Featured By: Ad Ops July 4, 2019 @ 11:00am

Meghan Markle amalkan rutin senaman santai selepas bersalin

Tujuh minggu sudah berlalu sejak Meghan Markle selamat melahirkan anak pertamanya, Archie Harrison.

Seperti yang anda sedia maklum, badan seseorang wanita itu melalui banyak perubahan ketika dia sedang hamil. Untuk mendapatkan semula bentuk badan asal itu memang mencabar.

Menurut pakar kerabat diraja Britain, Kate Nicholl, isteri kepada Putera Harry ini nampaknya tidak tergesa-gesa.

Sebaliknya dia memilih untuk betul-betul menikmati waktu rehat yang dia ada sebelum dia perlu menyambung semula tugas-tugasnya sebagai Duchess of Sussex.

Bagaimanapun,  menurut laporan Women’s Weekly, Meghan bukanlah tidak melakukan sebarang aktiviti senaman langsung sepanjang cuti bersalinnya ini.

Kate berkata, Meghan, 38, sedang mengamalkan senaman yoga lembut yang direka khas untuk wanita yang baru bersalin.

Teknik yoga ini dipanggil ‘postpartum yoga’ dan ‘baby yoga.’ Meghan mempelajari senaman yoga berkenaan daripada ibunya Doria Ragland, seorang pelatih senaman yoga dari Los Angeles.

Senaman yoga ini banyak manfaatnya, terutamanya selepas bersalin kerana ia boleh membantu ibu-ibu rasa lebih tenang dan relaks.

Anda berminat untuk cuba postpartum yoga? Di bawah ini ialah beberapa teknik yoga yang mudah:

Child’s Pose

Foto: 123RF

  • Bagus untuk hilangkan rasa sakit belakang serta sakit lain yang berlaku akibat proses kehamilan.

Cow Face Pose

Foto: 123RF

  • Bagus untuk ibu yang rasa sakit di bahagian bahu dan leher akibat menyusu dan memegang bayi untuk tempoh masa yang lama.

Legs Up The Wall

Foto: 123RF

  • Juga dikenali sebagai Viparita Karani
  • Pose yang memulihkan ini membantu anda berehat serta melancarkan peraliran darah dan pernafasan.

Bridge Pose

Foto: 123RF

  • Membantu menghilangkan rasa gelisah, stres serta sakit kepala.
  • Meregangkan bahu dan dada, serta menguatkan otot yang lenguh akibat duduk atau baring untuk tempoh masa yang lama.

Warrior II Pose

Foto: 123RF

  • Apabila sudah bersedia, bina semula stamina dan kekuatan dalaman dengan pose berdiri yang mudah ini

Selain yoga, Meghan juga sering berjalan-jalan di sekitar Windsor Great Park yang berdekatan dengan rumahnya di Frogmore Cottage. Yang pasti, aktivitinya tidak menggunakan banyak tenaga.

Badan setiap orang berbeza, jadi wanita yang baru melahirkan anak patut pilih senaman yang terbaik untuk diri sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Apr 2022

Beli Rangka Ayam Tak Cuci Bersih Di Bazar Ramadan, Netizen Berang – “Nak Meniaga Biar Ikhlas!”

Nak marah tapi kena sabar hm.. Sampainya hati peniaga bazar Ramadan buat macam ni

Featured Sat, 16 Mar 2024

Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Sebak pula tengok Abby Abadi ni. Da cukup dah dia bagi didikan agama kat anak-anak.

Featured Mon, 16 Aug 2021

Agong Perkenan Perletakan Jawatan PM, Muhyiddin Yassin Jalankan Tugas Caretaker

Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi. Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen […]

Featured Fri, 8 Jul 2022
Featured Fri, 9 Jun 2023

Hafidz Roshdi Waras! Kes Pukul Isteri Diteruskan Pada…

Tak sabar nak tahu keputusan kes…