Featured By: Yanie Baharom January 4, 2019 @ 9:00am

Suka Simpan Barang Lama Sampai Sesak Rumah? Itu Bererti Anda Sakit!

“Saya akan simpan semua barang-barang lama saya, walaupun dah tak pakai lagi. Sampai satu tahap, saya dah tak tau nak letak mana. Adakah itu satu masalah?”

Adakah anda pernah mengalami atau sedang berada dalam situasi seperti ini?

Tahukah anda ini merupakan sebahagian daripada masalah mental yang mungkin ramai tidak sedar dan tidak tahu? Anda mungkin tergolong dalam penghidap penyakit ini.

Menurut Mental Health Advocate, Aiman Amri, itu adalah antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar dibuang. Ia digelar Hoarding Disorder.

Ciri-ciri penghidap Hoarding Disorder

Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya.

Mungkin ada yang menganggap ini sebagai sentimental value, tetapi itu hanya sebagai pemula.

Keadaan yang semakin teruk, apabila ia sudah dikategorikan sebagai disorder.

Proses merawatnya menjadi tambah sukar apabila penghidapnya tidak melihat penyakit ini sebagai satu masalah, malah menganggapnya sebagai satu perkara normal.

Penghidap masalah ini hanya akan pulih sekiranya mereka sendiri melakukan inisiatif untuk diubati.

Foto: en.wordpress.com

Tiga peringkat kesukaran yang dihidapi penghidap Hoarding Disorder

1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan.

2. Tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna).

3. Keadaan semakin melarat apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran, bekas makan, atau surat-surat lama yang tak terpakai.

Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya, penyakit itu tetap ada.

Barang-barang yang sudah tidak digunakan masih disimpan kerana setiap kali mahu membuang, akan sentiasa terfikir dalam kepala barang itu masih elok dan ada kegunaannya.

Rawatan

Rawatan untuk kondisi ini hanya boleh dijalankan oleh pihak yang pakar – iaitu Psikiatri atau Psikologis/Terapis yang bertauliah.

Antara cadangan untuk mengawal diri daripada situasi ini menjadi semakin melarat ialah membuat pengemasan secara menyeluruh atau total cleaning.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 31 Oct 2021

“Dunia Saya Jadi Blank…” – Anak Sulung Dr Say Shazril Disahkan Autism Tahap Sederhana

Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace, 2, menghidap autism tahap sederhana. Menurut satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Dr. Say meluahkan perasaan setelah doktor mengesahkan anak

Featured Mon, 13 Mar 2023
familuv Fri, 8 May 2020
Featured Sat, 13 May 2023
Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

Sihat Wed, 12 Sep 2018

Anak Anda Asma? Ajar Mereka Cara Menangani Serangan Asma

Anda boleh membantu anak anda mengelak serta mencegah serangan asma.

Featured Tue, 5 Apr 2022
Featured Wed, 21 Mar 2018

Tuah Dapat Anak, Kontrak Jutaan Ringgit Menanti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Puteri Sulungnya!

Berita lebih mengujakan daripada sebuah kunjungan, Siti dan anaknya didatangi dengan kontrak jutaan ringgit oleh beberapa produk terkemuka yang ingin melamar mereka berdua.

| Live TV

error: Content is protected !!