Featured By: Yanie Baharom January 17, 2020 @ 2:18pm

Sengsara menghidapi ekzema? Ini penjelasan Dr John O’shea mengenai kehebatan Suu Balm

Kulit kemerahan, gatal dan sakit terutama apabila berpeluh antara gejala yang menunjukkan seseorang itu mungkin menghidap ekzema, sejenis radang kulit yang boleh berlaku kepada sesiapa saja, daripada bayi hinggalah orang dewasa.

Lazimnya penyakit kulit itu dikesan di kawasan pipi, dagu, dada, leher, siku, lutut dan kaki. Selain kulit kemerahan dan rasa gatal, antara gejala ekzema adalah timbul bintik di kawasan bermasalah dan kadangkala boleh menyebabkan pendarahan akibat terlalu kuat menggaru.

Penggunaan produk pelembap kulit ada kalanya tidak membantu, malah boleh memburukkan masalah kulit terutama jika terdedah kepada cahaya matahari terik, justeru pesakitt ekzema disaran untuk menggunakan krim pelembap yang bersifat merawat bagi mengurangkan keradangan kulit itu

Meskipun ekzema adalah penyakit yang kekal dan tiada penawar, masyarakat tidak perlu bimbang kerana penyakit itu tidak berjangkit. 

Bagaimanapun, jika tidak dirawat ekzema boleh menjejaskan mutu kehidupan pesakit dan ahli keluarga. Gejala ekzema boleh dikurangkan dengan penjagaan rapi antaranya menggunakan krim pelembap yang merawat kulit, bebas daripada bahan seperti pewangi, paraben, kandungan Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES), selain mengamalkan pengambilan makanan seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Antara krim pelembap yang sering digunakan bagi mengurangkan gejala ekzema dan masalah kulit ialah Suu Balm yang boleh didapatkan secara eksklusif di farmasi Watson.

Pengasas Bersama Suu Balm, Dr John O’shea, berkata Suu Balm yang diformulasikan daripada penyelidikan di NSC dihasilkan secara komersial bagi membantu pesakit yang mempunyai masalah kulit kronik dan terbukti berkesan mengurangkan gejala ekzema.

Katanya, produk berkenaan dihasilkan oleh Pakar Dermatologi Kulit di Singapura, Dr Tey Hong Liang berdasarkan kajian terperinci di National Skin Centre (NSC), Singapura.

“Dr Tey merawat pesakit di klinik kulit sering mendengar luahan pesakit yang menghadapi masalah ekzema, antaranya rawatan yang disarankan tidak dapat memulihkan masalah mereka, malah lebih teruk pada waktu malam sehingga mengganggu ketenteraman tidur.

“Sekiranya keadaan ini berlaku kepada saya, sudah pasti saya tidak mampu memberi tumpuan terhadap kerja. Bayangkan jika anak anda mengalaminya, anda juga perlu berjaga pada waktu malam dan anak anda juga tidak boleh memberi tumpuan ketika belajar di sekolah, sementara anda terganggu di pejabat,” katanya kepada Hijab & Heels, baru-baru ini.

Dalam kebanyakan kes kronik, kegatalan kulit menyebabkan ada pesakit yang tidak tahan sehingga perkara pertama dilakukan adalah menggaru kawasan yang diserang dan akhirnya mnyebabkan kulit menjadi luka berdarah. 

Prihatin dengan masalah itu, Dr Tey duduk bersama-sama pesakitnya bagi mendengar masalah mereka dan terfikir mengapa penyakit ini bagaikan tiada penyelesaian.

Sejak itu, beliau memulakan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan mengambil kira keperluan pesakit ekzema dan hasilnya, Suu Balm dilancarkan bagi membantu pesakit yang menghadapi masalah kulit khususnya ekzema.

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, pesakit yang menderita penyakit ini sejak bertahun-tahun lamanya semakin pulih selepas menggunakan produk berkenaan.

Formula magis Suu Balm

Antara produk Suu Balm ialah Suu Balm Itch Relieving Moisturising Cream dan Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body yang sesuai disapu pada kulit bermasalah.

Dr O’shea berkata, Suu Balm berbeza dengan produk rawatan kulit di pasaran kerana produk itu mengandungi mentol yang digunakan secara tradisi bagi menangani kerengsaan kulit.

“Mentol diperoleh daripada pudina (mint), patinya pula diambil daripada daun berkenaan. Berdasarkan kajian Dr Tey,  dengan memasukkan sedikit kandungan mentol dalam krim dapat meredakan kegatalan tanpa menjejaskan kulit, sekali gus bertindak untuk menghalang kegatalan.

“Penggunaan bahan ini memberi kelegaan apabila disapu pada kulit yang mengalami alahan teruk. Rasa sensasi sejuk dan nyaman ini sangat membantu, selain memberi pengalaman tidur malam yang lebih nyenyak,” katanya.

Selain mentol sebagai bahan utama di dalam pelembap ini, Suu Balm juga mengandungi satu lagi bahan penting iaitu seramida (ceramide) yang berupaya membantu untuk membaiki dan melembap kulit.

Seramida bukan saja melembap, tetapi juga berfungsi membaik pulih kulit. Gambar hiasan: Trade Korea

Mengatasi ekzema, memerlukan kelembapan berpanjangan

Cara penggunaan Suu Balm terbahagi kepada dua, iaitu krim dan juga semburan yang mempunyai fungsi sama seperti krim.

Kajian yang dilakukan mendapati lebih banyak pelembap digunakan pada kawasan yang diserang ekzema atayu masalah kulit kering, lebih mudah untuk proses pemulihan berlaku.

Beliau berkata, pesakit ekzema dan mereka yang mempunyai masalah kulit kering perlu menggunakan krim pelembap sekerap yang boleh kerana kulit sebegitu memerlukan lebih banyak perhatian.

“Mereka yang mempunyai masalah kulit perlu memastikan kulit sentiasa lembap kerana kelembapan berpanjangan dapat mengelakkan masalah kulit atau gejala ekzema daripada berulang. Secara idealnya, pesakit perlu menggunakan pelembap sebanyak tiga hingga lima kali sehari.

“Anda mungkin merasakan ianya membebankan, tetapi penggunaan Suu Balm akan mengubah persepsi anda. Sebaik-baiknya anggap kegatalan kulit sebagai jam loceng, justeru setiap kali mengalami kegatalan kulit, anda akan terus menggunakan produk Suu Balm,” katanya.

Mengapa bayi dan kanak-kanak paling ramai mengalami ekzema?

Foto: Mums Days

Sebagaimana diketahui umum, penyakit ekzema paling kerap berlaku dalam kalangan bayi berusia tiga atau empat bulan. Hal ini kerana antibodi bayi dan kanak-kanak masih belum begitu kuat sehingga mudah mengalami reaksi atau bertindak balas terhadap keadaan sekitar.

Dalam hubungan ini, Dr O’shea berkata, ibu bapa perlu memastikan kandungan krim pelembap yang dibeli bersesuaian untuk digunakan pada bayi.

“Memandangkan produk ini dikhususkan untuk kanak-kanak, kandungan mentol dikurangkan. Namun begitu, konsistensi krim lebih pekat kerana kandungan bahan seramida lebih banyak.

“Bagi pengguna dewasa, kandungan bahan dirumus lebih ringan dan senang untuk diserap. Jadi apabila berada di tengah panas, anda tidak mengalami kerengsaan kulit apabila berpeluh,” katanya.

Di Malaysia, jenama ini sudah pun melewati usia hampir dua tahun dan dijual secara eksklusif di Watson. Produk meganya yang laris terjual adalah Suu Balm Itch Relieving Moisturising Cream dan Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body.

Bebas kandungan SLS dan SLES

Dr O’Shea berkata, meskipun kebelakangan ini masyarakat lebih cenderung untuk memilih produk yang dihasilkan daripada bahan asli dan organik, tidak semua produk atau krim bersifat organik.

“SLS dan SLES dikenali sebagai surfactants dalam bahasa saintifik iaitu bahan yang digunakan untuk membersih. Kebanyakan sabun badan dan pencuci pinggan mengandungi bahan ini kerana ianya membantu untuk melarutkan minyak, namun kajian menunjukkan bahan SLS adalah terlalu keras untuk kulit.

“Kulit manusia dilindungi minyak yang dihasilkan secara semula jadi, justeru jika minyak dihapuskan oleh bahan SLS, ianya akan mendedah kulit pada persekitaran dan ini tidak baik terutama untuk penghidap ekzema. Dalam situasi berkenaan, liang akan lebih terbuka membuatkan kulit perlu lebih banyak pelindungan,” katanya.

Untuk penjelasan yang lebih terperinci, ikuti temu bual dikendalikan Eksekutif Pemasaran dan Penjenamaan Hijab & Heels, Aiza Adriena, bersama-sama Dr John O’shea yang juga boleh disaksikan menerusi saluran YouTube hijabnheels dengan menekan paparan video di bawah ini:

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020
Featured Thu, 11 Nov 2021

“Semua Ada Pendapat Sendiri…” – Cara ‘Hosting’ Lagu Cinta Kita 3 Dikritik, Ain Edruce Tak Kisah

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce tidak mengambil kisah mengenai komen netizen yang mengkritiknya sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3). Menurut Ain, dia tidak mengambil peduli kritikan sebegitu kerana dia akan berbincang dengan pengarah […]

Sihat Mon, 20 Aug 2018

5 Tip Untuk Anda Berdepan Dengan Jerebu Yang Kini Melanda Negara

Penurunan kualiti udara di seluruh negara dikenal pasti akibat jerebu rentas sempadan dari wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Kami Berbeza Dari Segi Style..” – Tak Gentar Dibandingkan Dengan Dolla, Girl Group ‘Stellar’ Lancar Single Sulung ‘Where You Wanna Go’

Ini bagus, bersaing secara sihat! Support semua group 🤩 Congratulations Stellar untuk single pertama. Goodluck 🤩 Korang jangan lupa dengar kat YouTube ok! Best tau lagu niii 🤩🤩🤩

Featured Wed, 7 Dec 2022

Hafiz Mahamad Dedah Aktiviti Harian – “Saya Hanya Menumpang Rezeki….”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan dia hanya menumpang rezeki isterinya, Syafiqah Aina.   View this post on Instagram   A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) Hafiz berkongsi perkara terbabit menerusi kemas kini […]

Featured Sat, 31 Dec 2022

Maryam Durian Kimchi Menari Bersama Nenek, Netizen Tertarik Foto Makkah Di Dinding – “Legend Betul Frame Gambar Tu”

Pempengaruh Maryam Younarae yang terkenal dengan telatah lucunya menari bersama nenek semasa di Korea sebelum pulang ke Malaysia. @uyounikBefore go back to Malaysia buat memories dengan nenek❤️♬ original sound – eric4fuksakes Menerusi hantaran di laman […]

Featured Wed, 9 Nov 2022
Acara Sun, 12 Aug 2018

10 Lokasi Route Basikal Popular & Selamat Yang Wajib Anda Explore. Jom Kayuh!

Tiada lagi kekangan untuk anda melakukan aktiviti berbasikal bersama keluarga dan rakan-rakan.