Featured By: Nani Ramlee May 12, 2020 @ 4:12pm

Sultan Perak beri ‘standing ovation’, tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melakukan penghormatan tepuk sanjung (standing ovation) bersama-sama anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan pada sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi tadi.

Sultan Perak sebak bagi ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan

Kredit gambar: Twitter Syafiqah Damanhuri

Tepuk sanjung itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus berjuang membendung penularan pandemik COVID-19.

Sultan Perak sebak bagi ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan

Kredit gambar: Bernama

Menerusi klip berdurasi 1 minit 6 saat yang dikongsi di Twitter Buletin TV3, baginda dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang dianggap sebagai aset paling berharga negara.

“Sebagai penghargaan, marilah kita sama-sama berdiri sambil memberikan tepukan tanda apresiasi kepada wira-wira negara.

“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kebahagiaan, keamanan dan kemakmuran kepada rakyat dan negeri,” katanya sebelum merasmikan mesyuarat pertama tahun ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang ke-14.

Sultan Nazrin mengucapkan penghargaan kepada anggota kesihatan, polis, angkatan tentera, bomba dan semua individu yang telah menyumbang tenaga dalam memerangi krisis yang dihadapi negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 21 Aug 2019

Snek bawang mekar bak teratai ini curi perhatian ramai!

Rahsia keenakannya ialah kepingan keju yang diselitkan di setiap kelopak!

Gaya Hidup Thu, 19 Apr 2018

Kehamilan Di Luar Rahim Bahaya Untuk Wanita. Ini Antara Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Adakah anda tahu kehamilan di luar rahim bahaya dan boleh menyebabkan kematian?

Featured Fri, 20 Dec 2019
Gaya Hidup Sat, 3 Nov 2018

Ini Cara Nak Cuci Kain Buruk Untuk Nampak Macam Baru Beli

Sekali cuci nampak macam baru beli!

Featured Mon, 27 Apr 2020

Bekalan darah semakin berkurangan, penderma darah dibenar menderma darah

Waktu operasi derma darah bermula jam 10 pagi dan 10 malam.

Gaya Hidup Thu, 9 Jan 2020
Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

5 Cara Atasi Bau Mulut Hanya Menggunakan Baking Soda

Masalah bau mulut biasanya akan mengganggu proses kehidupan seharian kita.

Featured Wed, 30 Oct 2019

| Live TV