Featured By: Fadzlena Jafar March 25, 2020 @ 8:02pm

Seramai 73 anggota kesihatan KKM positif COVID-19

Sebanyak 172 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan pada hari ke-10 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menjadikan 1,796 kes keseluruhan termasuk 199 yang sudah sembuh.

Menurut kenyataan Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) daripada 1,796 kes itu, seramai 73 anggota kesihatan KKM turut disahkan positif  COVID-19 sehingga jam 6 petang tadi.

Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta kakitangan kesihatan untuk terus menjaga kesihatan diri. (Gambar NSTP)

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kakitangan kesihatan perlu menjaga kesihatan diri kerana mereka adalah barisan hadapan dalam melawan penularan COVID-19.

“Kepada semua warga kesihatan barisan depan, perkasakan diri anda dan jagalah kesihatan. Kita semua dipertanggungjawabkan untuk melawan COVID-19 yang tidak kelihatan, malah lebih penting lagi kita adalah benteng pertahanan terakhir dan negara kita kini bergantung kepada kita.

“Sama ada berjaya atau tidak, terpulang kepada kita sekarang untuk memimpin dan melakukan yang terbaik untuk Raja dan negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Daripada 73 jangkitan COVID-19 membabitkan kakitangan kesihatan itu, seramai 37 kes membabitkan kakitangan di Hospital Teluk Intan, Perak, manakala selebihnya di Hospital Putrajaya; Hospital Selayang; Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, KKM akan terus memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan rantaian penularan COVID-19 dapat dihentikan.

“Kepada orang ramai, kerajaan telah melaksanakan PKP yang tidak pernah berlaku sebelum ini.  Setiap seorang daripada kita dapat membantu dalam memenangi perang ini. Sila tinggal di rumah dan bantu kami memecahkan rantaian transmisi COVID-19, amalkan penjarakan sosial dan mencuci tangan dengan kerap.

“KKM akan meneruskan strategi pengesanan kes aktif, ‘mencari, menguji, mengasingkan dan merawat’ semua pesakit yang dijangkiti serta mengambil semua langkah kesihatan awam yang diperlukan dan meningkatkan sistem penjagaan kesihatan sedia ada kami,” katanya.

Jururawat sedang membetul tekanan oksigen pada pakaian seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat pesakit yang terkena jangkitan wabak COVID-19.(Gambar NSTP/FATHIL ASRI).

Sementara itu, jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia setakat ini ialah 19 orang, meningkat empat kes berbanding 15 kes, pada 24 Mac.

Tiga kematian terakhir membabitkan kes jangkitan di Johor iaitu dua lelaki warganegara Malaysia, masing-masing berumur 66 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan seorang lagi berumur 56 tahun yang disahkan menghembus nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail, Johor.

Kematian terbaharu membabitkan wanita warganegara Malaysia berumur 68 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor, jam 12.53 tengah hari, sebentar tadi.

Hari ini, seramai 16 lagi pesakit COVID-19 disahkan sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital, manakala 45 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 34 menggunakan alat bantuan pernafasan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Jun 2018

Impak Maksimakan Solekan Bibirmu, Ini 10 Gincu Merah Menggoda Wajib Dimiliki

Gincu merah yang garang sememangnya bisa merubah penampilan wanita serta-merta.

Featured Sun, 11 Nov 2018

Ingin Tahu Kenapa Orang Jepun Panjang Umur Dan Kurang Berpenyakit? Ini Jawapannya!

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga meminta masyarakat Malaysia untuk menjadikan orang Jepun sebagai contoh dalam kehidupan seharian.

Featured Tue, 14 Sep 2021

Kerajaan Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Mulai Esok

Kerajaan Selangor bersetuju membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid mulai esok. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi JAIS, majlis itu boleh dilangsungkan setiap […]

Featured Mon, 23 Jul 2018

10 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Sedu

Stres kalau sedu tak hilang-hilang, kan?

Featured Tue, 23 May 2023

Pilih Bidang Seni Untuk Ekspresi Diri, Arena Wan Hidap Penyakit DLD – “Saya Kena Baca Sepuluh Kali…”

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, fly high Arena!

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Mon, 8 Mar 2021
Featured Wed, 5 Apr 2023

Spill The Tea, Rosix Tak Sengaja Umum Nama GF Sharnaaz Ahmad Di TikTok Live? Claim Pernah Terlibat Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku

Sahabat karib kepada pasangan selebriti popular, Noor Neelofa Dan Noor Nabila Mohd Noor iaitu Rosix sekali lagi mencuri perhatian apabila bersiaran secara live di TikToknya semalam. Menerusi video tersebut, Rosix kelihatan membuat ‘Kitchen Tour’ di […]