Featured By: Yanie Baharom July 7, 2019 @ 3:00pm

Selain ‘gangguan halus’ punca bayi susah tidur, ini mungkin sebabnya!

Setiap kali menjelang jam 10 malam, anak saya berteriakan menangis tidak berhenti sehingga jam 3 pagi. Pada mulanya disangkakan kembung perut atau lapar susu, tapi bila diberikan susu, dia menolak.

Keadaan ini berlanjutan selama hampir tiga bulan, dia bukan sahaja menangis bahkan beberapa kali juga diserang demam panas. Akhirnya keadaan si kecil ini dirujuk kepada seorang Ustaz yang kemudiannya mendedahkan anak saya disampuk!

Ini kisah benar yang dialami penulis pada tahun pertama membesarkan anak yang kini sudah pun berusia 13 tahun, namun tahukah anda mengenai punca bayi  susah tidur malam menurut Islam?

Ramai yang percaya bayi sukar tidur pada malam hari ini mungkin disebabkan badan tidak sihat atau sedang diperhatikan ‘benda alah’ atau  ‘gangguan halus’ sehingga mengganggu waktu tidurnya.

Disokong pula dengan kenyataan, bayi yang belum mengetahui apa-apa mudah melihat sesuatu yang kita sendiri tidak dapat melihatnya dengan mata kasar, maka kepercayaan kita terhadap elemen mistik itu makin menebal.

Bagaimanapun tidaklah semuanya dikaitkan dengan mistik kerana ada beberapa faktor bayi susah tidur malam menurut Islam ini mungkin salah satu puncanya.

Foto: CafeMom

5 Punca Bayi Susah Tidur Malam Menurut Islam

1. Demam

Demam boleh menjadi salah satu sebab mengapa bayi sukar tidur malam terutama bila adanya selesema, jangkitan telinga dan sakit kerongkong.

Anak kecil itu akan jadi tidak selesa untuk melelapkan mata dan ingin berdakap dengan ibunya sahaja. Apapun, pastikan anda membawanya berjumpa doktor untuk dirawat.

2.  Tumbuh gigi

Bila bayi mula tumbuh gigi juga boleh menyebabkan dia merengek, menangis dan tidak mahu tidur malam. Apa yang anda boleh buat adalah memicit dengan lembut gusi bayi supaya dapat melegakan ketidakselesaan yang dialaminya.

Tapi, jangan lupa bersihkan tangan anda terlebih dahulu sebelum melakukannya terhadap bayi anda.

3. Sakit perut, kolik atau kembung perut

Punca bayi susah tidur malam menurut Islam juga adalah kerana si kecil itu kembung perut. Ia sama situasi seperti yang dialami  orang dewasa, apabila mengalami sakit perut tentu kita juga susah untuk melelapkan mata bukan? Maka ia sama juga dengan anak kecil.

Apa yang anda boleh lakukan adalah meniarapkan bayi dan letakkan tangan anda pada perutnya. Cara kedua, pangku bayi, goyangkan kaki perlahan-lahan sehingga dia tertidur sendiri.

Foto: medicilive

4. Gangguan bunyi dan rangsangan bermain

Mendengar muzik, aktif bermain, suara televisyen yang kuat dan lain-lain turut menjadi faktor bayi susah tidur malam. Ibu boleh dodoikan si kecil, redupkan lampu dan urut sedikit tubuhnya serta perlahankan bunyi tv.

5. Beralih tempat tidur

Berubah tempat tidur juga boleh menjadi sebab mengapa bayi sukar tidur kerana dia peka dengan perubahan di sekelilingnya. Namun, ibu harus sabar melayan keletah si comel itu dan dodoikannya dengan penuh kasih sayang supaya dia tahu anda ada bersamanya.

Panduan menidurkan bayi dengan lebih mudah

– Mandikan bayi dengan air hangat supaya dia lebih tenang untuk tidur malam.

– Pastikan bayi makan atau menyusu terlebih dahulu sebelum tidur sekali gus dapat mengelak terjaga di waktu malam

– Pasangkan alunan muzik berentak perlahan supaya dirinya terbuai lalu tertidur.

– Membacakan buku cerita meskipun dia belum faham jalan ceritanya.

– Dukung bayi dan peluk erat tubuhnya sampai dia tertidur.

Foto: Stuck On You

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] Teman PU Riz Main Futsal, Penampilan Neelofa Disamakan Dengan Guru PJ – “First Time Nampak Pakai Simple”

Walaupun netizen cakap macam cikgu PJ 😂 tapi Lofa pakai tudung sarung macam tu pun cantik gila 😭

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Tue, 2 Jul 2019
Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Mon, 23 Aug 2021

“Dakwaan ‘Allah Sayang Semua Orang’ Bercanggah Dengan…”- Peringatan Ustaz Abu Syafiq Undang Kritikan

Seorang pendakwah bebas yang dikenali dengan nama Ustaz Abu Syafiq pernah mencetuskan kontroversi berkaitan dengan isu yang melibatkan Ustaz Ebit Lew (UEL). Baru-baru ini, Abu Syafiq sekali mengundang kritikan ramai selepas berkongsi peringatan terhadap dirinya […]

Featured Fri, 17 Apr 2020

Keselamatan dan kesihatan murid lebih utama, Peperiksaan UPKK turut dibatalkan

Satu kaedah pentaksiran baharu akan diperkenalkan

Featured Thu, 26 Jan 2023

Isteri Hamil 5 Bulan, Syafiq Farhain Berdebar Bakal Timang Anak Pertama

Alhamdulillah, tahniah Syafiq dan isteri 🥰❤️