Eat Travel By: Shaidah Shafie June 3, 2019 @ 12:57pm

Sambutan Hari Raya dikatakan tidak lengkap tanpa rendang?

Sejak dinihari emak berada di dapur, mengupas bawang, menghiris halia, memotong serai dan menyediakan kerisik. Sebaik santan, daging dan ayam sampai, dia akan terus letak kuali atas dapur, sampai ke petanglah dia akan berada di dapur. Esoknya kami akan bersarapan dengan rendang sahur emak.

Senario seperti ini bukan asing di hampir seluruh dapur di Malaysia menjelang Aidilfitri kerana masing-masing akan sibuk menyediakan menu istimewa iaitu rendang untuk dinikmati seisi keluarga.

rendang

Cara memasak rendang berbeza mengikut negeri. NSTP/ASWADI ALIAS.

Tidak keterlaluan dikatakan rendang adalah menu legenda yang digemari ramai, baik Melayu, India mahupun Cina. Apabila berkunjung ke rumah sahabat handai ketika Aidilfiri, pastinya rendang yang dicari di atas meja.

Bagi yang tidak makan daging, ayam jadi pilihan dan rendang kerang juga tidak kurang hebat penangannya walaupun ia agak renyah untuk disediakan ketika perayaan besar seperti Aidilfitri atau Aidiladha.

Begitupun, hakikatnya lima jenis rendang ini ialah lauk-pauk yang sering dikategorikan sebagai lauk pauk kepala meja dan enak dimakan dengan lemang atau ketupat.

Rendang tok antara juada popular di Pera. NSTP/Saifullizan Tamadi.

Rendang Tok

Rendang tok sangat sinonim dengan masyarakat di sebelah Utara, iaitu Perak yang seolah-olah sudah sebati bahawa rendang tok ialah makanan istimewa orang Perak dan orang Perak memang mahir menyediakan rendang ini.

Kebiasaanya daging lembu segar digunakan untuk menghasilkan rendang tok ini yang turut disertakan dengan pelbagai bumbu lain menyebabkan apabila ia sudah berada di dalam kuali, baunya boleh menjadikan sesiapa sahaja berasa lapar.

Meskipun ia renyah untuk disediakan kerana tempoh memasak yang agak lama, namun hasilnya berbaloi apabila melihat tekstur rendang yang kelihatan lembap, berwarna coklat gelap dan daging empuk ketika dikunyah atau dimakan bersama-sama lemang.

Nikmatnya tidak terkata bagi penggemar rendang tok kerana bauran rasa manis, masin, lemak dan pedas bersatu enak di dalam mulut kala dikunyah dengan lemang, boleh bayangkan!

rendang

Rendang ayam enak dimakan bersama nasi impit. NSTP/Gambar hiasan

Rendang Ayam

Rendah ayam jadi pilihan semua kerana agak mudah disediakan dan ayam juga tidak semahal daging harganya selain boleh dimakan dengan ketupat, lemang mahupun dijadikan lauk untuk dinikmati bersama-sama nasi.

Bagaimanapun, anda perlu bijak menyediakan rendang ayam ini kerana jika terlalu lama dikacau, ia akan menyebabkan ayam hancur dan tiada lagi isi ayam dalam bentuk ketulan dan rupa fizikalnya pun sudah jadi tidak menarik jika hancur.

Antara rendang ayam dengan rendang tok, kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri dan rendang ayam juga tidak dilabelkan milik mana-mana negeri. Bagaimanapun, cara ia dihasilkan mungkin sedikit berbeza di setiap negeri, bergantung pada individu yang menyediakannya.

Rendang Daging

Rendang daging berbeza dengan rendang tok meskipun menggunakan daging sebagai bahan utama kerana rendang tok banyak menggunakan rempah-ratus seperti bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga, manakala rendang daging mirip kepada rendang ayam penyediaannya.

rendang

Rendang daging antara juadah tradisional wajib dihidangkan pada pagi raya. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.

Rendang Paru

Rendang paru pun agak mendapat sambutan untuk dihidangkan pada pagi Aidilfitri, namun disebabkan bukan semua individu makan organ dalaman haiwan (lembu) maka ia bukan menjadi pilihan semua.

Rendang Kerang

Rendang kerang sememangnya disukai ramai, malah ia menjadi pilihan sepanjang masa untuk menjadi lauk iringan dimakan dengan nasi lemak atau nasi biasa, selain enak juga dimakan dengan lemang, pulut mahupun nasi himpit.

Oleh itu, yang mana satukah yang kena dengan selera anda? Mahu yang pedas atau mahu yang manis berempah? Tepuk dada tanya selera, yang penting jangan culas didapur dan rajin-rajinlah menyediakan juadah untuk Aidilfiri ini supaya perayaan anda lengkap dan sempurna dengan menu rendang ayam dan ketupat pulut yang disediakan sendiri!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Feb 2023

Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Betul ke netizen kata Datuk Alha Alfa yang merisik tu? 🤔

Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Mon, 19 Dec 2022
Eat Travel Tue, 24 Jul 2018

Kejernihan Air Sungai Bangang Mendamaikan Jiwa

Keindahan alam semula jadinya juga pasti akan memukau mata memandang.

Featured Thu, 16 Apr 2020
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Fri, 24 Aug 2018

Malas Bersenam? Hidu Jenis Makanan Ini Sekerap Mungkin Untuk Dapatkan Tubuh Idaman Anda

Menghidu epal hijau dan pisang dipercayai mampu membantu anda mengurangkan selera makan.

Featured Wed, 17 Nov 2021

Bina Semula Simpanan, Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun?

Ramai Bumiputera yang terkesan ketika PKP dilaksanakan