Featured By: Ad Ops December 14, 2019 @ 4:02pm

Sukar tidur? 5 tanaman ini mampu buat tidur lebih nyenyak

Setelah seharian penat bekerja, pastinya tidur yang mencukupi diperlukan untuk tampil segar pada keesokan harinya, namun dek kerana badan terlalu penat, ada juga segelintir mengalami kesukaran untuk tidur dengan nyenyak.

Jangan risau, permasalahan ini dapat diatasi dengan meletakkan tanaman di dalam kamar tidur. Ia merupakan aliran terkini dalam mendekorasi rumah. Selain mencantikkan ruangan di rumah, tumbuhan hiasan ini juga mampu memberi oksigen serta manfaat lain antaranya memberikan ketenangan serta meningkatkan kualiti tidur seseorang.

tanaman di bilik tidur

Tanaman di kamar membantu meningkatkan tidur yang berkualiti. Kredit gambar: Veria Weather

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), tanaman hiasan dalam rumah ini juga bertindak sebagai pembersih udara dengan menyerap bakteria serta bahan kimia di rumah. 

Berikut merupakan antara tanaman yang boleh diletakkan dalam ruang bilik tidur bagi membantu mendapatkan tidur yang berkualiti.

Lavender

tanaman di bilik tidur

Haruman lavender menyamankan dan mampu mengurangkan stres. Kredit gambar: Bob Vila

Tidak hairanlah lavender banyak digunakan sebagai produk pewangi, aroma terapi serta pati minyak kerana bau wanginya yang sangat menenangkan. Tanaman dengan bunga ungu ini jika diletakkan dalam kamar mampu membuatkan fikiran lebih tenang dan membantu tubuh lebih relaks sekali gus memudahkan untuk mendapat tidur yang nyenyak.

Jasmine

tanaman di bilik tidur

Bunga melur mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh. Kredit gambar: Natural Living Ideas

Selain dijadikan minuman teh yang mampu mengurangkan tekanan darah tinggi, kolestrol, menyingkirkan toksin serta membakar lemak dalam badan, bunga jasmine atau melur yang mempunyai aroma wangi semula jadi ini juga mampu mengurangkan stres serta dijadikan aroma terapi untuk menenangkan perasaan. Menerusi penelitian yang dilakukan ahli psikologi daripada Universiti Wheeling di Virginia Barat, Amerika Syarikat, mereka yang menghidu haruman wangi bunga melur setiap malam  memiliki tidur yang lebih nyenyak berbanding mereka yang tidak memhidunya.

Snake plant

tanaman di bilik tidur

Tumbuhan ini sangat mudah dijaga dan popular sebagai pokok hiasan di rumah. Kredit gambar: Apartment Therapy

Pokok lidah mentua atau pokok ular merupakan tanaman yang popular sebagai pokok hiasan dalam rumah. Pokok ini merupakan pembersih udara yang baik dan membantu melawan alahan. Lidah mentua yang merupakan pembekal oksigen banyak menghasilkan oksigen pada malam hari dan mampu membuatkan tidur menjadi lebih nyenyak.

Aloe vera

tanaman di bilik tidur

Bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan, aloe vera juga cantik dan bagus sebagai pokok hiasan di kamar tidur. Kredit gambar: Pinterest

Aloe vera atau lidah buaya merupakan tanaman yang kaya dengan pelbagai manfaat. Tanaman yang mengeluarkan oksigen di malam hari ini dapat membantu melawan insomnia dan meningkatkan kualiti tidur. Ia juga membantu menghilangkan bahan kimia yang mencemari ruang udara kamar tidur.

Spider plant

tanaman di bilik tidur

Spider plant bertindak sebagai penyerap bau dan pembersih udara. Kredit gambar: Salisbury Greenhouse

Tanaman yang daunnya seperti kaki labah-labah ini mampu membersihkan udara daripada bahan kimia serta menyerap bau yang membantu menjadikan tidur lebih nyenyak. Pokok labah-labah ini juga mesra alam kerana tidak mempunyai toksik berbahaya untuk haiwan dan kanak-kanak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
Cahaya Mata Sat, 31 Dec 2022

Sewa Kereta Mewah Untuk Sehari, Madammu Mengidam Naik Ferrari

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu yang kini sedang hamil mengidam untuk menaiki kereta mewah jenama Ferrari. @eriyca.baiduri Sanggup TP Sewa Ferraro sehari semata mata Madammu mengidam! Mengada! #noirsyukur2022 ♬ original sound […]

Events Fri, 25 Nov 2022

Tak Pernah Terfikir Masuk Dunia Lakonan, Harissa Adlynn Teruja

Penyanyi Harissa Adlynn teruja apabila berpeluang melibatkan diri dalam dunia lakonan. Pernah dikenali menerusi lagu Aku Sayang Kamu, Harissa tidak pernah terfikir akan menceburi dalam dunia lakonan dan menjadi seorang pelakon, namun dia akui dia […]

Gaya Hidup Tue, 4 Dec 2018

5 Barangan Isi Rumah Yang Bahaya Buat Si Manja!

Pelbagai jenis produk rumah yang mengandungi bahan kimia dan mampu memberi kesan buat anda sekeluarga.

Gaya Hidup Wed, 13 Mar 2024
Featured Thu, 10 Nov 2022

Imbau Momen Indah Bersama, Puteri Balqis Rindu Arwah Abam – “Pelangi Saya Masih Tidak Berwarna”

Alahai, sayunyaaa luahan hati Aqish nii 🥰 Min pun rindu gelak tawa arwah Abam Bocey.. Al-fatihah ❤️

Featured Tue, 11 Jul 2023