Featured By: tex_admin September 2, 2019 @ 12:52pm

Sangkar bagaikan filem pertarungan MMA sebenar!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah  

Anda pastinya beranggapan bahawa ‘Sangkar’ adalah filem yang biasa dilihat mengenai pertarungan yang berlaku di gelanggang. 

Bagaimanapun,  ia bukanlah hanya sekadar pertarungan di dalam gelanggang, malah ia sebenarnya satu filem aksi luar biasa yang sangat menarik dan mengujakan! 

Menurut pengarah filem Sangkar, Khabir Bhatia, tidak mudah untuk membuatkan sesebuah filem sukan lasak diterima oleh para penonton terutama di Malaysia. 

Oleh itu, beliau mengimbas kembali filem-filem  yang bertemakan sukan lasak seperti Rocky Lee dan Muhammad Ali.

Berdasarkan kebanyakan filem bersifat pertarungan yang pernah dihasilkan oleh pengarah filem sebelum ini, ia bukanlah sekadar memaparkan pertarungan di dalam gelanggang itu sendiri, sebaliknya ada elemen lain yang menghidupkan jalan cerita dan merujuk kepada Sangkar,  ia mengenengahkan kepercayaan terhadap diri sendiri dan hubungan dengan orang tersayang.  

Jalan cerita yang mengujakan 

Skripnya terhasil daripada gabungan idea suami isteri ini, Kabir Bhatia dan penulis skrip Mira Mustaffa yang sudah tidak perlu disangsikan lagi kebolehannya menghasil dan mengolah skrip dengan cukup berkesan lebih-lebih lagi untuk filem seni bela diri campuran (MMA) pertama di Malaysia. 

Ia mengisahkan Adam (Zul Ariffin) seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi satu pertarungan dengan taktik kotornya. 

Foto: rojakdaily.com

Apabila dicabar di luar sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan (Remy Ishak) sehingga menyebabkan Johan lumpuh satu badan. Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. 

Tetapi lama-kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. Dia kemudian mendapat tahu kecederaan yang berpunca daripadanya telah menyebabkan Lea (Mira Filzah)  dan Reza (Nik Adam Mika) hilang punca rezeki dan harapan. 

Adegan yang menyayat hati dan watak yang memukau 

Terselit dalam penceritaan Sangkar adalah adegan di mana Adam menentang James ‘Sledgehammer’ McSweeney di perlawanan akhir yang dicabar oleh McSweeney sendiri. Adegan itu turut mengandungi elemen tegang di mana Adam telah dibelasah dengan teruk dan ada unsur tanda tanya siapakah yang akan memenangi perlawanan tersebut. 

Saat Adam (Zul Ariffin) dibelasah oleh McSweeney di gelanggang. Foto: thevocket.com

Filem ini juga ada menyelitkan unsur keinsafan dan kekeluargaan yang cukup dengan rencah kehidupan yang penuh inspirasi, pengorbanan dan harapan. 

Selain itu, watak Adam yang agak kasar dan pada masa yang sama agak kelakar, mencuit hati penonton. Tidak ketinggalan adegan Adam membantu Johan ketika mereka di dalam tandas pastinya akan membuatkan anda ketawa! 

Ada juga adegan yang menyentuh hati penonton ketika Adam memintak maaf terhadap Johan atas perbuatan yang telah dilakukannya. 

Tidak lupa juga, watak Reza yang dipegang Nik Adam Mika yang akan memikat hati penonton dengan kecomelannya! 

Apa yang penting, setiap watak mempunyai keserasian dengan filem ini dan adegan pertarungan yang sememangnya sengit dan mendebarkan menjadikan filem ini satu filem MMA yang berjaya! 

SANGKAR 

  • Pengarah: Kabir Bhatia
  • Pelakon: Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika, Ray Era, James McSweeney, Fadlan Hazim, Andy Teh, Aman Graseka, Carliff Carleel
  • Bahasa: Melayu
  • Durasi: 1 jam 52 minit
  • Klasifikasi: P13
  • Bintang: 4.5

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Oct 2022

“12 Tahun Bersama Jatuh Bangun, Suka Duka Dan Struggle Dalam Perniagaan” – Diyla Titip Ucapan Terima Kasih Untuk DSV

Bagi peminat yang selalu mengikuti perkembangan Datuk Seri Vida, pasti sudah mengenali sosok tubuh seorang wanita yang sering dilihat bersamanya. Wanita yang dimaksudkan itu adalah bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla. Namun, baru-baru ini […]

Eat Travel Sun, 16 Dec 2018

Guna Mi Segera Indomie Untuk Hasilkan Sebuah Kek Kahwin. Biar Betul?

Teringat zaman universiti selalu makan mi segera!

familuv Tue, 16 Jun 2020
Acara Wed, 20 Nov 2019
Featured Sat, 11 Feb 2023

Dikritik Memalukan Ibu Mentua Selepas Kongsi Video Menari Dengan Suami, Fasha Sandha Tepis Netizen

Bila lagi nak bermesra dengan suami kan? 🤪🥰 Netizen jealous ke tuuu?

Featured Mon, 30 Sep 2019