Featured By: Yanie Baharom May 10, 2020 @ 5:37pm

Skala kecantikan luar biasa aktres Dilraba kerana darah Uighur yang mengalir!

Memiliki sepasang mata bundar, hidung mancung bak seludang, kulit putih gebu mulus, pinggang ramping bak kerengga dan susuk tumbuh melampai, kecantikan Dilraba Dilmurat ini sememangnya cukup ikonik!

Perihal keindahan rupa paras gadis berusia 27 tahun ini bukan sahaja disebut-sebut sebagai aktres tercantik China, malah turut disenaraikan sebagai 100 wanita tercantik dunia oleh majalah Forbes.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa raut wajah eksotik Dilraba atau nama pentasnya, Dilireba amat berbeza daripada aktres China yang lain?

Untuk pengetahuan anda, darah keturunan etnik Uighur yang mengalir dalam dirinya itulah yang membezakan skala kejelitaannya berbanding aktres lain.

Sama ada wanita mahupun lelaki Uighur, mereka sangat terkenal dengan identiti berkulit putih melepak, bersusuk tinggi lampai, bermata bulat dan hidung mancung kerana campuran darah Cina dan Arab, atau lebih tepat mereka ini berketurunan Turki.

Sejak penindasan yang berlaku kepada etnik Uighur diketahui masyarakat dunia, secara tidak langsung membuka mata banyak pihak untuk mengenali siapa mereka dan budaya etnik minoriti itu yang unik serta berbeza dengan penduduk China lain.

Sekali gus, menarik minat ramai untuk lebih mengenali Dilraba, yang aktif terbabit dalam pelbagai drama dan peragaan.

Dilraba yang dilahirkan pada 3 Jun 1992 di Xinjiang, China dikatakan menikmati populariti sebaris aktres terkenal China, Angelababy.

Membuat penampilan pertamanya sebagai pelakon remaja pada tahun 2006, nama Dilraba mula memuncak naik selepas membintangi drama bersiri, Swords of Legends, Diamond Lover, Eternal Love dan Mr Pride vs Miss Prejudice.

Dia juga pernah terbabit dalam program televisyen yang diadaptasi dari Korea, She Was Pretty dan Running Man versi China.

Walaupun baru berusia 27 tahun, Dilraba telah memenangi pelbagai anugerah untuk lakonannya termasuk Outstanding New Actress ENAwards 2016 (Hot Girl), Best New Actress China TV Drama Awards 2015 (Diamond Lover) dan Best Newcomer China Britain Film Festival 2015 (Mr. Pride vs. Miss Prejudice).

Dilraba juga pernah disenaraikan dalam Top 10 Artist China dalam carta Artiste Commercial Impact serta dianugerahkan Golden Eagle Goddess award.

Diminati pemain bola sepak, Alexandre Pato

Peminat Dilraba bukan saja dalam kalangan orang biasa, tetapi pemain bola sepak Alexandre Pato daripada pasukan Tianjin Quanjian pernah meluahkan rasa cintanya terhadap aktres berkenaan.

Alexandre Pato memegang poster Dilraba. Foto: Marca

Pato khabarnya, telah berlari sekitar padang dengan membawa poster gambar Dilraba dan pernah memuat naik posting dalam media sosial yang bertulis;

“Saya tidak boleh melupakan hakikat bahawa awak adalah seorang wanita China yang paling cantik.” katanya tapi malangnya mesej itu tidak berbalas.

Status agama jadi teka-teki

Meskipun popular, namun sehingga kini status agama yang dianuti Dilraba masih menjadi misteri. Tidak pernah sekali pun dia mengakui dia seorang Muslim, mahupun menidakkannya walaupun majoriti ramai tahu yang Xinjiang (tempat kelahiran Dilraba) merupakan tempat tinggal etnik Uighur yang beragama Islam.

Namun begitu, Dilraba pernah menimbulkan keraguan netizen apabila dia mengucapkan ‘Eid Mubarak’ di laman Weibo pada tahun 2013.

Oleh sebab Dilraba Dilmurat ialah seorang yang berasal daripada etnik Uighur, ramai dalam kalangan netizen yang berharap aktres tersebut akan buka mulut mengenai isu ini di media.

Keadaan Dilraba menjadi tanda tanya apabila dia tidak memuat naik sebarang gambar di Instagram sejak September lalu dan ramai yang mula berspekulasi bahawa aktres ini memilih untuk mendiamkan diri kerana takut dengan tekanan dari China.

Ada juga yang bimbang akan keselamatannya apabila Dilraba jarang membuat kemunculan di majlis-majlis!

Selain Dilraba, aktres berketurunan Uighur yang turut popular di China antaranya Guli Nazha dan Tong Liya. Semuanya pun cantik-cantik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 2 May 2020

Kejayaan memerangi COVID-19 bergantung pada kerjasama masyarakat

Kerajaan sudah memainkan peranan sepatutnya

Featured Wed, 29 Sep 2021

Bermula Jumaat Ini Tiada Lagi Negeri Berada Dalam Fasa 1 PPN

Persetujuan kerajaan untuk membenarkan peralihan fasa dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini menyebabkan tiada lagi negeri berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Keputusan itu sekaligus membenarkan kawasan Lembah Klang termasuk […]

Featured Thu, 20 Oct 2022

“Mana Satu Yang Real….” – Haqiem Stopa Bertemu ‘Kembar’?

Personaliti TikTok dan juga ikon permotoran, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Bin Jaafar, 22 sudah tidak asing lagi di kalangan generasi belia pada masa kini. Sering menjadi bahan cemuhan oleh warganet Haqiem […]

Featured Thu, 6 Jul 2023
Featured Mon, 15 Nov 2021

Penerbit Cukup Derita Itu Mohon Kerajaan Benarkan Kanak-Kanak Berlakon

Penerbit popular, Siti Rosmizah memohon kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memberikan kelonggaran untuk pelakon kanak-kanak untuk terlibat dalam penggambaran drama. Mengulas berkenaan isu pelakon kanak-kanak yang tidak dibenarkan datang ke set penggambaran […]

Featured Fri, 20 Jan 2023

Ajar Cara Berswafoto, Rossa Sera & Shuk Sahar Dihujani Kiriman Doa Warganet – “Alhamdulillah Semoga Berjodoh Semula”

Gelagat swafoto pengacara dan pelawak, Shuk Sahar bersama isteri, Rossa Sera mendapat perhatian ramai. @rossa.sera Takpela kena ajar banyak kali pun 💜 Korang nak beli berryfull Sera tekan je beg kuning tu #fyp #rossasera #shuksahar […]

Featured Thu, 6 Jul 2023

“Kalau Bin*t*ng Memang Tak Pandai Baca”- Dituduh Riyak & Berlagak, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Respons Padu

Kena lagi!!! Bertabahlah Ryzal. Mogalepasni netizen makin bijak hendaknya🤔