Featured By: Yanie Baharom December 21, 2018 @ 1:00pm

Singkap Personaliti Berdasarkan Ubat Gigi, Yang Mana Satukah Anda?

Tingkah laku kita dalam rutin seharian boleh mempamerkan personaliti yang sebenar. Menurut pakar psikologi, 40% daripada kelakuan manusia sebenarnya dilakukan secara tidak sedar yang lama-kelamaan menjadi tabiat.

Sebenarnya, tingkah laku yang tidak signifikan seperti cara duduk, cara memegang telefon dan sebagainya itulah yang boleh mendedahkan tentang personaliti dan keadaan mental anda.

Percaya atau tidak, personaliti seseorang juga boleh dibongkar melalui cara anda memicit ubat gigi. Lihat senarai di bawah dan ketahui diri anda dengan lebih baik.

1. Memicit ubat gigi atau gulung dari belakang ke hadapan

Foto: BrightSide

Anda adalah seorang yang sangat berjimat cermat dan teratur. Sambil anda menjaga barang milik anda, anda turut menjaga orang-orang di sekeliling. Anda seorang yang mementingkan kesempurnaan dan tidak suka membazir. Justeru, anda akan gunakan sumber yang ada secara sepenuhnya.

Pada masa yang sama, anda seorang yang kerja keras dan sentiasa melakukan kerja dengan bagus sekali gus membuatkan ramai yang bergantung pada anda.

Keadaan rumah anda juga sentiasa bersih dan teratur.

2. Memicit ubat gigi dari bahagian tengah

Foto: BrightSide

Anda seorang individu yang realistik, aktif tetapi kadangkala agak kelam-kabut. Anda bukanlah seorang yang teratur atau pembersih tetapi ketika menghadapi cabaran, anda mampu kekal bersemangat untuk menyelesaikannya.

Anda seorang yang mudah bersosial, mempunyai ramai kawan dan suka berada di kawasan yang dipenuhi manusia. Anda juga bijak mengimbangi antara kehidupan dengan kestabilan emosi.

3. Memicit ubat gigi dari bahagian atas

Foto: BrightSide

Anda sangat degil dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai sesuatu matlamat. Namun, anda juga mudah berputus asa dan tidak begitu percayakan orang lain. Anda lebih cenderung untuk berharap pada diri sendiri sahaja.

Anda seorang yang boleh berdikari tetapi kadangkala sampai ke satu tahap di mana anda akan mula mementingkan diri sendiri dan menggunakan orang lain demi kepentingan peribadi.

4. Sentiasa memastikan bentuk ubat gigi kekal sempurna

Foto: BrightSide

Anda gemar bersendiri, berangan dan seorang yang artistik. Kadangkala, anda seolah-olah hidup dalam dunia anda sendiri.

Anda seorang yang sensitif, lemah-lembut, mudah didekati, bertimbang rasa dan bertolak ansur. Pada masa yang sama, anda juga boleh menjadi individu yang berterus-terang dan pemurah.

Anda sentiasa mempunyai idea kreatif dan sudi mengongsikannya dengan orang lain.

5. Memicit ubat gigi merata-rata

Foto: BrightSide

Anda mempunyai kemampuan untuk melihat dunia dari pelbagai sudut berbeza, seorang yang artistik serta kreatif! Namun, anda mengalami kesukaran untuk menepati masa, merancang sesuatu dan menyelesaikan sesuatu tugasan.

Tetapi, anda adalah seorang yang optimis dan berfikiran terbuka walaupun emosi anda sering berubah.

Sumber: Rileklah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Mar 2024

Jalani Pembedahan, Gelagat Harris Annuar Bikin Berdekah -“Medina Dah Form 1, Siapa Ambik Report Card Dia?”

Mak aih, kelakar lah! 🤣🤣🤣 tak oernha tak lawak tau laki bini ni.

Featured Thu, 28 Oct 2021
Featured Fri, 12 May 2023
Featured Wed, 17 Jul 2019
Featured Wed, 5 Jul 2023
Featured Tue, 15 Aug 2023

“Saya Masih Tak Selesa Dipanggil YB”- Altimet ‘Janji’ Kebajikan Masyarakat Akan Terus Diperjuangkan

Apapun kita doakan moga perjuangan dan harapan Altimet tercapai👊👊👊

Featured Fri, 24 Aug 2018

5 Langkah Untuk Mengurangkan Pengambilan Gula

Antara sebab penyakit menyerang adalah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan.

Featured Sun, 10 Mar 2019

Posisi tidur yang betul dapat menjamin keselamatan nyawa bayi anda

Panduan ini dapat bantu bayi tidur dengan nyenyak!