Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Featured By: Fadzlena Jafar April 13, 2020 @ 9:30am

Statistik menunjukkan lelaki lebih berisiko dijangkiti COVID-19 berbanding wanita

Jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia sehingga 12 April 2020 mencecah 1,790,564 kes, manakala jumlah kematian sebanyak 109,654 kes. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan jumlah berkenaan akan terus meningkat apabila wabak berkenaan kini merebak di negara dunia ketiga.

Bagaimanapun, satu pemerhatian yang menarik mengenai wabak berkenaan, sejak dikesan di Wuhan, China Disember lalu, statistik menunjukkan bukan sahaja lelaki lebih berisiko dijangkiti novel koronavirus itu, malah jumlah kematian lebih tinggi dalam kalangan pesakit lelaki.

Statistik itu menunjukkan sebanyak 60 peratus pesakit yang dijangkiti COVID-19 adalah lelaki, manakala Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit China melaporkan nisbah kematian dalam kalangan lelaki adalah 2.8 peratus berbanding hanya 1.7 peratus wanita.

Di New York, Amerika Syarikat (AS), data sehingga 9 April 2020 menunjukkan pesakit lelaki merangkumi 60 peratus daripada jumlah kumulatif kes kematian.

Di Malaysia pula daripada 76 kes kematian akibat COVID-19 yang dicatatkan sehingga 12 April 2020, hanya 18 kes atau kira-kira 24 peratus membabitkan pesakit wanita.

Petugas Kementerian Kesihatan mengambil sampel daripada orang ramai yang tinggal di kawasan zon merah. (Gambar hiasan/BERNAMA)

Portal yang berpangkalan di Washington, Vox melaporkan meskipun kajian yang dijalankan masih belum mengenal pasti faktor yang menyebabkan jumlah jangkitan dan kematian lebih tinggi dalam kalangan lelaki, beberapa penyelidik berpendapat antara faktor yang mempengaruhi data itu adalah gaya hidup tidak sihat terutama tabiat menghisap rokok, selain perkaitan gen dan juga hormon.

Prof Dr Marcia Stefanick daripada Fakulti Perubatan Universiti Stanford, AS, berkata kajian berfokus terhadap perbezaan jantina itu mungkin dapat membantu menghasilkan ubat dan vaksin dalam tempoh yang lebih cepat.

“Hakikatnya sistem imunisasi antara kedua-dua jantina amat berbeza dan wabak ini mendedahkan perbezaan berkenaan, namun kita juga perlu melihat tabiat atau kecenderungan gaya hidup pesakit untuk lebih memahami virus ini,“ katanya kepada Wall Street Journal.

Kajian mendapati, sistem imunisasi wanita memberikan maklum balas yang lebih cepat terhadap jangkitan berikutan kehadiran dua kromosom X dalam wanita.

Kromosom X mempunyai gen yang berkait rapat dengan sistem imunisasi untuk melindungi seseorang daripada jangkitan, namun pada masa sama kehadiran dua kromosom X juga menyebabkan wanita lebih berisiko diserang penyakit autoimun seperti artritis reumatoid.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Immunologi pada 2017 mendedahkan kajian perbandingan jantina bagi koronavirus yang menyebabkan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) turut mendapati pesakit lelaki lebih berisiko meninggal dunia berbanding wanita.

Data menunjukkan lelaki lebih berisiko dijangkiti COVID-19 dan menyebabkan kematian berbanding wanita. (Gambar hiasan/AFP/REZAS)

The Guardians melaporkan sehingga 6 April 2020, analisis di wilayah Lombardy, Itali menunjukkan pesakit lelaki merangkumi 82 peratus daripada jumlah pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 71 peratus daripada jumlah kumulatif kematian di Itali, membabitkan pesakit lelaki.

Prof Dr Sabra Klein daripada Fakulti Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg, Universiti John Hopkins, berkata meskipun gaya hidup dikenal pasti sebagai antara punca kebolehjangkitan COVID-19, perbincangan awal turut memfokus pada faktor biologi.

“Kajian awal menunjukkan berbanding wanita, sistem imunisasi lelaki didapati tidak bergerak balas sewajarnya terhadap virus berkenaan.

“Bagaimanapun, kami sedang menunggu data daripada kaji selidik yang dijalankan di seluruh dunia ketika ini bagi mengetahui perbezaan antibodi dalam kalangan pesakit dengan memfokuskan perbezaan jantina,” katanya.

Gambar utama: Kredit AFP/MARCO BERTORELLO

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Dec 2019
Featured Tue, 4 May 2021

PKP 6 Daerah Di Selangor Bermula 6 Mei, Ziarah Hari Raya Dibenarkan Pada 1 Syawal Sahaja

Mulai 6 Mei sehingga 17 Mei ,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan di 6 daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Gombak, Petaling Jaya, Klang, Kuala Langat dan Sepang.  Menerusi sidang media harian, Menteri Kanan Pertahanan […]

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Fri, 17 Apr 2020
Featured Mon, 2 Sep 2019

Sangkar bagaikan filem pertarungan MMA sebenar!

Saksikan di pawagam yang berhampiran dengan anda!

Featured Fri, 19 Feb 2021

Pengasas Aplikasi Sugarbook Direman 7 Hari

Masih dalam siasatan pihak polis

Eat Travel Wed, 3 Oct 2018

Craving Masakan Asli Negeri Sembilan? Jom Singgah Ke Aunty Aini’s Garden Cafe, Sedappp!!

Aunty Aini’s Garden Cafe ini pernah dikunjungi Cef terkenal Gordon Ramsay dan mendiang Anthony Bourdain. Hebat!

Featured Thu, 21 May 2020
Eat Travel Fri, 29 May 2020

| Live TV