Featured By: Yanie Baharom December 17, 2019 @ 7:23pm

Selamat datang 2020, 5 azam buat wanita kekal bahagia!

Kedatangan tahun baharu seolah-olah tidak lengkap tanpa pertanyaan apakah azam tahun baharu anda? Ibaratnya setiap individu harus mempunyai azam baharu.

Bercakap mengenai hal ini, biasanya kita memasang azam diluar kemampuan misalnya mahu menjadi kaya, membeli rumah besar, kereta mewah termasuk memiliki empayar perniagaan sendiri.

Tiada salahnya bercita-cita besar kerana angan-angan dan keazaman yang diusahakan secara bersungguh-sungguhlah tidak mustahil berjaya dicapai.

Pun begitu, sebelum kita memasang azam untuk memiliki hal-hal yang bersifat material, adalah lebih afdal untuk kita berazam memperbaiki kelemahan diri terlebih dahulu bagi membentuk kekuatan rohani agar dapat mengharungi setiap cabaran dengan penuh hemah.

Kepada wanita khususnya, bagaimana kita dapat memperoleh kehidupan yang lebih membahagiakan kerana harus diingat harta dan kemewahan tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

Disini Hijab & Heels menyenaraikan lima jenis azam yang mampu memberi perubahan positif kepada diri seiap individu. Bila diri positif, maka hal-hal positif akan berlaku dalam kehidupan sekali gus membuatkan kita berasa bahagia.

1. Kurangkan gosip

Foto: Beritagar

Biasanya wanita yang gemar bergosip ini mahu dirinya dilihat lebih hebat daripada orang lain sedangkan hakikatnya dia seorang yang tiada keyakinan diri dan harga dirinya akan dirasakan lebih hebat daripada orang lain apabila bergosip.

Ada juga yang gemar bergosip kerana mahu mengisi kebosanan dan kehabisan modal untuk berbual, apa yang mampu dilakukan ialah memperkatakan perihal orang lain untuk menarik perhatian khalayak terhadap dirinya sekali gus membina pengaruh dalam sesebuah kumpulan.

Tanpa disedari, kata-kata yang diucapkan mengenai orang lain itu akan mempengaruhi timbangan berat atau ringan dosa mahupun pahala di akhirat kelak. Bagi mengelakkan neraca dosa menjadi berat, elakkan berkata-kata mengenai keburukan individu lain dan apa yang boleh dilakukan ialah banyakkan mendengar berbanding mengeluarkan perkataan.

Dalam situasi ini, hati adalah ‘ibu’ kepada segala sahsiah diri kerana hatilah yang akan mendorong lidah dan telinga memainkan aksi yang sama ada baik atau sebaliknya, hati perlu dipastikan tiada rasa iri terhadap individu lain.

Bila seseorang bebas daripada gosip, secara tidak langsung dia dengan sendirinya tidak akan berminat untuk mengambil tahu mengenai diri orang lain serta akan lebih menumpukan perhatian terhadap diri sendiri. Tidak mustahil jika diamalkan sikap seperti ini, dia akan meraih lebih banyak kepercayaan orang sekeliling.

2. Jadi diri sendiri dan utamakan diri

Foto: Pinterest

Kita adalah diri kita dan tidak mungkin boleh menjadi orang lain! Sekali pun kita boleh meniru tetapi perlukah kita hidup dan menipu diri sendiri dengan menggunakan identiti orang lain.

Percaya atau tidak, dengan menjadi diri sendiri kita akan berasa lebih bahagia dan dapat menikmati hidup dengan baik kerana tidak perlu hidup dengan kepura-puraan. Lebih penting,  usah ambil peduli dengan kata-kata tidak berasas individu lain.

Bagaimana hendak menjadi diri sendiri? Terima diri seadanya. Jika selama ini hidup berpura-pura menjadi orang lain kerana menganggap diri banyak kekurangan, hentikannya segera.

Terima kelebihan dan kekurangan diri seadanya menjauhkan kita daripada perasaan hasad dengki, membuatkan kita sentiasa bersyukur dan merendah diri kerana kita mampu menerima hakikat tiada manusia yang sempurna. Perlu diingat, Tuhan menciptakan kita dengan segala kehendakNya.

Seperkara lagi, sentiasa letakkan diri sebagai keutamaan melainkan beberapa perkara yang memerlukan kita bertimbang rasa seperti kata pepatah berkorban jangan sampai membebankan.

Jika kita tidak mengutamakan diri sendiri dan lebih mementingkan perasaan serta menjaga hati orang lain sehingga melukakan hati sendiri, bagaimana orang lain akan menyayangi kita?

3. Kesihatan

Lazim kita dengar kesihatan adalah kekayaan, apa gunanya memiliki harta bertimbun jika diri terlantar sakit dan langsung tidak dapat menikmati manfaat daripada harta yang ada lantaran kesihatan yang tidak mengizinkan untuk bergerak bebas menjadikan segala-galanya seakan tidak bermakna.

Lebih memburukkan keadaan, meskipun memiliki wang dan mampu mengupah individu lain untuk mengambil berat mengenai diri yang tidak berdaya, apa gunanya anak yang dibesarkan jika tiada seorangpun yang mengambil tahu mengenai diri yang terlantar sakit.

Namun begitu, senario seperti ini banyak berlaku kebelakangan ini dan jadikan hal sebegini sebagai iktibar untuk kita menjaga kesihatan kerana gaya hidup sekarang termasuk pemakanan menjadi musuh utama pelbagai masalah kesihatan kronik dialami wanita, barah umpamanya.

Pada zaman serba moden ini wanita menjadi tunjang utama dalam membantu ekonomi keluarga. Jika anda tidak menjaga kesihatan, bayangkan apa yang akan terjadi kepada anak-anak anda kelak? Oleh itu, jalanilah gaya hidup yang lebih sihat, lakukan senaman secara berkala dan rajin membuat pemeriksaan kesihatan!

4. Intai peluang berniaga

Foto: ProjekMM

Tahun 2020 dikhabarkan akan memberi lebih tekanan kepada semua berdasarkan pola ekonomi pada 2019 yang tidak begitu stabil. Saban tahun kos sara hidup semakin tinggi lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di bandar, jadi apa kata kembangkan kebolehan anda dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Andai mempunyai pekerjaan tetap sekali pun, perniagaan sambilan yang dilakukan pastinya menjana pendapatan dan sedikti sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan.

Apabila kewangan kukuh, banyak perkara boleh diselesaikan dengan mudah kerana wang adalah satu keperluan dan penting untuk hidup yang lebih sempurna. Jangan bergantung kepada suami semata-mata, isteri juga perlu berusaha, namun jangan sampai suami mengambil kesempatan di atas langkah ingin membantu yang ditunjukkan.

5. Jaga hubungan dengan Allah SWT

Apapun yang dimiliki hari ini, semuanya tidak akan kekal kerana ia adalah pinjaman semata-mata  dan semuanya adalah kepunyaan Allah SWT.  Allah SWT tidak akan mewujudkan kita ini kecuali Dia mahu kita menyembah dan mengabdikan diri kepadaNya.

Mereka yang bertaqwa kepada Allah SWT,  hidup mereka akan sentiasa berasa lapang dan bahagia walaupun kehidupan tidak semewah mana. Mungkin ini disebabkan mereka sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan. Begitu juga dengan pasangan suami-isteri, apabila kedua-duanya berusaha menjaga hubungan dengan Allah SWT, kehidupan mereka sentiasa diselimuti kasih-sayang.

Kehidupan yang tenang itu adalah kebahagiaan yang sebenar. Bagaimana mencari ketenangan, cari Allah SWT!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Feb 2022
Featured Sat, 20 Aug 2022

Anjur Majlis Ilmu, Neelofa Terharu Jasmine Suraya Turut Hadir – “Dia Orang Terakhir Tinggalkan Majlis”

Neelofa dalam perancangan untuk lakukan majlis ilmu besar-besaran untuk orang ramai sertai ❤️

Featured Sat, 14 Jan 2023

“Package Warga Emas Ke Ni?” – Gelagat Roy Azman, Jalaluddin Hassan & Ramli MS Bercuti Di Jepun Buat Warganet Terhibur

Tular satu perkongsian di TikTok, memaparkan Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Ramli MS bercuti bersama di Jepun. @thisisroyazmanGhisauuuu gak tok jalal nih 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣♬ original sound – Roy Azman Menerusi muat naik yang dibuat […]

Featured Sat, 3 Sep 2022
Featured Sat, 19 Mar 2022
Featured Tue, 29 Jun 2021

“Masing- Masing Boleh Komen Dan Kritik, Tapi Jangan Sampai Menghina”- Siti Elizad

Pelakon,  Siti Elizad  kini kembali aktif di Instagram setelah berdepan dengan isu cyber bully minggu lalu. Baca artikel berkaitan : Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen […]

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Tue, 21 Mar 2023