familuv By: Fadzlena Jafar May 2, 2020 @ 12:10pm

Sedihnya lihat ‘rumah’ pelajar bijak ini yang begitu daif

Jika selama ini kita menganggap kisah pelajar miskin yang berjaya menggenggam segulung ijazah hanya berlaku dalam drama sahaja, namun penularan wabak COVID-19 sejak Februari lalu membuka pelbagai kisah masyarakat yang selama ini tidak diketahui ramai.

Misalnya, semalam hangat diperkatakan dalam media sosial mengenai seorang pelajar wanita di sebuah universiti di selatan tanah air yang hidup dalam serba kekurangan.

Kisah malang pelajar itu, Maznah Ismail, hanya diketahui apabila beliau dihantar pulang bersama-sama pelajar lain yang terkandas di kampus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Siapa sangka, pelajar bijak yang sedang mengikuti Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam jurusan kejuruteraan awam itu rupa-rupanya tinggal di pondok usang yang hanya berdindingkan kanvas dan beratapkan langit, tanpa kemudahan bersesuaian.

Pondok yang menjadi tempat Maznah menumpang teduh sejak lima tahun lalu. (Gambar daripada Facebook Bro Misai)

Gambar pondok usang tempat beliau menumpang teduh sejak beberapa tahun lalu itu dikatakan diambil pemandu yang ditugaskan menghantar pelajar itu pulang ke kampungnya di Malan Dangi, Kuala Pilah. Maznah dikatakan tinggal bersama-sama abangnya, Radzuan Ismail yang sudah berkeluarga.

Niat baik pemandu itu untuk membantu Maznah yang yatim piatu dengan menyiarkan keadaan pondok usang itu berhasil apabila perkongsiannya dalam media sosial dikatakan menarik perhatian Ahli Dewan Undangan (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman.

Menurut Saiful Yazan, Maznah tinggal dengan keluarga abangnya yang mempunyai rumah asnaf di Selangor, namun terkandas di pondok berkenaan sejak PKP bermula, 18 Mac lalu.

ADUN Johol, Saiful Yazan Sulaiman memberikan bantuan kepada abang Maznah, Radzuan. (Gambar daripada Facebook ADUN Johol)

“Keluarga ini mempunyai rumah di Meru, Selangor, tetapi ini memang tanah pusaka mereka. Rumah asal terbakar pada 2015 dan mereka memang ada memohon untuk mendapatkan bantuan bagi membina rumah pada tapak asal itu.

“Sebenarnya Radzuan sering berulang alik untuk bekerja di sini dan mengusahakan tanamannya. Kebetulan pada cuti sekolah Mac lalu, dia dan keluarganya balik ke pondok ini lalu terkandas di sini. Pejabat ADUN Johol akan membantu keluarga ini pulang ke Meru supaya hidup mereka lebih selesa.

“Begitupun, hajat mereka untuk membina semula rumah di tanah itu akan saya bawa kepada agensi yang sewajarnya bersesuaian dengan status permohonan,” katanya ketika dihubungi Hijab & Heels.

Sementara itu dalam perkongsian Ustaz Ebit Lew menerusi laman sosialnya, beliau turut berkesempatan berkunjung ke pondok keluarga berkenaan pagi ini untuk memberikan bantuan.

Ebit Lew berkunjung ke pondok Maznah dan abangnya, Radzuan bagi memberikan bantuan. (Gambar Facebook Ebit Lew)

“Beliau bersama isteri dan dua anak kecilnya duduk di sini semenjak PKP ini. Dua anak di universiti. Sebelum ini beliau cuma seorang diri sebab kerja di kilang di Malan. Gaji kecil. Mereka ada rumah asnaf di Selangor oleh Pusat Zakat Selangor.

“Mereka bersyukur dan jenis tidak meminta-minta. Tenang saja. Tadi sampai tengah mengaji al-Quran. Saya datang nak cari rumah sementara, tapi saya dimaklumkan YB (ADUN Johol) dan penduduk setempat akan menguruskannya. Jadi saya beri duit belanja pada abang ini,” katanya.

Semoga dengan tersiarnya kisah Maznah pada Ramadan yang penuh barakah ini dapat memberi sinar baharu kepada pelajar bijak itu. Benarlah seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Muhammad al-Bakri, sesungguhnya penularan wabak COVID-19 ini ada hikmah tersembunyi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Jan 2022

“Dia Mengaku Golongan Antivaksin” – Doktor Jual Sijil Vaksin Palsu Cecah RM600 Ditahan

Seorang doktor di klinik swasta di Marang, Terengganu ditahan atas kesalahan menjual sijil vaksinasi palsu pada Sabtu. Memetik laporan Utusan, suspek berusia 51 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Mengabang Tengah. Menurut Ketua […]

Featured Thu, 11 Nov 2021
Featured Wed, 3 May 2023
Featured Thu, 21 Jul 2022

Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Fuhhh 🙌🏻✨ Kuat sungguh Puteri Sarah ni 💪🏻Meski rumah tangga dilanda badai tapi tetap kiat menempuhinya 🥹😭 Moga lepasni semua beringat ya sebelum mengeluarkan kata-kata 😌

Featured Wed, 20 Jun 2018

Kalau Nak Beg Kulit Anda Sentiasa Nampak Baharu, Lakukan Teknik Pembersihan Ini!

Bersihkan dan cuci beg tangan kulit anda untuk sentiasa nampak cantik dan macam baharu lepas beli!

Featured Mon, 31 May 2021

Toh Puan Julie Faridah, Pelakon Keluarga 69 Meninggal Dunia

Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak ‘Faridah’ menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad. […]

Featured Mon, 20 Nov 2023