Eat Travel By: Yanie Baharom May 24, 2020 @ 11:00am

Segarkan tekak tetamu, laici lemon madu minuman wajib pada Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada umat Islam di seluruh dunia.

Memandangkan hari ini, Hari Raya yang pertama pasti ramai ahli keluarga dan sahabat handai yang dah buat janji temu untuk beraya di rumah anda secara berperingkat.

Jangan lupa patuh kepada SOP yang ditetapkan kerajaan, selain jaga penjarakan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan bawa cecair pembasmi kuman.

Alang-alang tetamu datang, mestilah nak hidang menu dan minuman istimewa bukan?

Hari ini Hijab & Heels bermurah hati untuk berkongsi resipi air honey lemon lychee atau laici lemon madu.

Sebagaimana umum sedia maklum, madu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan, selain berupaya meningkatkan kekebalan tubuh dan membekalkan tenaga.

Laici pula mengandungi 66 kalori per 100 gram, setanding khasiat buah anggur dan tidak mempunyai lemak tepu atau kolesterol, tetapi kaya dengan serat pemakanan, vitamin dan antioksidan.

Foto: The Indigenous Bartender

Kajian menunjukkan oligonol dan polifenol berat molekul yang rendah, didapati dengan banyak dalam buah laici. Oligonol mempunyai bahan yang bertindak sebagai antioksida dan antiselesema.

Di samping itu, ia membantu meningkatkan aliran darah di dalam organ-organ, mengurangkan berat badan dan melindungi kulit daripada sinaran ultralembayung (UV) yang berbahaya.

Bercakap mengenai kebaikan lemon pula, ia bukan saja membantu menurunkan berat badan, tetapi juga membersihkan saluran usus dan mencegah jangkitan yang berpunca daripada makanan.

Wah! banyak sungguh khasiat ketiga-tiga bahan utama di dalam segelas jus laici lemon madu. Nah, ini resipinya boleh dihidangkan kepada keluarga nanti!

Bahan-bahan:

  • Lychee King (untuk lebih mudah beli dalam tin)
  • Madu
  • Lemon
  • Daun Pudina (sebagai hiasan)
  •  Air

Tambahan: Anda juga boleh mempelbagaikan resipi ini dengan menggunakan air soda sebagai ganti kepada air putih.

Cara penyediaan:

1. Tuang sedikit air putih atau boleh juga menggunakan air soda berkarbonat.

2. Masukkan beberapa ketul buah laici ke dalam gelas panjang bersama sedikit pes buahnya sekali. Kemudian letakkan satu sudu besar madu dan jus lemon, kemudian kacau sehingga rata.

3. Langkah terakhir masukkan beberapa ketulan ais dan hiaskan dengan daun pudina. Dah siap!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Wed, 23 Jun 2021

“Ah!!Sakitnya..Kenapa Bukan Andy, Jasmin?”- Netizen Kecewa Tengok Ending Single Terlalu Lama

Drama Single Terlalu Lama lakonan Ungku Ismail Aziz dan Julia Farhana Marin yang ditayangkan di slot drama Pukul 6 TV3 akhirnya menemui episod akhir. Ternyata, plot drama ini yang agak unik berjaya menyingkap kisah cinta […]

Featured Sun, 23 Oct 2022
familuv Tue, 21 Apr 2020
Featured Fri, 5 Nov 2021

Comelnya! Viral Di TikTok, Netizen Terhibur Dengan Gelagat 2 Warga Emas ‘Struggle’ Nak Rakam Video

Tular satu video di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila melihat gelagat dua wanita warga emas yang membuatkan mereka terkial-kial mengenai fungsi kamera pada telefon bimbit. @lindaaliass Situasi mama and makdak struggle nak flip video guna […]

Featured Tue, 21 Mar 2023

Abang Stacy Meninggal Dunia

Salam belasungkawa buat Stacy sekeluarga😐

Featured Tue, 17 Dec 2019

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Penyakit jantung kongenital dan apa ibu bapa perlu lakukan