Featured By: Fadzlena Jafar October 20, 2019 @ 10:29pm

Siti Khadijah lebar sayap buka butik gaya hidup

Peneraju jenama telekung tempatan, Siti Khadijah (SK) bakal melancarkan butik gaya hidup di pusat beli-belah Suria KLCC dengan nilai pelaburan mencecah RM1.5 juta.

Butik yang dijangka mula beroperasi 1 Disember ini adalah sebahagian daripada perancangan Siti Khadijah untuk mempelbagaikan perniagaan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 jenama itu.

Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah Apparel), Mohammad Munzir Aminuddin, berkata berbeza dengan butik Siti Khadijah sedia ada, butik baharu itu akan menjadi perintis kepada butik gaya hidup Siti Khadijah dengan memasarkan pelbagai produk seperti tudung dan busana Muslim untuk wanita serta lelaki.

Mohammad Munzir (kiri) bersama Pengarah Urusan Hegira Sdn Bhd, Suri Daman pada sidang media promosi Kampung Siti Khadijah di Menara Shaftsbury, Putrajaya. Gambar NSTP/Zulfadhli Zulkifli.

“Butik di Suria KLCC ini akan berfokus kepada slogan Keanggunan Kesopanan dengan menempatkan 70 peratus produk pakaian harian Muslim terdiri daripada baju kemeja lelaki dan wanita, kasut wanita, blaus, seluar, baju kurung dan baju Melayu.

“Selain itu, butik Siti Khadijah Suria KLCC juga akan memasarkan telekung eksklusif Siti Khadijah yang tidak boleh didapati di butik biasa Siti Khadijah sedia ada,” katanya ketika di temui pada majlis pelancaran promosi Kampung Siti Khadijah di Putrajaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel, Ir Aminuddin Mohd Nasir.

Sepanjang tahun 2020, Siti Khadijah turut merancang untuk membuka 12 butik di Malaysia dan empat lagi di negara jiran, Indonesia dengan nilai pelaburan dianggarkan kira-kira RM12 juta. Selain butik biasa Siti Khadijah, sebahagian daripada perancangan itu turut membabitkan pembukaan butik gaya hidup seperti Butik Siti Khadijah Suria KLCC yang dijangka dibuka di beberap pusat beli-belah utama di ibu kota.

Lancar tudung Hegira

Model memperagakan himpunan tudung baharu Siti Khadijah, iaitu Hegira. Gambar NSTP/Zulfadhli Zulkifli.

Pada majlis itu, Siti Khadijah turut memperkenalkan produk baharunya, iaitu himpunan tudung Hegira yang akan dijual di butik gaya hidup Siti Khadijah.

Pengarah Urusan Kumpulan Hegira, Suri Daman, berkata tudung Hegira berkonsepkan Muslimah moden yang ingin menutup aurat, tetapi tetap kelihatan bergaya.

“Tudung Hegira mula beroperasi pada tahun 2018, tetapi dipasarkan mulai Januari 2019. Selain dijual menerusi atas talian, tudung Hegira juga boleh didapati di 13 butik Siti Khadijah sedia ada.

“Keistimewaan tudung ini adalah inovasinya yang dihasilkan berdasarkan aliran fesyen tudung terkini bagi memastikan pemakainya sentiasa berasa selesa. Kebanyakan tudung Hegira berkonsep tudung instant atau mudah digayakan sesuai untuk wanita bekerjaya hari ini,” katanya.

Promosi Kampung Siti Khadijah

Pada tahun ini Siti Khadijah meneruskan acara tahunannya iaitu promosi Kampung Siti Khadijah yang akan diadakan di dua lokasi iaitu pusat beli-belah Alamanda Putrajaya dan AEON Mall Kota Bharu, Kelantan dari 22 hingga 27 Oktober ini.

Bersempena dengan promosi itu, pelanggan berpeluang membeli produk Siti Khadijah pada harga diskaun sehingga 50 peratus bagi telekung terpilih dan potongan sebanyak 70 peratus bagi aksesori serta koleksi pakaian Siti Khadijah.

Jenama terkenal itu juga menyediakan 8,000 hadiah percuma  bagi pelanggan yang hadir selain menganjurkan kempen tukar telekung lama dengan telekung baharu.

Pelanggan yang ingin menukar telekung lama Siti Khadijah akan menerima baucar RM100, manakala bagi telekung biasa pelanggan akan menerima baucar RM50. Telekung lama itu akan dibaik pulih untuk diwakafkan bagi tujuan kebajikan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Tue, 12 May 2020
Featured Wed, 29 Aug 2018

Kini Ada Seorang Lagi Putera Kacak Yang Digilai Wanita, William & Harry Boleh Ke Tepi!

Nampaknya ada potensi untuk mencuri hati gadis-gadis dunia!

Drama Tue, 31 Jan 2023
Featured Tue, 12 Jun 2018
Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Wed, 12 Jan 2022
Featured Mon, 30 Oct 2023

[VIDEO] Comelnya! Hadir Majlis Graduasi Anak, Puteri Sarah Luah Rasa Bangga… Syaikhul Siap Jadi Imam Solat!

Sejuk perut ibu yang mengandungkan. Moga Syaikhul & Sumayyah always happy❤️❤️❤️