Eat Travel By: Yanie Baharom April 9, 2020 @ 12:00pm

Selepas kopi dalgona, demam roti jala coklat pula bermula

Selepas kopi dalgona merebak seperti virus dan tular ke seluruh dunia, demam roti jala coklat pula bermula

Semakin lama berkurung di rumah semakin kreatif nampaknya rakyat Malaysia. Tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), agaknya semua orang pakat-pakat buka kafe atau restoran.

Berbalik pada makanan sedang tular sekarang ini, Hijab & Heels ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi resipi dan cara membuat roti jala coklat. Memang layan kalau menikmatinya sebagai hidangan minum petang.

Mari kita mulakan!

Foto: Gramho

Resipi roti jala coklat

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula (terpulang nak guna gula perang atau biasa)
Sedikit garam
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air – perlu bersesuaian dengan bahan bancuhan

Cara penyediaan:

1. Kacau semua bahan dalam satu mangkuk kemudian kisar hingga halus. Tip untuk pastikan adunan anda cantik, lihat pada pusaran adunan. Jika boleh masuk satu ibu jari, bermakna adunan sudah siap. 

2. Masukkan adunan dalam botol sos plastik.

3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak atau mentega. Sebaik-baiknya memasak roti jala dengan menggunakan kuali tidak melekat (non-stick).

Foto: Rasa

4. Tuang adunan membentuk jaringan atau jala. Angkat apabila adunan sudah masak, kemudian gulung.

Resipi sos coklat

Bahan-bahan:

200 gram serbuk coklat (boleh guna coklat Cadbury atau apa-apa saja coklat)
200 gram susu krim penuh (fullcream) / Susu cair

Cara penyediaan:

1. Masak kesemua bahan ini di atas periuk berlapis (double boiler) sehingga sebati dan mendidih!

Nota: Untuk menghasilkan sos coklat, anda juga boleh menggunakan bar coklat seperti Cadbury atau jenama lainnya. Caranya mudah panaskan saja coklat pilihan anda.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Dec 2022
Featured Thu, 22 Jun 2023
familuv Tue, 1 Nov 2022

“Saya Akan Kembali Pada Ex” – Pesanan Cinta Aliff Syukri Raih Pujian Warganet

Tular sebuah video usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri ditemu bual oleh seorang pempengaruh TikTok yang membahaskan isu berkenaan hubungan percintaan. Dalam video berdurasi 53 saat yang dikongsikan oleh @asrikamarudin, Aliff ditanyakan mengenai soalan adakah dia […]

Featured Mon, 30 Jan 2023

Kenang Arwah Suami, BCL Syukur Dicintai Keluarga Mentua – “Kehilangan Ashraf Titik Terendah Dalam Hidup Saya…”

Saat bertemu dengan Ashraf membuatkan saya rasa jauh lebih tenang – BCL 😢 Sayu pula min rasa..

Featured Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] “Jujur, Setia & Muliakan Isteri Adalah Ibadah” – Throwback Momen Tunai Umrah Bersama Suami, Bella Astilah Sentuh Hati Ramai

‘Setia untuk isteri adalah syurga…’ Alahai sebak pula min.. semoga pasangan sejoli ini sentiasa dilindungi ❤️

Featured Wed, 7 Feb 2024