familuv By: Ad Ops March 16, 2020 @ 4:00pm

Risiko bahaya jika anak terdedah dengan cecair pembasmi kuman

Dalam keadaan penularan wabak Covid-19 yang semakin tinggi, penggunaan cecair pembasmi kuman adalah satu pilihan yang boleh dimanfaat jika tidak berpeluang untuk membasuh tangan.

Cecair pembasmi kuman yang mengandungi 60 peratus hingga 95 peratus etanol atau isopropil alkohol berkesan mengurangkan mikroorganisma pada kulit. Bagaimanapun, pengambilan atau penggunaan yang tidak wajar boleh dikaitkan dengan risiko kesihatan, malah boleh menjadi bahaya jika disalah guna terutama sekali oleh kanak-kanak.

bahaya hand sanitizer kepada kanak-kanak

Kredit gambar: QNS.com

Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 70,669 kes pendedahan pada cecair pembasmi kuman yang mengandungi alkohol dan bukan alkohol dilaporkan kepada Sistem Data Racun Kebangsaan.

Kes berkenaan melibatkan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun iaitu kira-kira 90 peratus berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga 5 tahun. Daripada kumpulan umur itu, 97 peratus pendedahan adalah kerana pengambilan oral.

Menurut Pusat Racun New York, kanak-kanak yang terjilat atau termakan cecair pembasmi kuman berisiko untuk mengalami keracunan alkohol. Walaupun kanak-kanak hanya termakan sedikit sahaja cecair itu, ia mungkin boleh menyebabkan pelbagai risiko. Jika bayi terdedah dengan cecair itu, ia mungkin boleh membawa maut.

Berikut adalah langkah yang boleh diakukan ibu bapa untuk mencegah kanak-kanak daripada bermain atau termakan dengan cecair pembasmi kuman:

bahaya hand sanitizer kepada kanak-kanak

Kredit gambar: American Chemical Society

1. Simpan cecair pembasmi kuman di tempat yang selamat, tersorok atau kawasan yang tidak boleh dicapai kanak-kanak.

2. Beri didikan kepada anak bahawa cecair pembasmi kuman adalah untuk kegunaan luar sahaja dan tidak boleh dimakan atau diminum.

3. Jangan sesekali menggunakan cecair pembasmi kuman kepada bayi kerana risko mereka menjilat tangan adalah tinggi.

4. Pantau dan elak anak bermain dengan bahan kimia di dalam rumah.

5. Sentiasa mengawasi anak ketika menggunakan cecair pembasmi kuman atau menggunakan sebarang pembersih sabun ketika mencuci tangan.

bahaya hand sanitizer kepada kanak-kanak

Kredit gambar: Reader’s Digest

Jika berlaku kejadian termakan cecair pembasmi kuman atau bahan kimia lain, ini cara yang betul untuk ibu bapa lakukan.

1. Bertenang, jangan panik atau memarahi anak kerana mereka akan berasa lebih takut dan mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan.

2. Jangan paksa anak muntah.

3. Hubungi ambulans atau bawa berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

4. Bawa botol cecair pembasmi kuman itu sekali untuk ditunjukkan kepada doktor bagi bertujuan menentukan berapa banyak kandungan yang ditelan oleh anak.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Feb 2023

Isu Bayar Saman Secara Ansuran, Peguam Belum Terima Arahan Daripada Ali Puteh

Saya belum terima apa-apa arahan daripada Ali dan keluarganya – Peguam

Featured Mon, 19 Aug 2019

Melukis dengan kopi pekat, hasilnya mengagumkan

Aroma kopi buat diri rasa tenang, cubalah!

Eat Travel Fri, 3 Apr 2020

Didik anak bercuti sambil beramal

Dalam berseronok, selit juga pengajaran.

8TV Thu, 3 Nov 2022
familuv Mon, 3 Dec 2018

Pelakon Jelita Reese Witherspoon Kongsikan Rahsia Dia Membesarkan Anak-Anaknya

Mungkin anda boleh praktikkan juga dengan anak-anak anda nanti.

Featured Thu, 7 Oct 2021