Featured By: Yanie Baharom September 4, 2019 @ 2:00pm

Sinergi tanpa sempadan 2 beradik – Datuk Alha Alfa & Kekpa

Lazim kita dengar, di sebalik kejayaan lelaki ada seorang wanita berdiri di belakangnya yang biasanya dikaitkan dengan kehadiran seorang isteri.

Bagaimanapun, kali ini bukan sosok isteri yang dimaksudkan, tetapi figura seorang kakak yang menjadi ‘arkitek’ hebat di sebalik kejayaan adiknya iaitu usahawan kosmetik terkenal, Datuk Abdul Halim Mohd Al Fadzil (Alha), 31. Uniknya coretan hidup Alha, selain doa dan restu ibu bapa yang senantiasa mengiringi, pengorbanan kakaknya, Norhafaza Mohd Al Fadzil, 37, atau senang disapa Kekpa tidak boleh disangkal sama sekali.

Memulakan perniagaan Alha Alfa Cosmetics (AAC) pada 2017, dengan bantuan kakak dan seorang petugas, siapa sangka hari ini AAC menjadi empayar kosmetik tempatan yang disegani ramai dengan jumlah pekerja lebih 50 orang.

Menyandang posisi Pengarah Urusan Alha Alfa Rich Legacy, Kekpa, antara tunjang belakang kejayaan ACC hari ini. Beliau berbakti dengan ikhlas demi merealisasikan impian adinda yang tercinta, sekali gus memperlihatkan lambang kasih sayang anak sulung daripada empat beradik ini.

Ini kerana beliau sentiasa percaya pada kemampuan Alha, yang tidak pernah mengenal erti lelah sedari kecil.

Kenali sosok figura hebat, Alha, dari sudut pandang seorang kakak, ikuti kisah ‘sinergi tanpa sempadan dua beradik’ ini melalui coretan eksklusif NORHADIANI BAHAROM  bersempena dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) pada 22 September ini.

Hijab & Heels (H&H): Apa yang membuatkan anda terus menaja ABPBH buat kali kedua?

Alha: Bagi saya seperti tahun yang sudah, ini adalah satu landasan yang tepat untuk mempromosikan jenama AAC. Tambah lagi semua orang tahu, ABPBH adalah satu majlis anugerah yang cukup dinanti-natikan oleh penonton yang teruja melihat artis kesayangan mereka melaram sakan dan cantik memperagakan busana indah.

Elemen ini ternyata berkait rapat dengan jenama ACC dan faktor inilah membuatkan saya berani untuk menaja ABPBH, sudah dua tahun berturut-turut.

Faktor lain, saya melihat banyak peningkatan dari segi pengetahuan orang ramai terhadap produk ACC sendiri, malah ada yang mengatakan mereka mula kenal dengan produk saya daripada ABPBH (ketika menaja ABPBH 31).

 

Video: Youtube hijabnheels

H&H: Apa yang diharapkan daripada penganjuran ABPBH 32 dari segi memperkasakan jenama AAC?

Alha: Sudah tentu apa yang kami harapkan adalah peningkatan dari segi jualan. Tambahan pula kali ini undian lebih meluas dengan adanya undian dari Indonesia dan Korea, justeru ia merupakan  wadah terbaik untuk mengembangkan lagi jenama ACC ke seluruh dunia.

H&H: Ramai yang tidak tahu di sebalik kejayaan anda berdiri seorang wanita bergelar kakak yang membantu menguruskan perniagaan anda. Ceritakan peranan Kekpa dalam ACC?

Alha: Peranan Kekpa di dalam syarikat sebagaimana diketahui ramai adalah Pengarah Urusan ACC. Tetapi di luar pejabat, selain seorang yang banyak memberi sokongan kepada saya, Kekpa adalah individu yang bertanggungjawab menyimpan dan menguruskan kewangan saya. Dia orang yang sentiasa mengingatkan saya untuk menabung.

H&H: Bagaimana anda dan Kekpa melengkapi antara satu dengan lain dalam perniagaan dan kekuatan masing-masing?

Alha: Kekuatan saya lebih kepada penyelidikan dan penghasilan produk, manakala Kekpa pula menumpukan pada pentadbiran dan pengurusan syarikat.

Kekpa juga banyak memberi idea untuk memantapkan lagi produk. Kadangkala kita ingat idea kita sudah cukup banyak, tetapi bila Kekpa tekankan sesuatu, oh rupanya ada benda yang saya terlepas pandang!

Secara asasnya, Kekpa banyak membantu merealisasikan misi dan visi perniagaan saya.

H&H: Alha Alfa di mata anda?

Kekpa: Alha di mata saya, adalah seorang adik yang sangat gigih, kuat semangat, prihatin dan bertanggungjawab.

Gigihnya Alha ini sebelum saya menguruskan dia lagi, saya tengok dia berkerja pagi, petang, siang dan malam, sampai mengorbankan masa dan tenaga bersama-sama keluarga termasuk kawan-kawan. Kegigihan yang dia miliki itu saya sendiri tidak mampu ikuti.

Komitmen Alha terhadap sesuatu perkara yang dia buat dengan kejayaan yang dimiliki sekarang, memang berbaloi dengan pengorbanan dilakukannya sebelum ini.

H&H: Sama-sama membina empayar AAC, apa pengorbanan anda sebagai kakak?

Kekpa: Pengorbanan jiwa dan perasaan. Pengorbanan apabila bekerja dengan keluarga sendiri kerana jika diambil kira dari segi masa dan tenaga, ini adalah perkara biasa.

Alha mencelah, “Mengorbankan status kakak dan adik itulah yang sukar sebenarnya. Kita orang bergaduh juga kadang-kadang. Saya ada masanya pun degil, Kekpa tak bagi, saya langgar je!

Apapun bekerja dengan kakak sendiri menyenangkan. Satu sebabnya, ringan sikit kepala daripada memikirkan hal syarikat, untuk mempercayai orang luar ada perasaan takut lebih-lebih lagi membabitkan soal kewangan dan kepercayaan menguruskan syarikat.

Bila saya amanahkan kakak sendiri yang menjaga syarikat, banyak senangnya. Kekpa juga seorang yang komited menjalankan tugasnya.” 

Sambung Kekpa, “Kalau tak kuat boleh terjun banggunan jugalah!” 

H&H: Susah ke bekerja dengan adik-beradik sendiri?

Kekpa: Bukan susah mana, tapi kami berdua masing-masing ada buah fikiran sendiri. Saya mahu buat begini, dia pula hendak buat macam ini, namun apa yang positifnya, kita melengkapi antara satu sama lain.

H&H: Mengimbas zaman kanak-kanak atau remaja anda, pernahkah anda membayangkan atau Alha sendiri berangan-angan untuk menjadi seorang jutawan? 

Kekpa: Ketika kecil kita memang tidak pernah bercerita mengenai impian hendak jadi juwatan atau jadi kaya. Tapi sejak daripada kecil juga, semua benda yang dia buat, kebanyakannya menjadi.

Dia seorang anak yang tidak pernah ingkar dengan mak ayah mahupun saya sendiri. Banyak benda yang dia buat, tidak pernah ada masalah.

Ketika kecil dahulu, tidak terfikir pun dia akan jadi jutawan, tetapi saya sentiasa rasa dia akan menjadi seorang yang berjaya!

H&H: Karakter anda (Alha) zaman kanak-kanak macam mana?

Kekpa: Jarak usia antara kami adalah tujuh tahun, jadi masa kecil dulu kita tidak banyak masa bersama-sama.

Cuma masa Alha di tadika dan masa itu saya darjah enam, saya selalu tengok-tengokkan dia di sekolah.

Kepakarannya lebih kepada hal-hal yang berseni, tetapi tidak bersukan. Alha ini kaki bangku kalau nak tahu! Tapi ayah kami pun sama.

 

H&h: Sejak bila anda menyedari Alha mempunyai bakat dalam bidang solekan, yang akhirnya dikenali sebagai jurusolek hebat hari ini?

Kekpa: Saya tidak pernah tahu dia pandai menyolekkan orang, tetapi apa yang saya nampak tangan dia  sejak dahulu lagi sangat berseni. Dia sangat pandai melukis dan pernah menghasilkan potret Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, malangnya karya itu tidak disimpan.

Ketika zaman kami kecil dahulu, kami juga selalu mengecat rumah termasuk bertukang dan biasanya kerja tangan Alha kemas.

Hanya selepas dia masuk ke Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM), yang mana ketika itu saya sudah bekerja, baru saya tahu dia boleh menyolek orang.

Dia pernah menyolek saya, mungkin juga saya orang pertama yang dia solek.

Bagaimanapun, untuk menjadi jurusolek profesional, saya tidak pernah terlintas langsung memandangkan jurusan yang diambil Alha ketika belajar ialah Seni Bina Dalaman. Saya fikir mungkin dia akan menjadi pereka dalaman.

H&H: Bagaimana anda melihat perkembangan industri kosmetik tempatan di Malaysia ketika ini?

Alha: Bagi saya ia sangat bagus. Umum pun sedia maklum wanita dan solekan tidak boleh dipisahkan, kerana kecantikan sudah begitu sinonim dengan golongan hawa.

Apa lagi dengan adanya teknologi pada hari ini, misalnya medium media sosial seperti Instagram, YouTube, Facebook, yang mana orang ramai boleh mendapatkan banyak panduan dan teknik solekan yang dikongsi Instafamous juga selebriti.  

Semua wanita mahu kelihatan cantik, jadi perkembangan industri kecantikan ketika ini sangat menggalakkan.

Soal pesaing di luar kita ambil sebagai satu semangat dalam menempatkan produk kita sebagai yang terbaik di antara ramai.

H&H: Kemenangan calon ABPBH yang paling anda ingat?

Alha: Kemenangan Khai Bahar untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular membuatkan saya sangat berpuas hati. Kita tahu daripada seorang lelaki biasa-biasa, dengan populariti mendadak yang diciptanya ditambah pula sikap yang bagus, malah dia satu-satunya artis yang menyebut nama saya sewaktu memberi ucapan. Sampai sekarang saya ingat!

H&H: Khabarnya bakal mengeluarkan produk baharu sempena ABPBH 32, apakah barangan itu?

Alha: Untuk ABPBH 32 kali ini, AAC akan mengeluarkan set kotak solekan diberi nama Borderless bersempena tema ABPBH32. Di dalamnya terdapat bedak asas terbaharu daripada AAC dengan pembungkusan dan formula yang lebih hebat dari segi teksturnya. Selain itu terdapat juga pemerah pipi, beauty blender.

Penyelaras Fotografi: Yanie Baharom

Penaja Lokasi: FAROZ CAFE 

39, Jalan Tun Mohd Fuad 3, 

Taman Tun Dr Ismail, 

60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Instagram: @farozcafe

Pakaian Datuk Alha Alfa

Suit: Rizal Latiff

Instagram: RLMENSWEAR

Pakaian Kekpa

Dress: Locka Kuala Lumpur 

Instagram: @locka.my

Suit: Rizal Latiff

Instagram: @RLMENSWEAR 

Solekan Kekpa: Datuk Alha Alfa

Instagram: @alhaalfa

Photographer: NIZAR HAFIZ MUSTAFA

Instagram: @nizarhafizmustafa

Videographer: Muhammad Muctar & Multimedia NSTP

Instagram: @en.jim

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Apr 2021

“Saya Sibuk Jaga Fatima, Tak Periksa Telefon” – Fazura Akui Terkejut Nama Tiba-Tiba Trending

Aktres jelita, Nur Fazura mengakui terkejut apabila diberitahu oleh teman rapat mengenai namanya yang tular disebut dan menjadi trending nombor satu di media sosial Twitter. Jelas Fazura lagi beliau tidak mengetahui punca perkara itu kerana […]

Featured Tue, 9 Aug 2022
Featured Wed, 21 Jul 2021

Beri Kebenaran Kilang Beroperasi Jika 80 Peratus Pekerja Lengkap Dos Kedua

Kerajaan sedang mengkaji untuk memberi kelonggaran kepada syarikat atau kilang yang 80 peratus pekerjanya sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin untuk beroperasi semula. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  perkara itu masih […]

Featured Mon, 22 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Norman & Hazreen Tersingkir, Ada Pasangan Luah Perasaan? Jom Recap Episod 4!

Episod keempat Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi telah menyaksikan persaingan antara enam pasangan. Dihoskan oleh Kamal Adli dan Ain Edruce, Mas Idayu dan Ajai duduk di kerusi juri tetap manakala Ziana […]

Eat Travel Wed, 6 May 2020
Featured Fri, 13 May 2022

Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Pembunuhan Wartawan Shireen Abu Akleh

Ini bukanlah kali pertama wartawan terkorban ketika melaporkan berita di bumi Palestin♥

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Featured Thu, 23 Apr 2020

Petugas barisan hadapan boleh qada puasa jika tidak berkemampuan

Buka puasa agar tidak jejas tugas merawat pesakit