Featured By: tex_admin June 15, 2018 @ 11:00am

Rupanya 4 Punca Ini Yang Buatkan Anda Kerap Sakit Belakang. Sila Ambil Tahu!

Sakit belakang antara masalah yang biasa kita semua alami. Bila kita seharian penat bekerja ataupun melakukan aktiviti lasak pasti akan rasa sakit belakang. Betul tak?

Sakit belakang sebenarnya tidak terjadi secara tiba-tiba, terdapat banyak perkara yang tanpa anda sedari menjadi punca rasa sakit ini terjadi. Jangan tak percaya, perkara-perkara yang mungkin anda anggap remeh dan sering anda lakukan setiap hari itulah punca anda sakit belakang! Nak tahu antara puncanya? Jom semak 4 punca sakit belakang ini.

1. Kasut

Mungkin selepas ini anda perlu tukar kasut tinggi kepada yang rendah pula. Hal ini kerana, pemakaian kasut tumit tinggi paling banyak mengundang kepada sakit belakang.

Kasut tumit tinggi akan membuatkan tubuh kita lebih condong ke depan sehingga membuatkan tulang belakang bekerja dengan lebih kuat. Tukarlah kasut anda, jangan tunggu sakit belakang menjadi lebih teruk!

2. Komputer

Tahukah anda, jika anda bekerja di pejabat atau di rumah dan menggunakan komputer seharian, ia cukup berisiko terkena sakit belakang.

Hal ini kerana, menggunakan komputer dengan postur duduk yang tidak betul boleh menyebabkan sakit belakang terjadi. Anda perlu duduk dalam keadaan postur badan yang menegak dan tidak terlalu bongkok. 

3. Beg

Ya, beg tangan anda juga boleh menjadi punca sakit belakang! Beg yang terlalu berat menjadikan bahagian belakang anda mudah sakit. Jika anda sudah terbiasa menggendong beg yang terlalu berat sehingga membebankan, cuba kurangkan ya. Keluarkan barang-barang yang tidak penting bagi meringankan beg anda.

4. Telefon bimbit

Mungkin perkara ini yang selalu anda lakukan dengan kerap! Betul tak? Sebenarnya, penggunaan telefon bimbit dalam waktu yang terlalu lama boleh mengundang sakit belakang.

Biasanya, kalau kita menggunakan telefon bimbit, kita akan mencondongkan leher dan keadaan ini yang terlalu lama akan menyebabkan sakit belakang. Jadi, lepas ini kurangkan penggunaan telefon bimbit ya!

Kesimpulannya, anda harus peka tentang perkara yang anda lakukan, jangan anggap ia remeh sahaja ya! Penulis sarankan agar anda sentiasa melakukan aktiviti senaman dan dapatkan waktu rehat yang cukup. 

Sumber: Women Online Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Jul 2023

Berat Badan Turun 18 Kilogram, Punca Fasha Sandha Makin Seksi?

Tak baik main tuduh tau, dah kurus confirm excited nak pakai baju lama kan?

Featured Tue, 22 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran itu, […]

Featured Thu, 14 Apr 2022
Acara Wed, 13 May 2020
Events Tue, 5 Apr 2022
Featured Tue, 1 Nov 2022
Featured Fri, 6 Aug 2021

Noraini Ahmad Umum Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Berkuat Kuasa Serta Merta

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Ahli Parlimen Parit Sulong itu akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 3 Ogos lepas. […]