Featured By: Fadzlena Jafar May 11, 2020 @ 10:37am

Sikap perikemanusiaan petugas barisan hadapan dipuji warga siber

Beberapa gambar petugas barisan hadapan mendukung warga emas yang tular dalam media sosial sejak kelmarin mendapat maklum balas positif warga siber yang rata-rata memuji sikap prihatin petugas berkenaan.

Sudahlah lengkap berpakaian alat pelindung diri (PPE) pada hari yang panas terik dalam bulan Ramadan, petugas berkenaan tetap melaksanakan tanggungjawab bagi memudahkan masyarakat termasuk mendukung warga emas berkenaan.

Tidak dapat dibayangkan keadaan petugas terbabit ketika itu. Selain keletihan menahan lapar dan dahaga, pemakaian PPE yang diperbuat daripada bahan kalis air sudah tentu membuatkan beliau kepanasan sepanjang waktu terutama ketika mengharungi bahang panas sepanjang hari.

Gambar Shahir yang mendukung seorang warga emas dengan dibantu rakannya, Mastura tular dalam sosial media. (Gambar daripada Facebook Dr Noor Hisham Abdullah)

Petugas berkenaan yang dikenali sebagai Inspektor Kesihatan, Shahir Razali seperti yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook miliknya, mendukung warga emas berkenaan untuk dibawa ke pusat saringan sementara yang didirikan Kementerian Kesihatan (KKM).

Shahir yang ditemani rakan setugasnya, Mastura Maznor antara beberapa petugas kesihatan yang perlu mengenal pasti penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketat (PKPD) untuk tujuan dokumentasi sebelum disaring bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Dr Noor Hisham yang nyata terharu dengan sikap penuh toleransi yang ditunjukkan kedua-dua petugas berkenaan, melahirkan kebanggaan terhadap Shahir dan Mastura.

“Meskipun berpuasa ketika Ramadan dan pada masa sama menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat yang memerlukan ketika lengkap mengenakan PPE, anda berdua sememangnya wira kami.

“Shahir Razak dan Mastura Maznor, anda berdua benar-benar mencerminkan cogan kata KKM, Bersedia Berkhidmat. Saya bangga dengan anda dan terima kasih,” tulisnya.

Kebanyakan warga siber turut memuji sikap perikemanusiaan yang ditunjukkan kedua-dua petugas kesihatan berkenaan, malah ramai yang mendoakan kedua-duanya dan juga petugas barisan hadapan lain ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT.

Selain gambar berkenaan, satu lagi gambar yang menunjukkan seorang petugas barisan hadapan yang terpaksa mencium anaknya yang berbungkus plastik turut mendapat perhatian warga siber.

Gambar daripada Facebook Viral Perak

Petugas berkenaan yang dikatakan ingin melepaskan kerinduan terhadap anaknya berikutan sudah lama tidak bertemu keluarganya, terpaksa memastikan anaknya dilindungi bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Bak kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Perutusan Khas, semalam COVID-19 ialah musuh senyap yang tidak kelihatan, justeru langkah berjaga-jaga diambil petugas berkenaan yang bimbang beliau mungkin dijangkiti ketika melaksanakan tugasnya, amat terpuji.

Sejak 18 Mac lalu, petugas barisan hadapan seperti kakitangan KKM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) yang bertugas untuk membuat saringan atau menyahkuman perlu mengenakan PPE yang lengkap ketika bertugas.

Gambar ini satu daripada beberapa gambar yang sempat dirakam jurugambar dan orang ramai yang simpati dengan barisan petugas hadapan. (Gambar NSTP)

Jika masyarakat yang hanya digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di luar sudah berasa rimas dan tidak selesa, inikan pula keadaan petugas barisan hadapan yang mengenaikan PPE lengkap.

Oleh itu, jika kita bersimpati dengan petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga demi kesejahteraan negara, patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM dan keluar rumah hanya apabila perlu.

Anda mungkin sudah dijangkiti COVID-19, tetapi tidak bergejala, justeru jangan jadi penyebar COVID-19!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Mar 2022
Gaya Hidup Fri, 27 Sep 2019
Featured Wed, 6 Sep 2023

Legenda M Nasir Bakal Bawa ‘Gendang Pati’ Di Plenary Hall KLCC 18 November Ini

Fuhhhh, legenda Datuk M Nasir nak buat konsert guys November ni, bestnyaa! Jangan lupa beli tiket nanti

Featured Mon, 27 Apr 2020

KKM tingkat keupayaan makmal bagi lakukan 22,000 ujian pengesanan COVID-19

Saringan perlu dilakukan sehingga vaksin ditemui

Featured Tue, 4 Jan 2022

“Tinggal Empat Bulan Lagi” – Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Hamil Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali, 22, memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan. Menerusi hantaran Instagram, Eyra membuat kejutan kepada suaminya, Haziq Nadzli dengan memberikan hadiah berupa sebuah kotak. Di […]

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Aina Abdul Letak Harapan Tinggi Untuk Lagu Terus Hidup

Penyanyi terkenal, Aina Abdul meletakkan harapan tinggi terhadap karyanya yang berjudul Terus Hidup di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) nanti. Menurut Aina, karya Terus Hidup ini merupakan karya yang paling disayanginya dan mahu berusaha […]

#LaguXTRA Thu, 23 Feb 2023
Featured Fri, 30 Dec 2022

Mimpi Jadi Kenyataan! Kugiran Masdo Kongsi Pentas Bersama The Changcuters, Hiburkan Hampir 2,000 Peminat!

Kugiran Masdo dan The Changchuters menghiburkan hampir 2,000 peminat di konsert Kugiran Masdo x The Changcuters yang berlangsung meriah di Zepp, Kuala Lumpur, malam tadi. Menurut Ali, kolaborasi tersebut adalah salah satu impian Kugiran Masdo […]

error: Content is protected !!