Featured By: Yanie Baharom November 30, 2018 @ 1:00pm

Sepasang Mata Besar Memang Menawan, Tapi Risikonya Mungkin…Sindrom Axenfeld Rieger

Gambar seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dengan sepasang mata besar yang sangat cantik sehingga ramai yang memujinya seperti puteri dari animasi Disney, tular di media sosial baru-baru ini.

Namun sebenarnya, sepasang mata besar yang dimiliki Mehlani Ramirez itu ada kaitan dengan Sindrom Axenfeld Rieger iaitu sejenis penyakit yang berkaitan dengan mata.

Pastinya kamu juga janggal mendengar nama sindrom ini, bukan? Luangkan sedikit masa untuk memahami Sindrom Axenfeld Rieger ini.

Foto: tag24

Apa itu Sindrom Axenfeld Rieger?

Sindrom Axenfeld Rieger adalah penyakit genetik yang diwarisi keluarga dan ia boleh mengganggu pertumbuhan mata.

Terdapat tiga kategori utama sindrom ini tapi ia mempunyai sebab-sebab yang berbeza dan dirawat berdasarkan gejala yang dialami. 

Sindrom yang dialami pesakit Sindrom Axenfeld Rieger

  • Anak mata kelihatan terpesong sedikit dari mata tengah.
  • Anak mata bersaiz tidak normal sama ada besar atau terlalu kecil.
  • Glaukoma menimbulkan tekanan di dalam mata, dan boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan atau buta.
  • Masalah katarak pada mata atau penglihatan boleh beransur hilang
  • Rahang kembang
  • Mata besar atau luas.
  • Bibir bawah menonjol
  • Dahi besar
  • Jantung tak normal
  • Gigi lebih kecil daripada biasa
  • Kecacatan kelahiran yang lain

Bagaimana penyakit Sindrom Axenfeld Rieger dirawat?

Matlamat utama rawatan sindrom ini adalah bagi mengurangkan tekanan pada mata dan biasanya berlaku apabila kanak-kanak mempunyai glaukoma.

Berikut merupakan rawatan yang boleh dijalankan:

  • Melakukan pemeriksaan mata secara rutin setiap tahun dengan doktor.
  • Pakar akan menjalankan ujian khusus untuk mengenal pasti jika anak anda mempunyai glaukoma.
  • Beli ubat titis mata bagi mengurangkan tekanan pada mata anak.
  • Menjalani prosedur pembedahan laser jika anak mata tidak membantu.
  • Prosedur pembedahan boleh dilakukan bagi membantu membetulkan masalah muka, gigi atau jantung.
  • Dapatkan ubat-ubatan yang dapat membantu hormon pertumbuhan anak.

Jika anak kalian telah didiagnosis dengan sindrom tersebut, sebaiknya berunding terus dengan pakar perubatan profesional untuk bimbingan dan keluarga harus memberi sokonga penuh kepada mereka.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Sep 2022
Featured Mon, 13 Sep 2021
Featured Mon, 27 Dec 2021

Demi Lovato Mempersembahkan Lagu Di Hadapan Hantu

Penyanyi dan pelakon Hollywood Demi Lovato menyelami aktiviti paranormal dalam program TV terbarunya, Undentified With Demi Lovato. Di dalam episod kedua program itu, Demi bersama rakannya dan seorang penyiasat paranormal, Chris Smith pergi ke sebuah […]

Featured Mon, 3 Apr 2023
Featured Fri, 30 Dec 2022