Featured By: Ad Ops April 1, 2020 @ 11:43am

Suka tahan buang air besar, ketahui natijahnya

Kadangkala kita tidak sedar bahawa setiap perbuatan yang sudah menjadi tabiat sehari-hari boleh memberi kesan atau natijah yang buruk terhadap kesihatan diri. Menahan membuang air besar adalah antara tabiat atau amalan yang sering dilakukan oleh segelintir daripada kita.

kesan buruk tahan berak

Kredit gambar: Kaskus

Mungkin antara faktor yang membuatkan seseorang itu terpaksa atau dalam erti kata lain tidak sengaja mahu menangguhkan hajat membuang air besar adalah bagi mendahulukan sesuatu urusan yang lebih penting contohnya seperti sedang bermesyuarat atau menyelesaikan tugasan kerja.

Tidak kurang juga mungkin ketika itu masa tidak sesuai kerana sedang menunggu bas atau Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan mungkin ada yang tidak selesa dengan keadaan tandas di luar seperti faktor kotor serta berbau sehingga mereka lebih rela untuk melaksanakan ‘hajat’ itu di rumah.

kesan buruk tahan berak

Kredit gambar: Showbiz Cheat Sheet

Apa sahaja alasannya, ketahuilah kerana tanpa disedari, perbuatan menahan membuang air besar ada kesan sampingan terhadap tahap kesihatan diri kita.

Menurut pengarang buku What Your Poo Says About You, tulisan Alison Chen, tabiat menahan daripada membuang air besar boleh dilakukan jika keadaan terpaksa tetapi ia tidak boleh dilakukan selalu.

Hal ini kerana semakin lama seseorang itu menahan daripada membuang air besar, maka semakin keras tinja atau najisnya. Ia adalah disebabkan semakin banyak kandungan air yang akan diserap keluar daripada tinja sekali gus boleh menyebabkan masalah sembelit.

kesan buruk tahan berak

Kredit gambar: Cosmo.ph

Apabila tinja menjadi lebih keras, seseorang itu akan mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkannya. Bukaan dubur juga berkemungkinan akan mengalami fisur atau koyakan ketika najis dikeluarkan.

Apabila terdapat sebarang koyakan pada bukaan dubur, ia boleh mengakibatkan rasa sakit dan menyebabkan pendarahan serta akan mengambil sedikit masa untuk sembuh. Selain itu, najis yang keras juga menjadi antara penyebab terjadinya buasir.

Menurut Dr Spencer Nadolsky, seorang ahli perubatan keluarga di Amerika Syarikat, menahan diri daripada membuang air besar boleh menyebabkan rutin membuang air besar berubah.

“Apabila menahan diri daripada membuang air besar, otot pada rektum akan meregang dan menghantar signal agar tubuh berhenti daripada memberi respon terhadap keperluan untuk mengeluarkan najis.

“Ini kemudiannya akan menyebabkan tubuh mengeluarkan najis dengan lebih perlahan apabila tiba masanya pada masa akan datang,” katanya.

kesan buruk tahan berak

Kredit gambar: Everyday Health

Oleh itu, jangan menahan atau menangguhkan hajat jika mahu membuang air besar kerana ia boleh memudaratkan kesihatan diri.

Kredit sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Jun 2021

Berat Badan Hanya 35KG, Penyanyi Elyana Terus Kuat Lawan Kanser

Keadaan penyanyi Elyana yang menderita kanser limfoma sejak 10 tajin lalu kini memasuki tahap kritikal apabila kanser tersebut semakin merebak ke beberapa organ badannya.  Menerusi InstaStory, Elyana memaklumkan keadaan dirinya yang kini sedang menjalani rawatan […]

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Fri, 8 Jul 2022

Elvina Mohamad Kecewa Fizikal Anak Sering Dikritik Terlalu Kurus Hingga Didakwa Sakit

Alahai, hati seorang ibu mana tak marah kalau anak dia dikritik kan? Kurus ke gemuk ke yang penting anak kita sihat, bahagia, cukup kasih sayang ibu bapa.. Hm sabar ya Elvina

Featured Thu, 6 Jul 2023

“Kalau Bin*t*ng Memang Tak Pandai Baca”- Dituduh Riyak & Berlagak, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Respons Padu

Kena lagi!!! Bertabahlah Ryzal. Mogalepasni netizen makin bijak hendaknya🤔

Featured Wed, 20 Jul 2022

Tular Orang Awam Dakwa Jumpa Zalina Azman, Pihak Polis Sahkan Tiada Sebarang Laporan Dibuat

Pihak polis bagaimanapun akan meneliti video rakaman cctv di kawasan terbabit. Semoga urusan pencarian Zalina dipermudahkan.

Featured Tue, 26 Apr 2022
Featured Fri, 3 Sep 2021

Tempoh Pembaharuan Lesen LKM, LMM Dilanjutkan Sehingga…

Tempoh pembaharuan lesen dilanjutkan gaisss!

Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Fri, 11 Nov 2022

Pemergian Amat Mengejut, Hun Haqeem Dedah Sifat Sebenar Allahyarham Syazlin Zainal – “Tak Lokek Senyuman”

Sayunyaa, arwah Syazlin sangat baik orangnya 🥺 Semoga roh arwah berada dalam kalangan orang beriman ❤️