OMG By: Ad Ops August 30, 2018 @ 7:28pm

Sambut Hari Kemerdekaan Bersama Ice Watch!

Sempena Hari Kemerdekaan, Ice Watch Malaysia memperkenalkan koleksi jam tangan edisi terhad paling istimewa, Ice Merdeka yang akan membawa setiap pemakainya mengimbau kembali era kemerdekaan negara. Kenapa agaknya?

 

Haa, menariknya Ice Watch edisi Merdeka ini hanya dikeluarkan sebanyak 1957 unit sahaja khususnya di pasaran Malaysia. Setiap satu daripadanya diukir dengan nombor siri di belakang setiap jam iaitu pada permukaan keluli tahan karat dan bakal menjadi koleksi yang paling bernilai buat penggemar aksesori itu.

Malah, jam tangan yang bersaiz 41 mm ini juga mempunyai paparan imej siluet Bapa Kemerdekaan,Tunku Abdul Rahman pada keluli tahan karat dan rekaan hitam selain jam tangan edisi terhad ini membawa jiwa klasik tetapi elegan dan kontemporari.

Jam tangan edisi terhad Ice Watch yang berkonsepkan minimalis dengan talinya diperbuat daripada kulit dijual pada harga RM699 seunit, dan boleh didapati di seluruh rangkaian Ice Watch seluruh negara.

Selain Ice Merdeka, Ice Watch Malaysia turut mengeluarkan beberapa jenis jam tangan iaitu Ice Sixty Nine, Ice Steel dan Ice Sunset.

 

Ice Sixty Nine merupakan model wanita kerana pilihan warnanya adalah biru, ungu, fuschia dan coral yang pastinya menyerlah. Ice Watch mempunyai dua pilihan saiz iaitu kecil (38mm) dan sederhana (43mm). Yang menariknya, jam tangan tersebut kalis air! 

Ice Steel dapat melengkapkan imej sebagai lelaki maskulin. Ia datang dalam dua saiz iaitu sederhana (43mm) dan besar (48mm), serta pilihan warna yang disukai ramai iaitu hitam, biru gelap, grey dan green dial. Pastinya jejaka tertarik dengan koleksi jam tersebut!

Ice Sunset sangat sesuai untuk dijadikan aksesori kerana ia dapat menyempurnakan fesyen anda! Bukan sahaja nampak chic, pada masa yang sama imej yang berani. Jam koleksi ini juga mempunyai dua saiz iaitu kecil (34mm) dan sederhana (40mm).

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

“Bukannya Saya Mereput Di Rumah” – Izreen Azminda Belum Bersedia Untuk Kembali Berlakon

Anak-anak akan membesar, jadi biarlah dapat luangkan masa bersama mereka.

Hiburan Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Gandingan Mantap Neelofa Dan Tommy Hilfiger

Orang cantik pakai apa pun lawa…

Events Wed, 5 Sep 2018

Wakili Malaysia, UPAG Sasar Pingat Emas Di Cheonan

Kami berbangga dengan penyertaan dan dapat mewakili negara dalam memartabatkan tarian dan budaya kebangsaan di mata dunia. Kami akan buat yang terbaik…Good Luck UPAG!

Featured Mon, 8 Aug 2022

Pengurus Ditangkap Akibat Kes Dadah, Bunga Citra Lestari Umum Teruskan Konsert Di Singapura

Betul kata BCL. Moga ia jadi pelajaran dan pengalaman dalam kehidupan☹

Hiburan Sun, 2 Jun 2019
Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Rakam Semula Lagu Popular SLAM, Zamani Bakal Duet Dengan Penyanyi BBNU

Semua masih dalam perancangan. Antara penyanyi meningkat naik yang disebutkan adalah Haqiem Rusli dan Khai Bahar.

Hiburan Tue, 26 Dec 2023