Featured By: Yanie Baharom November 27, 2018 @ 1:00pm

Sering Rasa Mengantuk Walaupun Sudah Cukup Tidur, Anda Kemungkinan Menghidapi Penyakit Ini

Kerap rasa mengantuk, mungkin dianggap sebagai gejala biasa. Termasuklah mengantuk di siang hari yang sering kita kaitkan dengan ‘penanda’ semula jadi terhadap faktor diri yang keletihan disebabkan tuntutan harian yang padat.

Namun, apabila gejala mengantuk itu semakin ketara dan kerap daripada biasa, masalah itu mula menjejaskan rutin harian termasuk mengganggu penumpuan lebih-lebih lagi ketika bekerja dan memandu.

Sedangkan anda menikmati waktu tidur berkualiti iaitu tujuh hingga lapan jam. Adakah masalah mengantuk dihadapi itu merupakan gejala penyakit lain?

Sebenarnya, secara alami, adalah normal andai seseorang individu terasa mengantuk selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti.

Umumnya kita mengantuk apabila fungsi badan dan otak penat dengan aktiviti seharian. Tindak balas semula jadi akan berlaku dan kelenjar tertentu mengeluarkan hormon dengan menghantar tindak balas ke otak.

Malah berkenaan peranan hormon, antaranya pengkaji menemui rasa mengantuk berpunca daripada kompaun kimia bernama edenosin yang wujud dalam otak bertindak balas dengan reseptor otak.

Selain itu, kitaran tidur dipengaruhi ‘jam tubuh’ yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian iaitu proses fisiologi berlaku dalam tubuh membolehkan badan bertindak balas dengan persekitaran seperti waktu tidur, makan dan aktif.

Jam tubuh ini yang sensitif dengan perubahan persekitaran seperti cahaya matahari dan suhu, membantu dalam menentukan sama ada waktu untuk berjaga pada waktu siang atau tidur ketika malam.

Kerap rasa mengantuk walaupun sudah mendapatkan tidur yang cukup juga, merupakan gejala biasa buat penghidap diabetes.

Merujuk pada mengantuk yang biasa dihadapi pesakit diabetes, gejala itu lazim berlaku selepas makan. Apatah lagi makanan yang diambil pesakit kandungannya tinggi karbohidrat dan gula.

Foto: The Sleep Doctor

Antara penyakit yang sering dikait dengan gejala mengantuk selain diabetes dan masalah psikiatri ialah;

Anemia

Kandungan zat besi yang rendah menyebabkan penghidapnya mudah rasa mengantuk kerana kandungan oksigen kurang dalam darah. Bahkan penderita sering rasa mengantuk meskipun sudah menikmati tidur yang mencukupi.

Penyakit jantung

Antara tanda jantung tidak baik adalah tubuh sering berasa mengantuk, lemah dan lelah. Lebih ketara gejala itu dihadapi ketika waktu siang. Selain itu, gejala awal penyakit jantung biasanya menyebabkan gangguan tidur pada waktu malam termasuk sukar bernafas.

Hipertensi

Lazim bagi penderita tekanan darah tinggi tidak menikmati tidur nyenyak pada waktu malam. Gejala sakit kepala dan tekanan serta sakit pada bahagian bahu selain leher membuatkan mereka tidak cukup tidur. Tidak hairan keesokan hari mereka mudah berasa letih dan kurang bermaya.

Hiperkalsemia

Kadar kalsium dalam darah antara punca penyakit hiperkalsemia yang berpunca daripada gangguan terhadap sistem saraf, jantung dan pencernaan. Kadar kalsium yang normal dalam tubuh adalah sekitar 8,2 – 10,2 mg/dL, namun penderita hiperkalsemia memiliki kadar kalsium antara 12 mg/dL hingga melebihi 14 m/dL.

Hipotiroidisme

Penyakit hipotiroidisme membuatkan pesakit sukar tidur malam, lantas mengantuk pada waktu siang. Hormon tiroid yang dihasilkan kelenjar tiroid berfungsi membantu tubuh atur waktu tidur tetapi jika terlalu banyak, ia sebaliknya mengganggu waktu tidur.

Hiponatremia

Hiponatremia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya. Kadar penurunan natrium yang pantas boleh menyebabkan kemudaratan kerana ia penting mengendalikan kadar air dalam tubuh, menjaga tekanan darah serta mengatur sistem saraf dan otot.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 11 Apr 2021

65 Bazar Ramadan Akan Beroperasi Di KL

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah. Ramadan tahun ini pasti berbeza dengan tahun lalu, kali ini kemeriahan Bazaar Ramadan kembali dapat dirasai oleh semua umat Islam. Dewan […]

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Mon, 16 Mar 2020
Featured Mon, 12 Sep 2022
#LaguXTRA Thu, 18 May 2023

#LaguXTRA: Sedang Melalui Fasa Putus Cinta, Ahirine Ahirudin Suka ‘Vibes’ Rock Klasik

It’s okay jangan sesedih Ahirine! Layan betul lagu favorite dia ni

Featured Fri, 18 Mar 2022

“President TikTok Tak Berkelip Mata” – Wawa Zainal Jadi Snow White Malaysia, Aeril Zafrel Terpegun!

Beri laluan beri laluan, Pasangan Sejoli nak lalu ni boh 😂 Hihi.. Untungnya Wawa Zainal 😍