Featured By: tex_admin June 18, 2018 @ 10:00am

Stres Dengan Masalah Rambut Berminyak & Berbau? Cuba 3 Petua Berkesan Ini

Memiliki rambut yang cantik dan sihat pasti menjadi idaman bagi setiap wanita. Tapi kalau rambut kita mula bermasalah seperti berkelemumur, berminyak dan berbau, macam mana pula ya?

Lagi-lagi pada mereka yang berhijab, pasti akan stres dengan masalah ini. Kalau anda nak tahu, rambut yang berminyak adalah disebabkan daripada pori pada kulit kepala yang memiliki kelenjar minyak. Bagi anda yang mempunyai masalah rambut berminyak dan berbau, bolehlah amalkan 3 tip ini. Pasti berkesan! 

1. Cuka epal

Cuka epal antara salah satu bahan yang boleh membantu mengatasi masalah rambut yang berminyak. Sebenarnya, asam asid yang terkandung dalam cuka epal ini dapat membantu menyeimbangkan pH di kulit kepala.

Selain itu, ia juga membantu mencegah penghasilan minyak yang berlebihan. Bagi anda yang mahukan rambut yang lembut dan bersinar, anda boleh menjadikan cuka epal ini sebagai tonik rambut

Cara untuk menggunakan cuka epal ini pula adalah dengan mencampurkan dua atau 3 sudu makan cuka epal ke dalam cawan yang berisi air. Kemudian, selepas anda mencuci rambut dengan menggunakan syampu, gunakan cairan cuka epal ini pula.

Ratakannya di atas kulit kepala anda dan biarkan beberapa minit dan bilas dengan air bersih. Anda boleh lakukan cara ini dua atau tiga kali seminggu.

2. Jus lemon

Jangan terkejut, lemon juga dapat membantu mengatasi masalah rambut berminyak. Lemon mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh meningkatkan kesihatan rambut anda. Sama seperti cuka epal, sifat asam daripada lemon ini juga membantu menyeimbangkan pH pada kulit kepala dan mengawal pengeluaran minyak.

Anda boleh mencampurkan perahan dua biji lemon ke dalam dua cawan air. Tambahkan 3 sudu teh madu kemudian sapukan campuran tersebut pada kulit kepala dan urut dengan perlahan-lahan selama beberapa minit. Setelah itu, biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air suam. Anda boleh lakukan cara ini 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

3. Lidah buaya

Sebenarnya, vitamin, mineral dan enzim yang terdapat dalam lidah buaya sangat membantu untuk menghilangkan minyak yang berlebihan pada kulit kepala anda. Ia dapat membantu detoksifikasi kulit kepala dari kekotoran dan mengawal penghasilan minyak. Selain itu, lidah buaya juga boleh memberi nutrisi pada akar rambut kita.

Caranya pula, anda perlu mencampurkan satu sudu teh gel (isi lidah buaya) dan satu sudu makan perahan lemon dalam mangkuk kecil. Ketika anda mencuci rambut, anda boleh gunakan ramuan tersebut dan biarkan selama beberapa minit sebelum membilasnya dengan air bersih. Anda juga boleh jadikan ramuan ini sebagai syampu harian anda.

Semoga dengan perkongsian tip ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah rambut yang berminyak. Ingat ya! Walaupun kita berhijab, rambut harus dijaga dengan rapi agar ia sentiasa sihat. Selamat mencuba.

Sumber: Hijabista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun

Featured Thu, 30 Dec 2021

“Pakwe Kau Handsome? Botak Tak?” – Song Mino Berbahasa Melayu, Peminat Malaysia Terhibur

Penyanyi rap Korea Selatan, Song Mino, 28 baru-baru ini tampil di dalam satu video TikTok peminatnya yang menunjukkan dia berbahasa Melayu. Peminatnya yang dikenali sebagai Sara berasal dari Malaysia berpeluang membuat panggilan video bersamanya di […]

Featured Mon, 30 Oct 2023

[VIDEO] Comelnya! Hadir Majlis Graduasi Anak, Puteri Sarah Luah Rasa Bangga… Syaikhul Siap Jadi Imam Solat!

Sejuk perut ibu yang mengandungkan. Moga Syaikhul & Sumayyah always happy❤️❤️❤️

Featured Thu, 26 Mar 2020

Roti Gardenia dijual pada harga RM500? Cekik darah betul!

Perbuatan individu tidak bertanggungjawab

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Mon, 20 Apr 2020