Featured By: Ad Ops January 15, 2018 @ 10:02am

Siapa Berisiko Hidap Kanser Kulit?

Tidak ramai wanita yang mengambil serius tentang bahayanya kanser kulit. Ini kerana kanser kulit jarang diperkata atau diberi perhatian berbanding kanser payudara dan kanser pangkal rahim. Namun tahukah anda, kes kanser kulit telah meningkat sejak beberapa dekad lalu disebabkan lapisan ozon yang sepatutnya melindungi kulit kita semakin menipis.

Menurut Laporan Daftar Kanser di Malaysia (3rd Annual Report of National Cancer Registry 2003-2005), kanser kulit adalah kanser yang kesepuluh paling kerap berlaku di Malaysia, dan menyumbang kepada 2.6% semua kes kanser di Malaysia.

Terdapat pelbagai jenis kanser kulit antaranya Cutaneous lymphoma, Extra-mammary Paget’s disease, Merkel cell carcinoma serta dua jenis kanser kulit yang utama iaitu non-melanoma skin cancer (Basal cell carcinoma dan squamous cell carcinoma) serta Malignant Melanoma. Berikut merupakan antara mereka yang berisiko mendapat kanser kulit.

1. Berkulit cerah – Individu yang berkulit cerah mempunyai jumlah melanin (pigmen kulit) yang kurang sekaligus menyebabkan mereka mendapat kurang perlindungan daripada sinaran UV yang memudaratkan.

2. Terdedah kepada cahaya matahari serta radiasi yang berlebihan – Golongan yang banyak menghabiskan masa di bawah cahaya matahari serta tidak menggunkan krim pelindung UV lebih berisiko untuk mendapat kanser kulit.

3. Mempunyai penyakit kulit serta sejarah kanser kulit dalam keluarga – Mereka yang mempunyai penyakit kulit pra-kanser seperti actinic keratosis serta mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kanser kulit, memiliki kebarangkalian tinggi untuk mendapat kanser kulit.

4. Banyak tahi lalat – Mereka yang mempunyai banyak tahi lalat atau tahi lalat luar biasa yang dipanggil dysplastic naevi juga mempunyai risiko kanser kulit.

Lakukan pemeriksaan doktor jika terdapat perubahan pelik pada kulit

Selain itu, mereka yang pernah menghidap kanser kulit, menghidap penyakit genetik seperti xeroderma pigmentosum, mempunyai sistem imun yang lemah serta mengalami keracunan arsenik juga memiliki risiko tinggi untuk mendapat kanser kulit.

Sumber : Aplikasi Wanita
Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Mar 2020
Featured Thu, 23 Feb 2023

Individu Dakwa Mata Bella Astilah Bengkak, Ramai Tampil Backup – “Itu Bayang!”

Perasaan korang je kot tu. Cantik Bella walaupun tanpa makeup 🤩 Moga Bella sentiasa dibawah perlindunganNya

Cahaya Mata Thu, 19 Jan 2023

Anak Emma Maembong Pura-Pura Nangis, Tapi Air Mata Tak Keluar – “Ada Bakat Lakonan Macam Mak Dia…”

Anak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat comel dan bijak. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram yang memaparkan anak sulung lelakinya itu sedang pura-pura […]

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Tue, 13 Jul 2021

“Ada Ibu Bapa Yang Tak Mampu Beli..”- Umie Aida Mohon Sumbangan Baju Pesakit Buat Kanak-Kanak Di IJN

Pelakon jelita, Datin Seri Paduka Umie Aida  meminta bantuan orang ramai yang mempunyai pakaian kanak-kanak terpakai berusia antara dua hingga lima tahun untuk memberi sumbangan  kepada pesakit kanak-kanak di wad Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN). […]

error: Content is protected !!