Eat Travel By: Fadzlena Jafar June 2, 2020 @ 11:00am

Stacy Anam kongsi resipi ikan basung masak ampap sempena Bulan Keamatan

Bersempena dengan sambutan Bulan Keamatan di Sabah, sepanjang Mei lalu, penyanyi terkenal Stacy Anam berkongsi video cara memasak ikan basung masak ampap, juadah tradisi Negeri di Bawah Bayu.

Ikan basung atau ikan sardin yang dimasak ampap sememangnya antara juadah kegemaran di Sabah. Juadah tradisi masyarakat etnik Kadazandusun ini mudah sahaja kerana resipinya hanya menggunakan bahan-bahan yang lazimnya sedia ada di dapur.

Perkongsian Stacy itu menarik perhatian ramai peminatnya, malah ramai yang ingin mempelajari cara memasak resipi istimewa itu.

Siapa sangka, penyanyi kelahiran Penampang yang tampak lincah dan gemar menari itu rupa-rupanya hebat di dapur. Cara beliau memasak sedikitpun tidak kekok, sekali gus menunjukkan Stacy sebenarnya sudah biasa memasak.

“Pada bulan Kaamatan ini, saya ingin memasak makanan zaman dulu-dulu daripada orang Kadazandusun dan juga satu daripada makanan kegemaran kedua-dua orang tua saya Chingg iaitu ikan basungan masak ampap.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Keamatan kepada kamu semua,” tulisnya dalam perkongsian pada 9 Mei lalu.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, juara Akademi Fantasia Musim Ke-6 itu juga gemar berkongsi pelbagai resipi masakan menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi kerjasama dengan Maggi Malaysia, Stacy berkongsi pelbagai resipi juadah tradisi Sabah antaranya mi Tuaran, pinarasakan basungan atau ikan masak singgang, ayam goreng tuhau, nasi goreng merah, nasi goreng telur masin dan tuhau Jepun masak ayam.

Bukan sahaja nampak sedap, tetapi cara Stacy memasak kelihatan begitu mudah dan sesiapa sahaja boleh menyediakannya.

Berikut dikongsikan resipi ikan basung masak ampap:

 

Bahan-bahan:

1 kg ikan basung (boleh juga guna ikan kayu)

4 batang serai, dititik

Air secukupnya

Asam keping/air asam jawa

Garam secukup rasa (ditambah Maggi Cukup Rasa juga boleh)

Bahan-bahan untuk dikisar:

7 cm kunyit (saiz ibu jari 3 biji/saiz kelingking 6 ke 7 biji) *

Cili padi (bergantung pada cita rasa, jika hendak pedas letak banyak)

5 cm inci halia *

4 biji bawang merah

6 biji bawang putih

Cara memasak:

1. Siang, bersihkan dan toskan ikan.

2. Masukkan sedikit minyak untuk menumis.

3. Masukkan serai dan masukkan semua semua bahan yang sudah dikisar.

4. Gaulkan ikan bersama-sama air asam dan susun ikan tadi dalam periuk.

5. Masukkan air dan pastikan ikan ditenggelami air.

6. Campurkan sedikit garam. Boleh juga masukkan perasa.

7. Masak sehingga air ikan tinggal sedikit, pastikan jangan sampai hangus! Siap untuk dihidangkan.

Kredit gambar: Instagram @stacyanam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Mar 2021
Featured Sun, 26 Jun 2022
Eat Travel Thu, 6 Sep 2018

53,592 Keping Duit Syiling 1 Sen Menghiasi Dinding Hotel Ini. Memang Awesome!

Duit syiling 1 sen berjumlah RM535 dalam bentuk perkataan ‘1969 Business Suites’.

Featured Thu, 14 Oct 2021

Ini Apa Yang Diperkatakan Siti Saleha Selepas Memfailkan Perceraian

Selepas mengesahkan dirinya memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon jelita, Siti Saleha dilihat masih tenang berhadapan dengan situasi yang terjadi. Menerusi laman Instagram, Saleha memuat naik foto bersama kapsyen ‘I’m good’ sekaligus memberi bayangan dirinya dalam […]

Featured Fri, 26 Oct 2018

Anak Yang Bertubuh Montel Terdedah Risiko Penyakit Kencing Manis

Sering buang air kecil terutama di waktu malam, tanda-tanda anak menghidap kencing manis.

Featured Mon, 29 May 2023