Featured By: Fadzlena Jafar March 30, 2020 @ 1:18pm

Sukarelawan UPM hasil 5,000 alat pelindung muka untuk petugas kesihatan

Peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia ketika ini menyebabkan kebanyakan hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara kekurangan bekalan seperti keperluan topeng muka, penutup kepala dan baju pelindung.

Beberapa pesanan yang tular dalam aplikasi WhatsApp memaklumkan petugas kesihatan amat memerlukan sumbangan berkenaan bagi membolehkan mereka melindungi diri sepanjang bertugas merawat bukan sahaja pesakit yang positif COVID-19, tetapi juga pesakit biasa.

Menyedari keperluan itu, beberapa individu dan agensi tampil menyediakan keperluan berkenaan untuk disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Antaranya, sekumpulan pakar dan sukarelawan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang sedang menghasilkan sebanyak 5,000 alat pelindung muka untuk keperluan petugas barisan hadapan dalam membendung wabak COVID-19 di hospital berdekatan kampus berkenaan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, ketua kumpulan itu, Prof Madya Dr Samsuzana Abd Azi, berkata pihaknya menjangkakan 5,000 alat pelindung muka akan siap dalam tempoh dua minggu dengan kelengkapan pencetak 3D baharu.

Alat pelindung muka yang dihasilkan secara manual oleh sukarelawan UPM. (Gambar ihsan UPM)

Beliau berkata, bagi penghasilan alat pelindung itu penyelidik UPM menitikberatkan reka bentuk yang memenuhi keperluan perlindungan terbaik, malah ujian ketahanan, keberkesanan dan reka bentuk sudah dijalankan di beberapa hospital dengan bantuan maklum balas pengguna daripada badan bukan kerajaan (NGO).

“Kami mampu menghasilkan 200 perisai muka sehari menggunakan 13 pencetak 3 dimensi (3D). Antara jenis pencetak 3D termasuk jenis buat sendiri (DIY) seperti Creality Ender 3, Zotrax dan 4Max Pro, serta pencetak 3D ketahanan tinggi seperti Ultimaker.

“Kos perisai muka UPM ini adalah antara RM1.50 hingga RM2.50 seunit. Bahan mentah yang digunakan adalah filament PLA untuk percetakan 3D, plastik lutsinar dan getah,” katanya.

Insiatif itu membabitkan 30 ahli kumpulan pakar dan sukarelawan UPM yang diterajui oleh Putra Makers Space UPM berpusat di Fakulti Kejuruteraan, merangkumi 19 ahli Fakulti Kejuruteraan, enam ahli Longe Medikal Sdn Bhd – Putra Science Park dan lima ahli Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina dengan kerjasama tiga makmal UPM.

Selain itu, inisiatif berkenaan akan turut membabitkan tambahan tenaga sukarelawan untuk menampung keperluan Pusat Kesihatan UPM, Hospital Pengajar UPM dan Hospital Serdang.

Beberapa sukarelawan UPM bertungkus lumus menghasilkan alat pelindung muka untuk disumbangkan kepada hospital berdekatan kampus UPM. (Gambar ihsan UPM)

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof Ir Ts Dr Nor Kamariah Nordin, berkata usaha murni itu adalah sebagai tanggungjawab sosial akademia UPM kepada petugas barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19.  

“Bagi inisiatif ini kami mendapat dana UPM sebanyak RM6,000 untuk membeli bahan mentah, selain sumbangan dana lain dan peralatan asas oleh Jabatan Pangajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, NGO termasuk Malaysian Maker & 3D Printing Communities, Makers@University dan orang awam.  

“Untuk projek selepas ini, kami menyasarkan untuk mereka bentuk peralatan personal protective equipment (PPE) seperti  injap alat bantuan pernafasan (ventilator valve) dan kotak saringan COVID-19 bagi kegunaan petugas barisan hadapan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyeru sumbangan pihak luar yang ingin membantu mereka dari segi panghantaran dan penyampaian perisai muka kepada hospital-hospital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 22 Jun 2022

Kadar Dividen KWSP Dijangka Lebih Rendah Bagi Tahun 2022 – Pakar Ekonomi

Alahai… harga barang makin naik, kerja tak mengira masa, KWSP punya dividen pun makin rendah???

Gaya Hidup Tue, 26 Nov 2019

Ini respons betul ketika berdepan dengan individu yang ingin bunuh diri

Kadangkala niat baik kita boleh memberi impak negatif.

Featured Wed, 28 Nov 2018

Jom Lihat Aktres Cantik Manis Ini Melukis Beg Tangan. 7 Jam Untuk Siapkan 1 Beg!

Cantik dan berbakat besar. 1 pakej lengkap buat Heart!

Featured Thu, 23 Apr 2020

Himpunan tunik Ella polos, namun tetap bergaya

Potongan sesuai untuk semua acara

Featured Mon, 17 May 2021

Hanya Vaksin Pfizer- BioNTech Sesuai Untuk Ibu Hamil

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung. Beliau memberitahu, vaksin akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu. Pengesyoran itu katanya adalah berdasarkan […]