk tabur)
Bawang goreng (untuk hiasan dan tabur)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang dikisar (bahan B) sehingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan C apabila bahan B agak kering.
3. Masukkan pula bahan D, tumis seketika sehingga naik bau.
4. Masukkan air
5. Masukkan ayam dan reneh ayam menggunakan api yang kecil selama lebih kurang 1 ½ jam.

Panduan: Anda juga boleh merebus menggunakan api yang besar tetapi ‘manis’ ayam akan hilang. Di samping itu, dengan merebus menggunakan api yang perlahan membenarkan segala rempah meresap ke dalam daging ayam. Ini menambahkan rasa rempah dalam daging ayam tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda. Tutup api.

Bahan bergedil:

5 biji kentang

Sedikit daun sup, dipotong kecil

Sedikit bawang goreng

1 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Goreng atau rebus kentang bersama garam sehingga empuk.
  2. Lenyek kentang sehingga halus.
  3. Masukan bawang goreng dan daun sup, gaul sehingga sebati.
  4. Bentukkan bulat kecil.
  5. Pecahkan sebiji telur,celupkan bergedil tadi dan goreng.

Bahan sambal kicap:

Kredit gambar: Sedapfood.com

5-10 tangkai cili padi

5 ulas bawang putih

1 sudu gula pasir

Garam

Kicap manis

Sedikit jus limau

Cara penyediaan:

  1. Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan
  2. Tumbuk cili padi dan bawang putih bersama-sama gula pasir dan garam sehingga halus.
  3. Kemudian tambah kicap manis dan sedikit jus limau.

Kredit gambar: Instagram @resepibersama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 May 2022
Events Wed, 24 Aug 2022
Featured Wed, 3 Apr 2024

Bekas Isteri Safee Sali Impi Berbuka & Sambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-Anak

Sebaknya! Ibu mana yang tak terkesan bila berjauhan dengan anak-anak😭

Featured Sat, 10 Apr 2021

“Bantu Usahawan Luaskan Peniagaan..” – Kempen Salam Sayang Ramadan TV3 Suntik Semangat Ramai

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) tampil dengan Kempen Salam Sayang menerusi siaran langsung di TV9 malam tadi. Mengangkat tema Salam Sayang, tema ini merupakan kesinambungan kepada Setulus Ikhlas yang dibawakan pada tahun lalu. Tahun ini, […]

Featured Fri, 23 Jul 2021

“Kenapa Kaitkan Nama Orang Yang Tak Terlibat..”- Neelofa Persoal Tindakan Caprice Kaitkan Nama Rakan Artis Lain

Isu antara pendakwah bebas, Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice masih belum menemui jalan penyelesaian. Umum maklum ketika sidang media Ebit Lew dilakukan secara live, Ebit Lew telah menjawab pelbagai persoalan dan fitnah yang dilontarkan […]

Featured Thu, 1 Apr 2021

“Kepom Pun Dah Tak Lama Dalam Industri” – Elly Mazlein Bakal Bersara Dari Dunia Hiburan?

Rezeki pengacara dan pelakon, Elly Mazlein semakin bertambah semenjak kemunculannya dalam drama bersiri Kampung People mulai mendapat perhatian. Menerusi Instagram rasminya, Elly memuat naik hantaran terbaru berkongsi mengenai rezeki anugerah Tuhan, malah dia juga menjelaskan […]

Featured Mon, 15 May 2023

Salute! Netizen Puji Tindakan Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Penghargaan Buat Ibu & Bekas Isteri

Ni lah namanya teamwork! Sentgiasa menghargai antara satu sama lain😍