Featured By: Ad Ops March 6, 2019 @ 9:00am

“Saya bersalin banyak kali pun tidak apa.” – Anzalna

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ingin memiliki zuriat. Lambat atau cepat, semua itu percaturan hebat Allah SWT.

Bagi pelakon cantik Anzalna Nasir, saat mengetahui dirinya hamil, dia dan suami, Mohamad Hanif Zaki akui bersyukur dan teruja atas kurniaan Ilahi. Khabar yang diterima sudah semestinya menggembirakan mereka dan keluarga apatah lagi pasangan berkenaan sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun.

anzalna hamil

Foto: NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD

Menyentuh mengenai kehamilannya, Anzalna memberitahu kandungannya kini memasuki usia enam bulan. Anzalna ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan bahagian intim wanita, V Sensual baru-baru ini turut berkongsi mengenai momen kehamilan pertamanya itu.

“Alhamdulillah, Allah mempermudahkan proses kehamilan saya. Saya sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkannya sehingga saya bersalin. Kalau macam ini, saya bersalin sepuluh kali pun tidak apa,” tuturnya sambal tersenyum manis.

“Cuma sewaktu trimester pertama, saya ada muntah dan loya, tapi itupun untuk beberapa minggu sahaja. Saya tertunggu-tunggu juga macam wanita hamil lain yang selalu mengidam, mahu juga hendak mengada dengan suami, tapi tak ada pula mengidam.”

anzalna

Foto: V Sensual

Bagaimanapun, pelakon drama Aku Isterinya itu berkongsi dia tetap menitikberatkan soal pemakanan bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang bagus untuk tumbesaran otak bayi.

“Sebagai wanita mengandung, amat penting untuk saya menjaga pemakanan. Saya tidak boleh mengambil makanan sebarangan kerana saya juga kena fikirkan keselamatan bayi saya. Saya tak nak menyesal di kemudian hari kerana tidak menjaga pemakanan saya.

“Saya banyak bertanya kepada keluarga, doktor dan juga pengasas kumpulan syarikat NR, YBhg. Datin Sharifah Anisah binti Tan Sri Dato Prof. Syed Agil Barakbah tentang penjagaan makanan, diri serta kandungan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

“Saya banyak ambil makanan Sunnah Nabi seperti buah delima, kurma dan minum susu kambing kerana semua ini bagus untuk tumbesaran otak bayi,” ujarnya yang dijangka akan bersalin pada Hari Raya nanti.

Selain mengamalkan pemakanan Sunnah, aktres kelahiran Pulau Pinang itu turut mengambil suplemen yang diberikan oleh doktor.

“Saya susah nak ambil suplemen tapi apabila mengandung, saya kena makan juga untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Saya hanya ambil suplemen yang disarankan oleh doktor. Untuk trimester pertama, saya mengambil asid folik, manakala trimester kedua pula saya ambil obimin dan kalsium.

Tidak dinafikan banyak produk yang ditawar kepada saya untuk menjadi duta. Saya tidak akan mengambil produk luar sebab saya tak berani. Saya rasa duit tak berkat kalau menipu. Kalau betul-betul bagus, saya tidak kisah,” katanya mengakhiri perbualan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Jun 2022
Featured Wed, 8 Mar 2023

Takut Perkara Sama Berlaku Selepas Berkahwin, Farahdhiya Akui Emosi Terganggu

Hmm betul sekarang ni banyak benda boleh jadi kan…

Featured Wed, 7 Apr 2021

Datuk Ramli MS Bakal Muncul Dengan Panggung Tok Ram

Kredibiliti pencinta muzik ternama tempatan, Datuk Ramli MS dalam dunia seni tidak dapat disangkal lagi dalam industri tanah air. Datuk Ramli MS akan muncul dengan Panggung Tok Ram iaitu sebuah platform yang dicetuskan untuk mencari […]

Featured Mon, 4 Dec 2023
Gaya Hidup Sat, 12 Jan 2019

6 Easy Steps To Clean Your Pearl Accessories

Keep them clean so that they last longer.

Events Thu, 21 Dec 2023