familuv By: Yanie Baharom October 24, 2018 @ 9:14am

Si Cengeng Anak Bongsu, Dalam Diam Otaknya Kreatif Dan Pandai Buat Kawan!

Kalau ditanya siapakah yang paling manja di rumah, sudah tentulah si adik bongsu. Yang paling cengeng (suka menangis) dan mengada pun iya juga.

Jika sebelum ini banyak kajian dilakukan terhadap karakter anak kedua yang biasa dikaitkan dengan perangai suka memberontak atau ‘rebellious’ akan tetapi unik dan misteri, kemanjaan si anak bongsu juga menarik perhatian ahli saintis untuk melakukan hal yang sama.

Selain dilabelkan anak paling manja, mereka juga selalu dikenali sebagai anak yang paling tidak berdikari, tidak bertangungjawab, suka menarik perhatian, anak paling nakal dan yang selalu dilepaskan begitu sahaja.

Orang selalu rasa kasihan dengan anak bongsu kerana fikir mereka selalu dibuli abang dan kakak.

Namun, jangan ingat anak sulung saja yang baik kerana selalu memberi tunjuk ajar kepada adik-beradik yang lebih kecil. Anak bongsu ada juga kebaikannya, malah sains membuktikan mereka mempunyai personaliti yang lebih menggembirakan!

Di bawah adalah 5 fakta anak bongsu yang disokong dengan kajian sains yang membuktikan mereka tidak seteruk disangka.

Fakta anak bongsu #1 – Mereka lebih suka mengharungi cabaran

Tidak seperti anak sulung yang selalu jadi ketua kepada adik-beradik, anak bongsu perlu mencari personaliti mereka sendiri yang tidak dimiliki orang lain dalam keluarga, menurut Frank Sulloway, penyelidik dan penulis Born to Rebel.

Atas sebab ini, anak bongsu lebih banyak mencuba, tidak konvensional, tidak takut untuk mengambil risiko dan suka menegaskan bakat serta identiti mereka sendiri.

“Mereka lebih bersikap terbuka dan sering mencari pengalaman baru,” kata Sulloway.

Fakta anak bongsu #2 – Mereka lebih lucu

Apakah persamaan di antara Eddie Murphy, Stephen Colbert, Jennifer Lawrence dan Tina Fey?

Mereka semua ini amat lucu, dan mereka semua adalah anak bongsu di dalam keluarga mereka. Persamaan ini bukan kebetulan sahaja, ya.

Tinjauan YouGov yang dilakukan pada 2015 mendapati anak bongsu selalu menganggap diri mereka lucu manakala anak sulung selalunya lebih serius.

Menurut pakar psikologi Richard Wisemen, keupayaan anak bongsu untuk menghiburkan orang, mungkin disebabkan keperluan untuk bersaing apabila mendapat perhatian ibu bapa mereka.

Salah satu fakta anak bongsu yang menarik, kan? Anak bongsu anda itu lucu tak? Mungkin kerana mereka lebih muda di kalangan keluarga juga, mereka tidak terbeban untuk menunjukkan karakter yang lebih serius.

Fakta anak bongsu #3 – Mereka lebih rileks

Menurut tinjauan YouGov yang sama, anak bongsu juga lebih rileks berbanding dengan anak sulung. Ibu bapa juga turut lebih rileks apabila membesarkan anak kedua dan ketiga, disebabkan pengalaman keibubapaan membesarkan anak sulung.

Apabila sampai giliran anak bongsu, “ibu bapa akan bersikap lebih lembut,” kata Kevin Leman, ahli psikologi dan pengarang The Birth Order Book memberitahu CNN.

“Anak bongsu lebih kurang mengikut peraturan, namun masih diberi banyak perhatian.”

Foto: DHgate

Fakta anak bongsu #4 – Mereka senang dapat kawan

Walaupun anak sulung selalunya lebih tegas, anak bongsu pula, biasanya lebih suka bersosial dan mempunyai personaliti yang lebih menyeronokkan, menurut kajian Sulloway.

Ini mungkin kerana anak bongsu selalu perlu bersaing dengan adik-beradiknya, dan akhirnya belajar cara untuk mengawal situasi dan memanipulasi orang, menurut Leman.

Tetapi ini tidak seburuk yang anda sangka, kerana menurut kajian, penyelidik belum dapat mencari kaitan kukuh yang anak bongsu akan selalu berkelakuan tidak baik.

Oleh sebab sifat mereka yang lebih lucu dan rileks, itu mungkin salah satu sebab mengapa mereka lebih mudah membuat kawan.

Fakta anak bongsu #5 – Mereka lebih kreatif

Walaupun adik-beradik lebih tua berkemungkinan mempunyai IQ yang lebih tinggi, anak bongsu selalunya lebih kreatif.

Menurut Sulloway, mereka sering perlu memilih minat lain untuk mengelak mempunyai minat yang sama dengan abang atau kakak mereka.

Mereka akan “mencari cara alternatif untuk mendapat faedah maksimum dari persekitaran mereka, supaya mereka tidak akan perlu bersaing dengan adik beradik yang lebih tua,” kata Sulloway memberitahu New York Times pada 2007.

Mereka akan membangunkan minat dan kepakaran yang tidak dapat diukur dengan Ujian IQ. Tinjauan Karier Kerjaya 2011 menunjukkan salah satu kelebihan anak bongsu adalah mereka sering tertarik dengan pekerjaan kreatif, seperti reka bentuk, seni bina, penulisan atau seni.

Walaupun ahli psikologi tidak bersetuju urutan kelahiran boleh memberi kesan kepada personaliti individu, mereka tidak boleh menafikan interaksi dan hubungan sesama adik-beradik boleh menentukan perangai seseorang.

Anak bongsu dalam keluarga anda bagaimana pula?

Foto: The Live The Adventure Letter

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Aug 2019

Selena Gomez bakal lancar rangkaian produk kecantikannya sendiri

Nak cantik macam Selena, kenalah kumpul duit dan beli!

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019

Nak kurus? Ini resipi sarapan sihat untuk mereka yang sibuk

Paling penting sihat, cepat & mudah disediakan!

Featured Thu, 30 Nov 2023
familuv Thu, 4 Oct 2018

5 Tip Untuk Menggalakkan Anak Anda Supaya Lebih Aktif Dari Segi Kesihatan Fizikal

Kanak-kanak yang aktif juga akan lebih fokus dalam pelajaran di sekolah.

Featured Fri, 6 Mar 2020
Featured Thu, 5 Mar 2020

Peragawati ini kekal langsing walaupun sudah beranak tiga

Kurus cara Fadzlun Abas, mudah sahaja

Featured Thu, 16 Dec 2021