Adakah anda seorang peminat tegar Air Batu Campur (ABC) yang juga disebut sebagai Ais Kacang? Jika benar, halakan perjalanan anda ke Fradoo ABC Special Madness yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam, untuk merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan ABC yang cukup lazat di sini.

Foto : Fried Chillies
Fradoo ABC Special Madness bukanlah asing bagi penduduk Shah Alam bahkan ia merupakan port tumpuan ramai terutamanya student kerana lokasi medan selera ini berdekatan dengan kampus utama Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam.

Foto : Fried Chillies
Bagi mereka yang pernah ‘pekena‘ ABC di sini pasti menyukainya. Bak kata orang sekali cuba pasti hendak lagi. Tidak hanya menyediakan hidangan ABC, stall ini turut menjual aneka pencuci mulut seperti laici kang dan cendol pulut aiskrim. Manakala ABC pula terdapat dalam pelbagai variasi iaitu ABC Jagung, ABC Milo, Classic ABC dan beberapa lagi yang mana semuanya sedap-sedap belaka.

Foto : My Fave
Sedap sangat ke ABC di situ? Memang sedap! Cukup rencah, cukup bahan, cukup rasa. Memang puas makan dengan harganya yang berbaloi-baloi. Tak percaya? Anda kenalah cuba sendiri.

Foto : Fried Chillies